PIC: medicalnewstoday

Wanita memang cukup obsess jika mendengar cara untuk menurunkan berat badan. Tetapi dalam masa sama otak sudah berfikir susah utuk kurangkan berat badan hingga menyebabkan kita jadi stress.

Dr Hamid Arshat Kongsi 8 Cara Mudah Kurangkan Berat Badan Tanpa Ambil Pil Atau Pembedahan
PIC: FB Dr Hamid Arshat

Pelbagai cara telah dilakukan dan hasil timbangan tetap seperti sebelumnya. Dalam hal ini Datuk Dr Hamid Arshat melalui satu postingnya turut menyenaraikan mengapa seseorang yang mengalami tahap obesiti gagal kurangkan berat badan.

Beliau turut memberikan solusi paling sesuai untuk menurunkan berat badan berlebihan ini. Dan salah satunya diingatkan agar berfikiran positif dan ubat tabiat pemakanan. Jadi admin nak pesan jika mahu kurus tanpa mengambil sebarang pil atau pembedahan, boleh ikut cara disaran Dr Hamid Arshat yang dijamin selamat dan berkesan.

Dr Hamid Arshat Kongsi 8 Cara Mudah Kurangkan Berat Badan Tanpa Ambil Pil Atau Pembedahan

OBESITY . MENGAPA GAGAL KURANGKAN BERAT BADAN?

Ads
  1. KEMANDULAN DAN KESUBURAN. Memang benar kegemokkan menyebabkan berbagai penyakit.
    Ia mengganggu kesuburan, kehamilan dan kelahiran.
    Sering dikaitkan dengan PCOS, menyebabkan telor tak matang, kemandulan dan gangguan haid.
    Bila hamil, risiko gugur premature Labour, bayi mati dalam perut, bayi juga meningkat

2. DENIAL. Orang obese ada masalah minda. Mereka menyangkal hakikat mereka makan berlebihan. ‘Denial syndrome’. Hanya makanan berlebihan sahaja yg menyebabkan seseorang gemok, khususnya makanan lebih gula dan karbohaidret.
Seboleh2 mereka cuba menyorokkan, saperti makan seorangan, makan waktu selingan dan luar waktu makan.

3. CATIT CITA2 DAN SASARAN.
Semua orang ada cita2 dan azam, nak sihat, kaya, bahagia berkeluarga, warak dan taqwa.
Catitkan cita2 kita dan sinaraikan sasaran2 dalam note book. Jadikan satu tabiat mencatit setiap hari. Rancang tindakan2 untuk capai sasaran.
Kali ini cita2 kita nak KURUS BADAN.

4. KAWAL DAN KURANGKAN MAKANAN.
LAKUKAN EXERCISE 30 MINIT SETIAP HARI.
Dua tindakan sangat penting dan berkesan untuk kurus.

Ads

Dr Hamid Arshat Kongsi 8 Cara Mudah Kurangkan Berat Badan Tanpa Ambil Pil Atau Pembedahan

5. CATITKAN SASARAN BAGI SETIAP MINGGU DAN SETIAP BULAN
Mithalnya nak capai pengurangan berat 2 atau 3 kilogramme setiap bulan.
Sasaran terakhir nak kurang berat 20 kg.
Pantau setiap hari, minggu dan bulan.
Setiap pagi kata pada diri sendiri. Berbisik atau dengan kuat.
“Saya bolih buat
Berulang2 kali sampai ia masuk dalam ‘subconscious minds’

6. AMALKAN PEMIKIRAN POSITIVE.
Hilangkan denial syndrome.
Katakan pada diri sendiri,
“Aku bolih hamil bila kurus”
“Aku lebih cantik bila kurus
“Suami aku lebih sayang bila kurus, cantik dan ada anak.”
Ulang2 setiap waktu bila lapang.
Tengok gambar2 wanita yang cantik dan langsing badannya. Tenong dan bayangkan diri kita begitu.
Saloma ada kata “Tiru macam saya”

Ads

7. UBAH TABIAT MAKAN.
Ambil sedikit makan. Pakai pinggan kecil.
Jangan tambah sajian.
Konyah lama2, 20 kali konyah bagi setiap suapan.
Makanan selingan (tea dan coffee breaks), makan buah badam, kismis atau korma. Minum green tea.
Mulakan dengan buah2 sebelum makan lunch dan dinner.

8. BERDOA AGAR CITA2 DAN USAHA KITA DI MAKBULKAN ALLAH. Aamin

SUMBER: FACEBOOK DR HAMID ARSHAT

Artikel Berkaitan: Hilang Berat Badan 32KG Tanpa Bedah & Ambil Pil. Ini Caranya

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI