Tiga hari lepas HIJABISTA ada menulis artikel mengenai hijabi Nazira yang sedang kritikal setelah diserang stroke. Saat itu, Nazira sedang dimasukkan ke hospital dan keadaannya tenat. Namun ternyata Tuhan lebih menyayangi dirinya apabila Nazira telah dijemput Ilahi selepas solat Isya’ (sebaik artikel berkenaan ditulis).
HIJABISTA menerima kiriman mesej dari kakaknya, Nurul Nabila memberitahu di laman sosial bahawa adiknya telah bertemu sang pencintaNya. Sebaik mengetahui dia sudah tiada, bertalu-talu kiriman takziah dan Al-Fatihah daripada kenalan di alam maya.
Bukan sahaja mesej Facebook Hijabista, status di twitter juga turut memberitahu Nazira sudah tiada.
Ternyata hasrat Nazira sebelum itu untuk kembali sembuh seperti sediakala tidak kesampaian. Walaupun punca sebenar stroke yang dialami tidak diketahui kerana arwah hanya tahu segalanya berubah, apabila jatuh hingga pengsan di tempat kerja.
Ads
Doktor juga memberitahu ada pendarahan di kepalanya hingga menyebabkan dia diserang stroke pada sebelah kanan.
Rata-rata netizen yang sejak dari awal mengikuti thread berkongsi kisahnya mengalami sakit berkenaan terkejut dengan kehilangannya.
Ads
Salam takziah dari netizen.
Ads
Semua mendoakan agar arwah Nazira di tempatkan di kalangan orang beriman dan bidadari syurga.
Ramai juga antara netizen yang baru mengenali Nazira turut terharu dengan semangatnya melawan penyakit yang dihadapi semasa hayatnya.
Tahun lalu menyaksikan pencapaian sangat membanggakan bagi pengacara, pelakon dan usahawan paling popular ini, Neelofa. Bukan sahaja tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia tetapi juga dilantik menajdi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif oleh kumpulan Airaisa Berhad. Namun awal tahun ini imej bersih jutawan muda ini sedikit tercalar gara-gara viral isu suplemen bayi yang dipromosikannya di laman instagramnya.
Ramai pakar bertauliah yang mengkritik serta menghentam Neelofa dengan caranya itu yang dianggap salah. Bukan sahaja netizen, malah beberapa rakan aris turut menyalahkan Neelofa yang dikatakan hanya mengaut keuntungan semata-mata.
Namun bagi Neelofa dia tidak melatah dengan apa yang terjadi. Tidak mahu perkara ini terus hangat dipekatakan, menerusi Sinar Harian Online, beliau meminta agar para pengikutnya bersabar dengan isu hangat yang diperkatakan ketika ini iaitu berkaitan suplemen yang dikatakan sesuai untuk bayi dan kanak-kanak, yang dipromosikan di laman Instagramnya.
Mmenerusia kenyataan di Twitter @Neelofa, beliau menjelaskan bahawa beliau menghargai dan memahami semua komen dan perhatian yang diberikan terhadap isu tersebut.
Dalam masa sama juga, usahawan muda ini masih meletakkan penghargaan atas perhatian yang diterimanya. Menurut Neelofa produk yang dipromosikan itu sedang cuba meleraikan kekeliruan dihadapi pengguna.
“Pihak pengurusan produk CnG sedang berusaha keras untuk menjelaskan isu dan kekeliruan ini. Saya berharap semua pihak dapat bersabar dan memahami,” tulisnya.
Ternyata tindakan bijak telah diambil bagi menjernihkan keadaan yang sedang panas. Dalam hal ini Neelofa sanggup mengetepikan segalanya dan tenang berdepan dengan netizen cuba menjelaskan apa yang terjadi.
Sikapnya ini menunjukkan sisi kematangan Neelofa dan semoga apa yang berlaku ini menjadi panduan untuknya untuk terus berhati-hati dalam mempromosikan sebarang produk.
