Sebut saja nama Rozi Abdul Razak atau gelaran tersohornya, Rozisangdewi pasti ramai yang mengenali.
Insan penting di sebalik kejayaan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin.
Selain bergelar pengurus artis, ibu anak tiga ini juga merupakan ‘tauke’ restoran Resipi Sangdewi, serta pengasas syarikat Radar Rezeki Resources.
Baru-baru ini ketika genap usia DS Siti Nurhaliza yang ke-45, Rozi menitipkan kata-kata yang sangat bermakna di Instagramnya buat penyanyi jelita itu.
View this post on Instagram
“11 Januari 2024. Hari raya Siti Nurhaliza. Terkadang untuk menzahirkan dalam bahasa, kita cuba mencari kata-kata paling puitis, untuk melahirkan sebuah ungkapan, kita perlukan pembendaharaan kata yang termanis, namun jika segalanya mengalir dengan sendiri, pasti tak perlu dengan tulis, cukup dengan tulus.
“Selamat ulangtahun kelahiran buat boss saya, Siti Nurhaliza @ctdk Semoga segala ke hadapan ini adalah nikmat paling disyukuri, kehidupan, keluarga dan kerjaya lancar, apa yang diinginkan terlaksana dan menjadi bintang paling benderang dalam dunia yang menghargai dan menyayangi Siti.”
Rozi turut mendoakan agar ibadah umrah DS Siti Nurhaliza dipermudahkan.
“Selamat mengerjakan umrah, semoga urusan ibadah lancar dan sempurna.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikutnya menitipkan ucapan buat DS Siti Nurhaliza.
Tak ketinggalan, ada yang menitipkan kata-kata penghargaan buat Rozi yang selama ini banyak berjasa kepada penyanyi kesayangan ramai itu.
“Terima kasih Kak Zie sebagai tulang belakang Dato Sri Hajah Siti Nurhaliza Tarudin.”
“Tiada kak zi, maka Siti Nurhaliza yang ada pada hari ni tidak mampu terbang setinggi itu. Terima kasih kak zi kerana sentiasa ada di belakang figura no 1 Malaysia ini, merencana kerjaya beliau hingga ke tahap yang tidak terbanding dengan siapa-siapa, juga kekuatan dan tulang belakang buat insan bernama SITI NURHALIZA.
“Terus kak zi, jangan berhenti menemani figura itu, figura kesayangan dan buah hati Malaysia. Happy birthday Siti Nurhaliza, 45 hanyalah angka yang melambangkan anjakan usia, tapi kilauan anda masih cerah dan terus menerangi segenap pelosok seantero dunia. We Love U, Siti Nurhaliza”
Semoga bintang kesayangan ramai ini kekal bahagia bersama keluarga tersayang sampai syurga. Didoakan juga agar ukhwah persaudaraan antara Rozi dan Datuk Seri Siti Nurhaliza kekal selamanya, Aamiin.
Kredit Foto: Instagram Rozisangdewi & Dato’ Seri Siti Nurhaliza
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI