Dr. Hamid Arshat Kongsi Tip Jaga Pemakanan Lepas Jalani Pembedahan Dermoid Cyst. Hijabi Wajib Tahu!

Share

Dermoid cyst merupakan ketumbuhan yang mengandungi beberapa tisu seperti kulit dan rambut. Kebiasaannya, cyst jenis ini perlu dibuang melalui pembedahan. Selepas pembedahan, perkara utama yang perlu diambil kira adalah pemakanan. Sebaiknya, amalkan cara gaya hidup yang sihat dan ambil makanan yang berkhasiat.

Perkara ini turut dikongsi oleh Dr Hamid Arshat menerusi akaun Facebooknya tentang penjagaan makanan selepas menjalani pembedahan. Menurutnya, ia penting untuk meningkatkan imuniti tubuh di samping  mengelakkan penyakit tersebut menyerang kembali. Ayuh kita baca perkongsiannya dan semoga ia bermanfaat buat kita semua.

Foto: Facebook Dr Hamid Arshat

Kandungan cyst ialah cecair berminyak, lemak dan rambut.

Menakutkan juga bila melihat rambut tumbuh dalam kilang telor.

Satu jenis keajaiban, tidak terfikir rambut boleh tumbuh dalam ovary. Kejadian Allah, apa-apa boleh berlaku atas kehendakNya.

Masih ada peluang hamil, ovary kanan dan tiub kanan masih normal.

Lepas bedah perlu amalkan cara gaya hidup sihat.

Foto: Facebook Dr Hamid Arshat

MAKANAN UNTUK LEPAS BEDAH

1. Lepas bedah penting untuk meningkatkan imuniti untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis, fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.

2. Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir, baca quran 4-5 muka setiap hari. 

Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap-asap beracun, semburan insecticide dan pewangi di rumah dan dalam kereta. Gunakan bahan-bahan organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.

3. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat. Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dll.

Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung – donut, kuih-kuih, aiskrim, coklat dll. Jauhkan minuman soft drink, jus dan kordial dalam botol atau kotak.

4. Makan 70% bahan-bahan mentah dan segar, iaitu buah-buah dan sayur-sayur. Makan lebih buah-buah tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai, dragon fruit dll.


Saya galakkan makan ulam-ulam , sayur-sayur bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.

5. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji epal hijau, 2 carrot, 2 batang celery. Atau 1/4 buah papaya dan ¼ nenas (khas sminggu dalam waktu haid). Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug, masuk peti ais semalaman.

Foto: Facebook Dr Hamid Arshat

6. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus, lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.

Makan 2 biji telur saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti wholemeal dan brown rice.

7. Makanan selingan (tea dan coffee break) – jauhkan makanan bergula dan karbohidrat. Makan buah-buah atau segenggam campuran kacang-kacang almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

8. Makan tengah hari – Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral, air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis carbohydrate.

9. Makan malam – Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vinegar atau satu sadu. Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.

Atau buat rojak/pecal dari sayur kangkung, taugeh, sengkuang, tempe tauhu. Masak lauk ikan, ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai.

Gantikan nasi putih kepada brown rice.

10. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU, Habatus sauda.

Makan juga goji beri, lain-lain jenis berries, spirulina, rumpai laut.

Sumber: Facebook Dr Hamid Arshat

Published by
Siti Zurina