Jika dilihat di laman sosialnya, Neelofa tetap menjalankan aktiviti seninya seperti biasa dan wanita berusia 29 tahun yang akan menyambut hari lahirnya pada 10 Febuari ini semakin bijak dan lebih matang menangani setiap permasalahan yang berlaku.
Syabas Neelofa dan HIJABISTA berharap agar beliau terus menjadi idola kepada hijabi di luar sana untuk terus yakin dan bersemangat dalam mencapai apa yang diimpikan dalam hidup.
Sepanjang hari ini cukup hangat perbincangan di laman sosial kisah pelakon, pengacara dan usahawan, Neelofa yang dikecam netizen gara-gara melancarkan koleksi baru Naelofar Hijab di sebuah kelab malam. Isu ini menyaksikan pelbagai golongan cendikiawan seperti Profesor, Ustaz/Ustazah ataupun Imam Muda yang memberikan teguran. Masing-masing memberikan pandangan mereka tersendiri. Namun paling dinantikan adalah penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berhubung hal ini.
Sejak posting di laman facebook menunjukkan Datuk Zulkfli sedang menulis surat terbuka kepada Neelofa, ramai tidak sabar untuk mengetahui isi kandungan surat terbuka berkenaan.
Dallas posting yang dimwit turut tiga sejam lalu, inilah rupanya isi kandungan surat terbuka kepada pelakon yang bergelar Hajjah dalam usia muda ini. Posting ini juga telah mendapat hampir 6 ribu butang share dari netizen.
Jika orang lain menegur pelakon in dengan cara yang amat kasar dan sedikit menyentuh jiwa. Tetapi teguran dilemparkan Mufti Wilayah Persekutuan, ini lebih beradab, sangat halus dan begitu diplomatik.
Beliau tidak menyalahkan Neelofa 100 peratus, sebaliknya teguran berkenaan lebih kepada seperti mendidik dari seorang ayah kepada anaknya.
Ada 10 point yang ditulis dalam surat terbukan berkenaan buat perhatian Neelofa.
Semoga Hajjah Neelofa dalam keaadan sihat sejahtera hendaknya.
Alhamdulillah kami merafa’kan setinggi kesyukuran ke atasnya, selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, para sahabat yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat. Kami telah menerima berita yang hangat melalui Facebook, Instagram dan media sosial lain berkaitan isu pelancaran produk Naelofar Hijab di Zouk, Kuala Lumpur. Kami mendapat pelbagai pandangan sama ada yang mengecam dan tidak kurang juga yang menyokong tindakan tersebut. Justeru kami terpangil untuk menulis surat terbuka kepada Hajjah Neelofa berkenaan hal ini.
1. Tudung adalah lambang kehormatan wanita. Tudung adalah simbol kepatuhan seorang hamba kepada perintah Tuhannya. Tudung juga adalah salah satu bentuk kesempurnaan dalam beragama. Sebenarnya, tudung adalah simbol sifat malu seorang wanita, simbol akhlak Muslimah yang perlu dipelihara dan simbol kemegahan Islam yang wajar dibanggakan.
2. Pemakai tudung tidak semestinya sempurna, namun sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Indahnya pemakai tudung bukan hanya kerana memelihara auratnya, tetapi lebih daripada itu, mereka sebenarnya memelihara agama-Nya dan mematuhi Allah dan Rasul-Nya.
3. Sangat sukar sebenarnya untuk konsisten bertudung dengan memelihara perilaku dan adab kesopanan. Sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit. Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai redha Ilahi. Jika bukan redha-Nya yang kita impikan, apa lagi yang hendak kita cari di dunia ini?
4. Tidak salah untuk kita mencari kelainan. Malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan Tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan. Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam “Matlamat tidak menghalalkan cara”. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.
5. Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung. Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat.
6.Kepada para ikhwah dan akhawat, masyarakat Muslim Malaysia yang memberi teguran dan saranan, kami merasakan banyak manfaat dan istifadah yang dapat dikutip. Dalam keadaan seperti ini, alangkah baiknya kita mempunyai nada yang sama, penuh rahmah dan hikmah dalam memperbaiki diri sesama kita. InsyaAllah itulah yang terbaik. Memalukan, mengaibkan dan memberi tohmahan dan fitnah kepada beliau, bukanlah akhlak seorang Muslim. Semoga amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dijalankan dengan kaedah dakwah yang baik akan membekas dalam sanubari kita.
