
Wanita memang cukup obsess jika mendengar cara untuk menurunkan berat badan. Tetapi dalam masa sama otak sudah berfikir susah utuk kurangkan berat badan hingga menyebabkan kita jadi stress. Pelbagai cara telah dilakukan dan hasil timbangan tetap seperti sebelumnya. Dalam hal ini Datuk Dr Hamid Arshat melalui satu postingnya turut menyenaraikan mengapa seseorang yang mengalami tahap obesiti gagal kurangkan berat badan.

Beliau turut memberikan solusi paling sesuai untuk menurunkan berat badan berlebihan ini. Dan salah satunya diingatkan agar berfikiran positif dan ubat tabiat pemakanan.
Jadi admin nak pesan jika mahu kurus tanpa mengambil sebarang pil atau pembedahan, boleh ikut cara disaran Dr Hamid Arshat yang dijamin selamat dan berkesan.

OBESITY . MENGAPA GAGAL KURANGKAN BERAT BADAN?
1. KEMANDULAN DAN KESUBURAN.
Memang benar kegemokkan menyebabkan berbagai penyakit. Ia mengganggu kesuburan, kehamilan dan kelahiran. Sering dikaitkan dengan PCOS, menyebabkan telor tak matang, kemandulan dan gangguan haid. Bila hamil, risiko gugur premature Labour, bayi mati dalam perut, bayi juga meningkat
2. DENIAL.
Orang obese ada masalah minda. Mereka menyangkal hakikat mereka makan berlebihan. ‘Denial syndrome’. Hanya makanan berlebihan sahaja yg menyebabkan seseorang gemok, khususnya makanan lebih gula dan karbohaidret. Seboleh2 mereka cuba menyorokkan, saperti makan seorangan, makan waktu selingan dan luar waktu makan.

3. CATIT CITA2 DAN SASARAN.
Semua orang ada cita2 dan azam, nak sihat, kaya, bahagia berkeluarga, warak dan taqwa.
Catitkan cita2 kita dan sinaraikan sasaran2 dalam note book. Jadikan satu tabiat mencatit setiap hari. Rancang tindakan2 untuk capai sasaran. Kali ini cita2 kita nak KURUS BADAN.
4. KAWAL DAN KURANGKAN MAKANAN.
LAKUKAN EXERCISE 30 MINIT SETIAP HARI. Dua tindakan sangat penting dan berkesan untuk kurus.

5. CATITKAN SASARAN BAGI SETIAP MINGGU DAN SETIAP BULAN
Mithalnya nak capai pengurangan berat 2 atau 3 kilogramme setiap bulan. Sasaran terakhir nak kurang berat 20 kg. Pantau setiap hari, minggu dan bulan. Setiap pagi kata pada diri sendiri. Berbisik atau dengan kuat. “Saya bolih buat“ Berulang2 kali sampai ia masuk dalam ‘subconscious minds’
6. AMALKAN PEMIKIRAN POSITIVE.
Hilangkan denial syndrome. Katakan pada diri sendiri, “Aku bolih hamil bila kurus”
“Aku lebih cantik bila kurus“ “Suami aku lebih sayang bila kurus, cantik dan ada anak.”
Ulang2 setiap waktu bila lapang. Tengok gambar2 wanita yang cantik dan langsing badannya. Tenong dan bayangkan diri kita begitu. Saloma ada kata “Tiru macam saya”

7. UBAH TABIAT MAKAN.
Ambil sedikit makan. Pakai pinggan kecil. Jangan tambah sajian. Konyah lama2, 20 kali konyah bagi setiap suapan. Makanan selingan (tea dan coffee breaks), makan buah badam, kismis atau korma. Minum green tea. Mulakan dengan buah2 sebelum makan lunch dan dinner.
8. BERDOA AGAR CITA2 DAN USAHA KITA DI MAKBULKAN ALLAH. Aamin
SUMBER: FACEBOOK DR HAMID ARSHAT
Artikel Berkaitan: Hilang Berat Badan 32KG Tanpa Bedah & Ambil Pil. Ini Caranya
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semak Tip Mudah Memilih 10 Loose Powder Pilihan Yang Terbaik Untuk Menyamari Kulit Tidak Bermaya

Loose powder adalah item paling perlu untuk mengunci pori-pori dan menghasilkan mekap matte tanpa kilauan berlebihan. Selain itu, ia juga digunakan sebagai membentuk contouring anda lebih tajam dengan teknik baking. Jika mekap mula kelihatan cair, anda boleh pantas sapukan loose powder selain menyembur setting spray.
Formula loose powder semestinya lebih ringan kerana kebiasaannya ia hanya mengandungi komponen serbuk dan tidak dilengkapi dengan formula pelembap, Sun Protector Factor (SPF), mahupun foundation. Oleh itu, buat kamu yang mempunyai masalah kulit berminyak atau jerawat, adalah disarankan untuk menyapu loose powder di serata wajah pada setiap kali aplikasi make up kerana formulanya akan membantu menyerap kesan minyak dengan baik.
Sebelum memilih loose powder terbaik, jom semak tip mudah bagaimana anda boleh memilih loose powder yang bertepatan dengan kondisi dan warna kulit anda bagi menyamari kulit yang kusam.

#1 Pemilihan Berus
Lazimnya, bagi mereka yang sudah profesional, penggunaan span seperti “beauty blender” amatlah digalakan, namun bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dengan alat solek, sila gunakan berus kerana ia lebih memudahkan.
Caranya, celup berus tersebut ke dalam loose powder yang berkenaan sebelum meletakkannya pada kulit dna hendaklah dibiarkan bedak itu melekat pada kulit beberapa minit (5 hingga 10 minit) sebelum disapu rata untuk hasil solekan yang kemas dan nampak natural.
#2 Simpan Di Kawasan Kering & Sejuk
Loose Powder adalah sejenis bedak yang bertekstur halus. Ia memang direka khas untuk kegunaan wajah dan mampu menutup setiap liang pori yang terbuka.
Bagi memelihara tekstur bedak itu agar tidak rosak, pastikan ia disimpan di kawasan yang kering dan sejuk. Jangan biarkan ia terdedah pada kepanasan serta basahan. Selepas menggunakannya, sila tutup rapat bekas bedak tersebut agar tidak dimasuki habuk yang kemudiannya mungkin merosakkan keadaan bedak serta boleh memberi iritasi pada kulit. Bersihkan bekas setiap kali selepas digunakan.
#3 Pilih Bedak Yang Bersesuaian Dengan Kulit

Aspek pemilihan ini penting agar kulit tidak kelihatan nyata bercapuk apabila berpeluh nanti. Jadi berhati-hati dalam memilih warna bedak kerana ia akan memberi impak yang besar terhadap kulit anda nanti. Selain perlu memastikan serbuk bedaknya benar-benar halus, kalau boleh cari Loose Powder yang mempunyai warna seakan-akan kulit anda atau lebih baik jika ianya satu hingga dua tona lebih cerah daripada warna asal kulit.
#4 Elak Sapu Terlalu Tebal

Untuk mengelak ia menjadi bercapuk, sila gunakan bedak yang dilapis nipis pada bahagian wajah kemudian semburkan “setting spray” yang boleh membantu bedak tesebut melekat rata pada wajah. Hati-hati kerana loose powder biasanya akan kelihatan bercapuk apabila dipancar cahaya lampu seperti dari kamera (camera flash).
#5 Terlupa Untuk Menyapu Rata Bedak

Tidak mahu kelihatan seperti badut, jika anda menggunakan teknik “baking” seperti yang sering dilakukan selebriti Kim Kadarshian, setelah membiarkan ia beberapa ketika untuk menyerap penuh pada kulit, jangan pula terlupa untuk meratakannya kemudian.
#6 Sebelum Menyapu Bedak, Lembapkan Kulit Terlebih Dahulu
Jika bedak disapu pada kulit yang kering bersisik, sudah pasti sapuan tidak akan rata sekaligus menjadi bercapuk bukan? Jadi, sapukan krim pelembap (moisturizer) dahulu pada kulit agar kulit yang kering bersisik itu tadi hilang. Barulah sapuan bedak nampak cantik!
Senarai Loose Powder Yang Terbaik Di Pasaran
1. INNISFREE No Sebum Mineral Powder

Terbaik untuk kegunaan harian
Mengandungi kandungan tinggi Vitamin E, bedak loose ini akan memastikan kesegaran serta kelembapan wajah, biarpun mengenakan solekan tebal. Kini, anda tidak perlu risau lagi tentang timbulnya kesan cela.
No Sebum Mineral Powder dari Innisfree ini dapat mengawal pengeluaran sebum berlebihan atau kesan peluh pada wajah bagi memastikan solekan kekal lebih lama. Ia diperkaya dengan ekstrak Green Tea, Birch, Rumex serta Crispus agar wajah anda tidak kelihatan melekit walaupun sedang melakukan aktiviti luar.
2. SILKYGIRL Shine Free Loose Powder
![]()
Harga mampu milik, sesuai buat kulit wanita Asia
Dirumus khas bagi kulit wanita Asia, SilkyGirl Shine Free Loose Powder ini bertekstur serbuk mikro lembut dan terasa sangat licin apabila bersentuhan dengan kulit. Serbuk ini sesuai buat semua jenis kulit terutama buat si kulit berminyak. Walaupun dengan harganya yang mampu milik, loose powder serba lengkap ini diperkaya dengan bahan-bahan bermanfaat bagi mengekalkan kelembapan kulit serta bebas peluh selama 4 jam. Loose powder ini membantu menghasilkan kemasan matte yang sempurna.
3. COSRX Perfect Sebum Centella Mineral Powder

Loose powder bersifat mineral, menenangkan kulit iritasi
Buat kamu yang mempunyai kulit sensitif, pastinya sukar untuk mencari powder yang serasi. Loose powder bersama formula mineral ini memberi perlindungan sepenuhnya, menghidrat dan membaik pulih tona gelap serta menutup cela yang terhasil dari hiperpigmentasi dan ketidaksempurnaan kulit.
Dengan bahan unik yang diserlahkan seperti esktrak buahan Rosa Canina dan Centella Asiatica membantu mengurangkan penampilan kedutan dan menyokong kolagen semulajadi untuk kulit yang lebih licin. Produk ini juga bebas Phthalates, selamat walaupun berkulit sensitif.
4. MARY KAY Translucent Loose Powder

Kesan translucent, sesuai untuk teknik baking
Translucent Loose Powder khas dari jenama Mary Kay adalah serbuk mesra dan lembut pada kulit menjadikan garis halus, kedutan serta ketidaksempurnaan tidak lagi kelihatan. Ianya tahan lama serta mudah untuk digunakan, memberi hasil kemasan natural atau semula jadi yang menawan.
Diuji secara klinikal, translucent powder ini sesuai bagi semua jenis kulit termasuk yang paling sensitif. Diformulasi dengan bebas minyak, wangian, serta paraben, ia membantu meneutralkan nada kulit bagi memberi kesan penampilan kulit bebas minyak sepanjang hari.
5. REVLON Photoready Candid Setting Powder Translucent

Sesuai untuk kulit remaja
Buat para remaja yang gemarkan berswafoto, loose powder keluaran Revlon ini memang serasi buat kamu, terutama yang sedang menyesuaikan diri dengan penggunaan make up. Ringan, kalis air serta berpigmentasi tinggi, tekstur powder yang selesa ini mampu memberi liputan matte berpanjangan sehingga 24 jam lamanya.
Selamat digunakan setiap hari, loose powder ini telah direka demi kesesuaian semua jenis kulit. Gunakan loose powder ini bersama berus muka lembut untuk hasil kemasan yang perfect.
6. MAYBELLINE Fit Me! Loose Finishing Powder

Untuk kulit yang minyak – tampil bebas kilat selama 24 jam
Bersifat bukan komedogenik, Maybelline Fit Me! Loose Finishing Powder ini telah terbukti berkesan buat yang mempunyai kulit cenderung minyak. Ianya memberi hasil kemasan matte yang mampu menutup segala cela serta memberi pengawasan minyak selama 24 jam. Dengan teksturnya ringan, loose powder ini secara intuitif menyembunyikan kesan jerawat, bintik hitam serta menjadi kanvas terbaik pada solekan.
Tambahan pula, ia mengandungi serbuk baldu mikro bagi penyerapan minyak yang pantas. Didatangi dalam 8 tona pilihan, kulit anda akan tampak lebih sempurna.
7. MILANI Make It Last Setting Powder

Loose powder membantu melembapkan kondisi kulit kering
Tekstur bedak yang halus juga lembut dan disalur pula dengan serbuk mikro, Milani Make It Last Setting Powder ini berupaya mengawal kekeringan serta dehidrasi pada kulit sepanjang hari. Ia memberi hasil kemasan airbrush tanpa memberi kilauan dan menghasilkan penampilan kulit yang sempurna.
Formulanya yang bebas paraben, sekaligus, meninggalkan kulit anda tampak lebih lembut dan sempurna sepanjang hari. Tiada lagi masalah kulit kering dan iritasi. Untuk liputan yang lebih menyeluruh, gunakannya bersama Milani foundation.
8. MAC Studio Perfecting Powder

Kemasan matte dengan hasil full coverage
Loose powder dari jenama MAC yang serbaguna ini boleh dipakai sebagai asas solekan mahupun begitu sahaja. Dengan agen perlindungan khusus, ia memberi penjagaan dan daya tahan yang tiada tandingan pada kulit anda sepanjang hari. Dihasilkan dengan tekstur yang lembut, ia mampu mengawal minyak, menyembunyikan tompok kering, kesan capuk serta garis halus.
Sesuai buat kamu yang sedang baru berjinak dengan penggunaan make up kerana ia tidak akan memberi kesan retinol, pengelupasan atau iritasi pada kulit wajah. Hanya sapukan pada T-Zon menggunakan berus lembut, kulit anda akan tampak lebih bermaya.
9. CLINIQUE Blended Face Powder

Loose powder high end terbaik di pasaran
Tanpa paraben, phthalates atau pewangi tiruan serta bersifat 100% bebas alergi, Clinique Blended Face Powder ini telah dihasilkan demi kesesuaian semua jenis kulit. Dirumus dengan campuran mineral, loose powder ini membantu mengawal penghasilan minyak berlebihan serta merawat kondisi kulit akibat kesan penuaan dari sinaran terik matahari.
Telah diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, loose powder ini secara efektif memberi penghidratan serta kesempurnaan berpanjangan. Jangan risau, bedak eksklusif dari jenama Clinique ini boleh digunakan bersama atau tanpa foundation, ikut kesesuaian anda.
10. TOO FACED Peach Perfect Mattifying Loose Setting Powder

Ekstrak Peach, menutup kesan jerawat sedia ada
Hanya dengan 1 atau 2 sapuan, Too Faced Peach Perfect Loose Powder ini mampu menutup segala kesan cela sedia ada seperti jerawat dan jeragat serta meninggalkan kulit tampak sempurna bak sutera. Bukan sahaja ia membantu mencerahkan kulit, malah diformulasi dengan ramuan ekstrak buah Peach dan Ficus Carica, meninggalkan kulit anda dengan haruman menyegarkan.
Tambahan pula, formulanya ringan tidak akan menyumbat liang pori, membantu meningkatkan tekstur kulit serta memberi liputan sempurna sehingga 14 jam. Dengan pilihan 3 tona berbeza, anda kini mampu menyembunyikan kesan ketidaksempurnaan wajah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
“Sentiasa Bersangka Baik Dengan ALLAH & Alhamdulillah 11 Tahun Menanti, TERKEJUT Rasai Tendangan BAYI Kali Pertama” – SITI NURHALIZA

Tinggal beberapa bulan sahaja lagi seluruh dunia akan dapat merasai momen kelahiran Siti Jr. yang memang dinantikan selama ini. Bayi yang akan lahir dijangka Mac ini bukan sahaja akan membahagikan ibu dan ayahnya, tetapi juga seluruh peminat penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami Datuk Khalid Jiwa. Bayi yang selama ini ditunggu-tunggu kehadirannya ini begitu istimewa kerana hasil kesabaran menanti selama ini. Setelah puas berdoa, berusaha dan bertawakkal, akhirnya Tuhan mengurniakan anugerah terindah dalam hidup Siti.
11 TAHUN TAK HENTI-HENTI BERDOA
Lewat temubual tengah hari itu sempena pelancaran cawangan Butik Ariani dan Jakel di Ostia Bangi, Siti turut berkongsi pengalamannya yang selama ini tidak putus-putus berdoa dan mencuba pelbagai cara untuk hamil. Dia sekalipun tidak pernah rasa putus asa kerana baginya Allah akan beri pada masa yang sesuai dan tepat sekali.
“Sepanjang 11 tahun Siti tak pernah berhenti berdoa untuk hamil. Sebelum ini Siti pernah hamil tetapi mengalami keguguran. Waktu itu Siti tak menangis kerana Siti tahu Allah itu mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
“Dan Dia berikan rezeki untuk Siti pada waktu yang sangat tepat. Apabila anak-anak lain juga sudah besar dan rumah kami mula sunyi dan hanya ada cucu seorang yang menemani. Akhirnya alhamdulillah Siti hamil melalui kaedah IVF,” ujarnya rancak bercerita.
TERKEJUT RASAI TENDANGAN BAYI BUAT KALI PERTAMA
Menurut Siti bagi pasangan yang belum dikurniakan anak lagi jangan cepat putus asa. Teruskan berdoa ditambah dengan usaha dan juga tawakkal.
Artikel Berkaitan: Siti Hamil Guna Kaedah IVF Setelah 11 Tahun Menanti
“Kita perlu sentiasa bersikap positif dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Semua yang berlaku adalah dariNya dan Allah itu perancang terbaik. Insya-allah setelah kita lakukan segala-galanya dan kemudian bertawakal kepada Allah,” tambahnya lagi.
Biarpun diizinkan Tuhan hamil di usia agak lewat (akhir 30-an), tetapi Siti bersyukur kerana dapat merasai pengalaman bergelar ibu.
“Oleh kerana usia kandungan sudah masuk 7 bulan, jadi saya sedikit penat. Tetapi saya seronok melalui momen sepanjang kehamilan ini. Pertama kali merasai tendangan bayi saya sendiri, Siti akui terkejut.
“Ada masanya bayi Siti sangat aktif dan ada masanya dia senyap sahaja. Biasanya waktu malam bayi akan aktif dan kadang-kadang kita dapat lihat perut seperti ombak. Setiap kali saya nak rakam pandai pula dia buat macam biasa tak ada apa-apa.
“Walaupun begitu, Siti masih mampu tidur lena. Oleh kerana perut sudah makin membesar, Siti akan duduk dulu sebelum baring seperti biasa. Kadang-kadang Siti boleh tertidur dulu ketika duduk kerana Siti sering rasa reflux dan heartburn. Siti juga sudah buat detail scan pada usia kandungan 6 bulan untuk lihat perkembangan tulang, tangan, perut jantung dan sebagainya.
“Alhamdulillah, semuanya normal dan doktor bagi tahu bayi membesar mengikut perkembangan yang sepatutnya. Kali terakhir berat bayi adalah 1.8 kilogram dan ia akan bertambah lagi sebelum kelahiran nanti. Dokor anggar berat mungkin akan jadi 3 kilogram,” jelas Siti yang memberitahu buat masa ini perasaannya masih seperti biasa lagi.
ADA TENGOK PROSES KELAHIRAN DI YOUTUBE
“Oleh kerana masih ada dua bulan lagi, jadi perasaan Siti masih seperti biasa. Belum ada rasa gementar, bimbang atau takut. Cuma buat masa ini siti banyak juga lihat video tentang proses kelahiran di laman youtube. Walaupun ada yang kata jangan tengok, tetapi saya Cuma nak tahu caranya bagaimana.
“Seperti ibu-ibu lain, Siti juga akan menyusukan sendiri baby Siti. Walaupun Siti akui tugasan ini agak tough setelah melihat kegigihan menantu, Tya Ariffin yang begitu berdisiplin setiap kali tiba waktu untuk menyusukan anaknya. Dia akan kunci jam setiap dua jam untuk memastikan anaknya dapat menyusu pada waktu ditetapkan. Ini yang buat Siti sedikit nervous dan Siti rasa tanggungjawab menjadi ibu itu sangat besar sekali.
“Tetapi Siti tak akan miss momen ini. Insya-Allah Siti akan memberi penyusuan eksklusif pada bayi yang bakal lahir ini nanti. Begitu juga dengan detik untuk menjalani tempoh berpantang nanti. Siti akan menjalani pantang secara tradisional dengan memanggil seorang makcik dari Pantai Timur untuk menjaga sepanjang tempoh 44 hari itu nanti. Kalau boleh memang nak mak Siti yang jaga, tetapi mak Siti pun sudah berusia.
“Manakala untuki persiapan lain pula, Siti dan suami masih belum kesempatan untuk membeli barangan perabot bayi lagi. Cuma Siti ada menerima banyak hadiah barangan berupa pakaian dari peminat semua. Siti anggap ini adalah rezeki dan tanda kasih dari peminat. Siti amat hargainya kerana tanpa mereka siapalah Siti sebelum ini,” jelasnya yang dijangka melahirkan bayi perempuan Mac ini, sambil tersenyum.
HADKAN AKTIVITI SENI
Menurut Siti juga, beliau akan berpantang di rumahnya di Kuala Lumpur. Siti juga memberitahu buat masa ini aktiviti seninya terhad dan hanya akan kembali aktif menyanyi setelah melahirkan anak nanti.
Sementara untuk projek Creacion dengan pihak Jakel, Siti sudah memulakan perancangan sejak Disember lagi dengan mereka baju dan cari material. Beliau turut berharap koleksi baru itu nanti akan dapat memenuhi citarasa pelanggan setianya.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM CTDK & GALERI ARIANI
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sharifah Sofia Kongsi Kisah Hadapi Insomnia & Kini Lepas Hijrah Tumpu Perhatian Pada 2 Anak Perempuannya

Lama tak mendengar perkhabaran mengenai pelakon Sharifah Sofia. Masih terbayang lakonan hebatnya dalam sitkom Spanar Jaya yang sekaligus melonjakkan namanya dalam bidang lakonan. Namun beberapa tahun kebelakangan Sharifah Sofia yang sudah berhijrah tidak lagi aktif berlakon. Dia kini hanya bergerak di belakang tabir. Menyelak Instagram pelakon Pan Asian ini, dia yang kini bahagia dengan dua cahaya mata menceritakan pengalamannya mengidap insomnia.
Dalam satu status di muat turut di laman instagramnya seminggu yang lalu, Sharifah Sofia menceritakan pengalaman membuat rawatan muka hingga meninggalkan kesan pada dirinya.
Menurut Sharifah Sofia, pakar terapinya memberitahu rawatan muka yang dibuat itu boleh membantu dari masalah imsonia yang dihadapi.
Sebelum ini memang tidak mudah untuk dia berdepan masalah ini, tetapi bersyukur mendapat sokongan ahli keluarga dan juga kesibukan dengan kerja yang dilakukannya .
Menurutnya ketika berada di rumah dia yang juga kini sebagai ibu sepenuh masa kepada dua anak perempuannya, Sharifah Ariana dan Sharifah Nur Ameera, memberitahu telah melakukan semua kerja. Dan biasanya kerja dilakukan pada waktu tengah malam kerana tidak ada orang yang perlukan perhatiannya ketika itu.
Walaupun dirinya penat, tetapi dia perlu habiskan semua kerja pada waktunya. Selepas melakukan semua kerja, rasa penatnya akan hilang dan Sharifah Sofia hanya akan masuk tidur sekitar jam 1 pagi atau 2 pagi.
Dan dia juga perlu bangun seawal jam 6 pagi untuk menghantar anaknya Ariana ke sekolah. Inilah yang menjadi rutinnya setiap hari.
Walaupun berdepan tugasan itu setiap hari, tetapi Sharirifah Sofia perlu teruskan kehidupannya. Namun setelah dia menjalani rawatan muka berkenaan, dia telah tertidur dari jam 9.30 malam dan hanya bangun keesokannya hari pukul 6.30 pagi.
Siapa sangka hampir 9 jam dia tertidur dan inilah saat tidur yang paling puas baginya. Dan menurutnya kesan dari rawatan muka berkenaan membuatkan diri dia dapat momen tidur yang paling sempurna. Ternyata dia bersyukur dapat menikmati saat itu.
Bagaimanapun menurutnya dia turut terlepas momen 4 hingga 5 jam waktu kebiasaannya untuk menyelesaikan beberapa perkara.
Statusnya itu juga turut mendapat perhatian dari followernya.

Biarpun dia kini sudah hilang dari radar dunia lakonan kerana membesarkan anak-anaknya, tetapi bagi Sharifah Sofia itu adalah saat paling membahagiakan.
Biarpun masih rindu untuk berlakon kerana bukan disebabkan lakonan adalah kerjaya tetapi seni yang mengalir dari dalam dirinya. Namun cinta pada anak-anak mengatasi keinginnnya sendiri.
Menurutnya dulu berlakon kerana mencari rezeki dan adalah keutamaan. Sekarang ini anak-anak menjadi kepentingannya. Kalau boleh dia mahu wajahnya dilihat anak-anaknya ketika bangun tidur dan lelapkan mata.
Bercerita mengenai penghijrahannya, dia mengambil keputusan memakai tudung kerana yakin dengan kata hati. Bukan kerana mahu berhenti berlakon atau sebaliknya.
Allah berikannya hidayah apabila sering hadir ke majlis-majlis ilmu. Dan satu hari apabila menyertai satu pertunjukan fesyen Msulimah secara semula jadi perasaan mahu bertudung menebal dan kekal berhijab dari 2012 hingga kini.
Selain menjadi ibu sepenuh masa, dia juga turut mencari alternatif mengisi masa terluang terbabit aktiviti lasak seperti mendaki dan juga juga lebih kepada alam sekitar.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SHARIFAH SOFiA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di

