Dress Moden Rona Putih Jadi Pilihan Digayakan Datin Azrene Di Majlis Sanding Lagi Sekali, Netizen Puji Sweet

Share

Semalam menyaksikan pasangan selebriti Datuk Fazley Yaacob dan isterinya Datin Azrene Soraya Abdul Aziz bersanding buat kali kedua setelah hampir 13 tahun berumah tangga. Pasangan ini diraikan dalam satu majlis bertemakan taman penuh meriah dengan dihadiri sanak saudara serta sahabat handai dalam kalangan media. Kedua-duanya diibarat merpati dua sejoli tika bersanding di atas pelamin nan indah dengan padanan busana moden yang sungguh menawan.

Pada malam itu, Datin Azrene kelihatan begitu cantik menggayakan dress moden rona putih rekaan Fiziwoo dengan hijab yang turut dililit ala turban juga dari rona berpadanan.

Ditambah solekan ringkas dari jurusolek Mazmiera yang turut menyerlahkan kejelitaan wajah comel wanitaa kecil molek ini.

Sementara itu pasangannya Datuk Fazley pula begitu segak menggayakan persalinan moden rona hitam yang menyerlahkan lagi ketampanan susuk tinggi lampai ini.

Netizen turut memuji kebahagiaan pasangan ini dan turut mendoakan mereka bahagia hingga ke jannah.

adila.entr Happy anniversary!! Semoga Allah murahkan lagi rezeki sekeluarga serta dikurniakan kebahagiaan berpanjangan hingga ke jannah. 

irza85 Congratulation dato n datin…semoga bahagia hingga ke jannah. 

nrdlzln97 Datin is sooo gorgeous 

orked_travel cantiknya Datin dan segaknya Dato @fazleyyaakob semoga kekal hingga ke jannah, amin.  

rahman.rafizah Semoga terus berbahagia hingga ke syurga dato dan datin….

Menurut Fazley juga mereka mengadakan majlis persandingan semula ini sempena sambutan hari jadi ke 40nya dan bagi menunaikan pesanan ayahnya.

Dalam majlis tersebut juga , beliau turut menayangkan video ucapan arwah ayahnya ketika majlis ucapannya 13 tahun lalu hingga mengundang sedih di kalangan tetamu yang hadir.

Majlis penuh bersejarah ini turut dihadiri oleh empat cahaya mata pasangan ini, Fariedz, Fieradz, Fierudz dan Alayna Selma.

Hubungan pasangan ini yang bermula sebagai abang dan adik angkat sebelum akhirnya melangsungkan perkahwinan 13 tahun dulu.

Lagi Beberapa Foto Menarik Di Majlis Persandingan:

#1. jzlew Both of you look so gorgeous!!

#2. aimimohamedali @azrene_ahmad ..my doa is datin hav a wonderful marriagge till Jannah..Aamiin

#3. ziesary Tahniah datin… Semoga bahagia till jannah…

#4. fauziahrayyan Wah so romantic babe @azrene_ahmad congrats you two lovebirds

#5. cuk.triza Always so beautiful babe

#6. sarah_sorfina Sweettt Smg berbhagiaaa hgga ke jannah

#7. ct_zonee tahniah dato n datin .semoga bahagia till jannah

#8. cartahatiwanie Relationship goal . Sweetnya dato datin

KREDIT FOTO: INSTAGRAM FAZLEY, AZRENE & BULAN.PHOTOCINEMA

Published by
Siti Zurina