7. Kami mengenali Hajjah Neelofa sebagai simbol Muslimah yang berjaya. Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai “wanita besi” dan “gergasi” dalam perniagaan dan kerjaya. Tetapi anda sudah membuktikannya, malah membanggakan Malaysia dan dunia Islam. Akhir kalam, kami berpesan kepada Hajjah Neelofa untuk sama-sama menghayati syariat Islam yang sebenarnya. Kami noktahnya disini 3 perkara: (i) Tanyalah ulama’ sebelum bertindak (ii) Sentiasa memelihara imej wanita bertudung (iii) Carilah rezeki yang diberkati Allah SWT.
Kami berdoa semoga Hajjah Neelofa terus maju di dalam kehidupan dan kerjaya serta sentiasa memperoleh taufiq, hidayah dan rahmat-Nya.
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan
Kata orang untuk berkahwin atau mencari imam kena piih yang serasi. Barulah rumahtangga aman damai dan bahagia hingga ke jannah. Tetapi soal jodoh dan rezeki seta maut adalah di tangan Tuhan. Siapa kita nak menolak takdir Tuhan jika ditemukan jodoh dengan mereka yang kontra sikapnya. Seperti perkongsian pengacara Aidid Marcello yang memberitahu bahawa dia dan isterinya tidak begitu berbeza pendapat. Namun sudah 12 tahun berkahwin, pasangan ini tetap kelihatan bahagia dan romantik.
Baginya sepanjang tempoh itu sudah bermacam-macam pengalaman pahit manis diharungi bersama mereka berdua. Isterinya itu telah melakukan pelbagai pengorbanan dan dia menganggap wanita ini sebagai permata hatinya. Dia turut berharap hubungan yang dibina akan kekal diberkati duniawi akhirat.
Menurut Aidid, dia dan isterinya yang juga bekas pengacara Majalah Tiga, Norzie Pak Wan Chek cukup berbeza karaktor masing-masing. Tetapi hingga kini rumahtangga yang dibina sudah memasuki tahun ke 12 dan mereka turut dikurniakan 4 orang cahayamata.
Aidid menulis posting dilaman instagramnya dan mendapat respon baik dari followernya. Ternyata Aidid mendedahkan sikapnya agak berbeza dengan isterinya itu.
Siapa kata CINTA perlukan persamaan? Meh aku cerita apa bezanya kitorang selain dia pompuan dan aku jantan… Dia suka CNN Aku suka Raja Lawak
Dia suka dengar news podcast Aku dengar radio melayu
Dia layan country music Aku layan newboys
Dia suka ikan keli masak sambal Aku suka spaghetti Dia suka bebel Aku suka buat dia bebel
Dia suka sushi Aku buat2 suka sushi
Dia suka suka shopping Aku suka garu kepala
Bagi aku… yang paling penting antara aku dan dia;
Aku faham dia Dia faham aku
So, korang macamana? Cube share sikit?
Untuk pengetahuan, setelah 15 tahun dalam bidang pengacaraan bersama stesyen TV3, Aidid mengambil keputusan untuk berhenti dan membuka syarikat produksi sendiri, Mindquest Productions. Walaupun sibuk, tetapi bapa muda ini tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah kepada 4 cahayamata.
Jika ditinjau di laman instagramnya, Aidid dilihat seorang yang cukup aktif bersukan. Malah dia turut memperuntukan masa mengajak anak-anak ke gim untuk melakukan aktiviti bersama.
Bagi Aidid, anak-anak dan isterinya adalah harta dan keindahan dunia yang Tuhan kurniakan kepadanya. Merekalah jadi penmen kala sunyi dan juga tempat jadu luahan hati jika ada masalah. Dan ingatannya kepada ibu bapa di luar sana agar jagalah harta Allah ini sebaik mungkin.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.