Semalam menyaksikan pasangan selebriti Datuk Fazley Yaacob dan isterinya Datin Azrene Soraya Abdul Aziz bersanding buat kali kedua setelah hampir 13 tahun berumah tangga. Pasangan ini diraikan dalam satu majlis bertemakan taman penuh meriah dengan dihadiri sanak saudara serta sahabat handai dalam kalangan media. Kedua-duanya diibarat merpati dua sejoli tika bersanding di atas pelamin nan indah dengan padanan busana moden yang sungguh menawan.
Pada malam itu, Datin Azrene kelihatan begitu cantik menggayakan dress moden rona putih rekaan Fiziwoo dengan hijab yang turut dililit ala turban juga dari rona berpadanan.
Ditambah solekan ringkas dari jurusolek Mazmiera yang turut menyerlahkan kejelitaan wajah comel wanitaa kecil molek ini.
Sementara itu pasangannya Datuk Fazley pula begitu segak menggayakan persalinan moden rona hitam yang menyerlahkan lagi ketampanan susuk tinggi lampai ini.
Netizen turut memuji kebahagiaan pasangan ini dan turut mendoakan mereka bahagia hingga ke jannah.
adila.entr Happy anniversary!! Semoga Allah murahkan lagi rezeki sekeluarga serta dikurniakan kebahagiaan berpanjangan hingga ke jannah.
irza85 Congratulation dato n datin…semoga bahagia hingga ke jannah.
Dalam majlis tersebut juga , beliau turut menayangkan video ucapan arwah ayahnya ketika majlis ucapannya 13 tahun lalu hingga mengundang sedih di kalangan tetamu yang hadir.
Majlis penuh bersejarah ini turut dihadiri oleh empat cahaya mata pasangan ini, Fariedz, Fieradz, Fierudz dan Alayna Selma.
Walaupun berhijab tidak membataskan seseorang itu untuk bergaya lebih stailo. Malah kelihatan lebih santun dengan pemilihan busana besar dan longgar tetapi dengan sedikit sentuhan menjadikan penampilan sangat elegan. Lihat sahaja selebriti Indonesia Zaskia Sungkar, isteri kesayangan Irwan Syah yang sangat stailo walaupun sering mengenakan pakaian besar dan labuh.
Malah dengan hanya menggayakan hijab bawal menutupi dadanya, penampilan Zaskia tetap memukau.
Ditambah dengan pemilihan aksesori bertepatan seperti beg silang, boot dan juga kaca mata menjadikan penampilannya dirinya begitu cantik di pandang.
Ayuh kita lihat #10 OOTD Zaskia Sungkar yang boleh dijadikan inspirasi buat hijabi di luar sana.
Menutup aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Wahai Nabi, Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Surah al-Ahzab: Ayat 59)
Berikut perkongsian Yatt Hamzah di laman Instagramnya.
Dua golongan yang menjadi ahli neraka:
Sabda Nabi SAW, “Dua jenis manusia yang akan menjadi ahli neraka, yang mana aku tidak sempat melihat mereka, (kerana tidak ada pada zamanku. Mereka ini akan lahir pada akhir zaman). Yang pertama kata Nabi ialah golongan yang memegang alat sebatan seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (melakukan kezaliman).”
“Dan golongan kedua kata Nabi SAW adalah kalangan perempuan berpakaian tetapi bertelanjang, pakaian yang menggodakan, pakaian yang nipis, pakaian yang ketat; di atas kepala mereka dihias. Rambutnya laksana bonggol unta. Mereka tidak dapat masuk ke syurga, bahkan tidak dapat menghidu dan mencium keharumannya, walaupun baunya syurga itu dapat dihidu dari jauh.” – [HR Muslim 5098].
Mutakhir ini, pegangan sebahagian umat Islam dilihat semakin longgar apabila terdapat dalam kalangan suami dan ibu bapa sengaja membiarkan isteri dan anak-anak mereka mendedahkan aurat.
Memakai tudung namun masih menampakkan telinga kerana hiasan anting-anting adalah cara pemakaian yang salah sebaliknya seseorang wanita itu perlu menutup penuh bahagian kepala sehingga menampakkan wajah sahaja.
Perkara ini amat dikhuatiri dan menakutkan kita. Ada dalam kalangan mereka terlalu obses mengikuti trend pakaian semasa sehingga melanggar syarat-syarat yang dinyatakan di atas. Mereka tanpa segan silu memakai seluar senteng dan sengaja mengeluarkan cuping telinga yang jelas-jelas sebahagian daripada aurat untuk memakai anting-anting.
Terdapat juga wanita Islam yang mendakwa mereka menutup aurat namun mereka sebenarnya menipu diri sendiri. Ini boleh dilihat apabila ramai wanita memakai pakaian yang menutup aurat tetapi dlm masa yang sama pakaian berkenaan terlalu ketat hingga menampakkan bentuk dan susuk tubuh.
Selain itu, ada pula yang hanya menutup aurat pada waktu-waktu dan tempat-tempat tertentu sahaja sebagai tanda penghormatan dan memenuhi keperluan adat. Misalnya pada hari Jumaat, ketika berada di tanah suci, ketika menghadiri majlis keagamaan dan menziarahi jenazah.
Namun, pada waktu lain mereka kembali memakai pakaian yang mendedahkan aurat tanpa segan silu seolah-olah kewajipan menutup aurat ada tempoh masa, tempat tertentu sahaja.
Dalam persoalan ini kita boleh lihat adanya tiga kategori wanita.
Pertama: menutup aurat dengan sempurna.
Kedua: menutup aurat tetapi tidak sempurna
Ketiga: langsung tidak menutup aurat
Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat. Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Zaman sekarang, ramai wanita yang terjebak dalam kategori ini. Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertontonkan kepada orang.
Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan “Daripada tak tutup langsung, lebih baik tutup…” Kata-kata ini tampak baik, semacam positif, tetapi pada hakikatnya ia adalah suatu yang dangkal! Kenapa perlu dibandingkan dengan wanita yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah dianggap baik. Kenapa tidak mencontohi muslimah yang lebih sempurna dalam menutup aurat? Itulah golongan manusia yang hidupnya dihiasi dengan ribuan alasan. Dalam urusan dunia, dibandingkan dirinya dengan yang lebih baik, manakala dalam urusan agama, mereka cuma membandingkan dirinya dengan yang paling teruk. Hasilnya tiadalah istilah penambahbaikan dalam diri mereka.
Allah S.W.T yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita supaya menutup aurat. Suruhan ini bukanlah daripada ustaz, ustazah atau mana-mana ulama’, tetapi arahan ini datangnya dari Allah S.W.T yang menjadikan makhluk-Nya. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Maha Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitung nikmat dari-Nya, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia. Ditekankan lagi ayat-ayat mengenai suruhan menutup aurat :
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji)”. (Surah al-Ahzab : Ayat 33)
Di akhir zaman ini, orang pakai tudung sempurna pun belum tentu selamat dari ancaman nafsu serakah manusia, inikan pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham. Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Silap jika golongan hawa ini merasakan kaum adam hanya tertawan dan tergoda dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.
Kecantikan dalaman itu adalah kualiti sebenar yang diidamkan oleh muslim yang soleh. Sangat jarang si pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Pastinya dia akan memilih kuih atau makanan yang tertutup dan dibungkus dengan sempurna. Kecantikan dan rupa paras yang Allah S.W.T kurniakan adalah untuk dipelihara dan tontonan suami sahaja bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.
Berikut adalah kesilapan dan salah faham segelintir wanita zaman sekarang mengenai arahan Allah S.W.T supaya menutup aurat. Moga ia menjadi renungan dan iktibar buat kita semua.
*Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
*Bertudung tetapi mengenakan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.
*Bertudung tetapi baju kebarung/kebayanya terbelah di bahagian tengah.
*Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk tubuh.
*Bertudung tetapi amat longgar tudungnya sehingga sengaja menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
*Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tanggalkan tudung bila di pasar raya.
*Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah belahan dadanya dari ditutupi oleh kain tudung.
*Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
HIJABISTA: Semoga kita menutup aurat dengan sempurna.
Syukur ke hadrat Ilahi kita sempat diberikan kesempatan untuk menjemput dan merasai bulan Ramadan pada tahun 2023. Ibadah berpuasa juga satu ibadah yang cukup cantik dalam pembentukkan peribadi seseorang dalam sebulan.
Sebelum berpuasa syarat sah wajib puasa adalah niat yang dilafazkan pada malam sebelumnya itu. Namun sering menjadi masalah untuk mereka yang ragu-ragu adakah perlu niat pada setiap malam walaupun sudah niat 30 hari terus?
Menjadi tanda tanya setiap kali menjelang bulan Ramadan, ianya menjadi tanggungjawab bersama untuk terus menyebarkan ilmu supaya kita bersama belajar dari membuat kesilapan.
Menurut Laman Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat beberapa pandangan mengenai isu ini daripada para ulama’. Ia terbahagi kepada dua pendapat iaitu:
Pandangan Pertama: Boleh Niat Terus Sebulan
Ini merupakan pendapat daripada al-Imam Zufar dan al-Imam Malik. Menurut mereka niat puasa sebulan umpama niat solat yang hanya dilafazkan pada permulaan solat. Ianya tidak perlu diulangi pada rakaat-rakaat yang lain.
Maka, ia hanya perlu dilafaz pada awal permulaan niat. Begitu juga pendapat mereka mengenai puasa yang berturutan seperti puasa kafarah dan juga puasa kafarah bagi had zihar.
Maksudnya:Barangsiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya (pada hari tersebut).
Riwayat Abu Daud (2454). Status Hadith: Sahih.
Puasa itu dilakukan pada setiap hari dan merupakan satu ibadah yang bersendiri (mustaqil). Ia tidak terikat antara satu hari bersama hari-hari yang lain. Maka, puasa hari berikutnya juga tidak rosak sekiranya pada hari ini rosak.
Ia pula berbeza berbanding ibadah solat dimana satu rakaat pertama yang terbatal, maka terbatallah keseluruhan solat itu.
Kesimpulannya, menurut pejabat Wilayah Mufti Persekutuan ia bergantung pada mazhab kita iaitu mazhab al-Syafi’ie dimana perlulah dibaca niat pada setiap malam untuk berpuasa. Tetapi tiada masalah untuk niat sebulan cuma ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk menjaga ibadah puasa anda.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...