Awal bulan Mac ini menyaksikan beberapa selebriti menamatkan zaman solonya dengan pasangan pilihan hati masing-masing. Selepas Fasha Sandha, diikuti Bella Dally dan hujung minggu lalu menyaksikan pula pelakon Nelydia Senrose menamatkan zaman bujangnya. Hanya dengan sekali lafaz, pelakon cantik ini sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35 tahun.
Majlis yang dilakukan secara tertutup hanya dihadiri sanak saudara serta kenalan rapat di sebuah hotel terkemuka di di sini petang Sabtu lalu. Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Rifin, dengan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid.
Dan seperti biasa jika ada majlis perkahwinan, pastinya pakaian digayakan selebriti yang menjadi tumpuan. Jika Bella Dally menggabungkan pants dan dress untuk majlis resepsi, busana Nelydia juga turut ada keistimewaan tersendiri.
Dalam majlis berkenaan Nelydia atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen kellihatan begitu anggun mengenakan persalinan rona putih gading rekaan Ezuwan Ismail.
Begitu juga ketika di majlis persandingan pula menyaksikan Nelydia tampak sangat menawan menggayakan busana rekaan duo tersohor Rizman Ruzaini. Penampilannya malam itu sangat mencuri tumpuan apabila menggayakan dress mewah rona pastel.
Menjadikan penampilannya malam itu bak puteri dengan batuan serta manik mutiara yang dijahit tangan sendiri dengan rekaan silhouette klasik menggunakan tulle yang eksentrik.
Ditambah pula dengan sentuhan solekan Dato Alha Alfa yang menyempurnakan penampilan Ratu Sehari di majlis persandingan.
Ramai netizen memuji busana digayakan pelakon drama Lafazkan Kalimah Cintamu ini yang disifatkan mereka penampilan
fizasabjahan Soooooooooooo beautiful
mama_fur_cat Mcm mermaid…pretty in soft green hue
nor_nazni So perfect!
ashieyaakub Angle…. Serious cantik
Pasangan sama cantik sama padan ini bertemu setahun yang lalu dan pelakon ini bersyukur kerana segala urusannya dipermudahkan Allah termasuk makbulkan doanya ketika di tanah suci berkaitan urusan jodoh.
Hijabista ucapkan selamat pengantin baru dan semoga pasangan ini kekal bahagia till jannah.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SELEBRITI