Dr Hamid Arshat Dedah Hijabi Muda Kini Senang Dapat Penyakit, Kongsi Tip Kekal Sihat & Panjang Umur

Share

Ujian datang tidak mengira usia muda ataupun tua dalam pelbagai cara termasuk soal kesihatan. Malah menurut Dr Hamid Arshat perkongsian di laman sosial facebooknya, tahap kesihatan rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas anat membimbangkan. Dikatakan dalam kalangan mereka menghidap sakit darah tinggi, kencing manis dan juga mempunyai tahap kolesterol tinggi. Semua ini boleh menyumbang kepada berlakunya serangan jantung, angin akhmar, rosak buah pinggang, alzheimer atau nyanyok, berkemungkinan dipotong kaki, rosak penglihatan dan juga komplikasi kesihatan.

Sekadar hiasan. Sumber foto: Pinterest

Namun begitu menurut beliau, selain berdoa kepada Tuhan agar diberi kesihatan, turut disaran amalkan tabiat gaya hidup sihat untuk kekal bertenaga.

 

KUATKAN IMMUNITY ATAU KEKEBALAN ANDA UNTUK MENANGKIS SERANGAN PENYAKIT

Tahap Kesihatan orang-orang dewasa Malayasia, berumur 18 tahun ke atas amat membimbangkan; 30% mengidap penyakit darah tinggi, 17.5% mengidap penyakit kencing manis Dan 50% mengalami tahap cholesterol tinggi. Lebih kurang 15% dalam kaedaan prediabetic dan berpotensi mengidap diabetes dalam tempoh beberapa tahun jika tiada kawalan.

Mereka ini terdedah kepada serangan jantung, angin akhmar, rosak buah pinggang, alzheimer atau nyanyuk, kemungkinan dipotong kaki, rosak penglihatan dan lain-lain komplikasi Kesihatan.

Bila umor meningkat 60 tahun satu dari 4 orang akan diancam penyakit kanser dan dalam umor 70 tahun keatas 10 – 15% akan dilanda nyanyok dan alzheimer.

Pada keseluruhan tahap kesihatan penduduk malaysia semakin meningkat; jangka hayat 75 tahun, 72 tahun untuk orang lelaki dan 77 tahun bagi wanita Malaysia.

Sambil kita berdoa setiap hari untuk mohon sihat serta kuat tubuh badan dan akal fikiran, kita perlu mengawal diri dengan mengamalkan tabiat-tabiat hidup sihat.

1. Berfikiran positif, tenang, ceria dan lapang dada.

Segala fungsi-fungsi tubuh dikawal olih otak dan Allah kurniakan kita akal fikiran untuk mengawal segala-galanya. Jangan terlalu ikuti nafsu , amalkan tabiat baik dari segi pemakanan dan exercise disamping menjauhkkan amalan merokok, dadah dan arak.

Kuatkan azam dan teguhkan disiplin diri demi untuk menikmati kesihatan.

Orang-orang yang tenang dan dapat kawal stress, ceria dan lapang dada sering lebih sihat tubuh badan dan insha’Allah akan lanjut usia.

Stres merupakan satu penyebab utama bagi berbagai-bagai penyakit, ketidak suburan dan keguguran dikalangan wanita. Dikalangan lelaki, stres jadi faktor pencetus serangan jantung dan angin akhmar.

2. Kawal stres

Bila stres, hormon steroids meningkat dan saluran darah kuncup. Jika berterusan boleh merosakkan organ-organ terpenting saperti jantung, otak dan buah pinggang.

Ada bermacam-macam kaedah untuk mengawal stress, termasuk solat, puasa, baca quran, zikirullah, selawat, exercise, deep breathing exercises, yoga, Tai chi Dan lain-lain. Kita pilih yang mana sesuai untuk diri kita dan amalkan setiap hari.

Exercise yang paling mudah dilakukan ialah ‘deep breathing exercise’ , sambil duduk sedut nafas melalui hidung sedalam-dalam yang bolih dan lepaskan nafas perlahan2 melalui mulut. Ulang pernafasan selama 5 minit dan ulang exercise di mana-mana tempat bila berasa keletihan dan mental tertekan.

Amalkan berzikir dan selawat bila memandu kereta dan bila-bila masa lapang.

Walau pun menghadapi provokasi, cuba tahan marah, jangan simpan dendam.

Bila timbul perbalahan, pertengkaran, isteri berleter atau konflik tinggalkan tempat tersebut. Banyak beristighfar.

Bila ditimpa musibah, banyak bersabar, jangan terlalu sedih dan hampa menghadapi qada’ dan qadar Allah SWT.

3. Makan yang berkhasiat dan berzat.

Kenbanyakkan rakyat Malaysia tidak mengamalkan makanan yang seimbang, bekhasiat dan berzat. Mereka terlebih makan gula dan manisan, karbohaidret dari makanan-makanan segera, junk foods, makanan-makanan diperoses , diawet dan dimaniskan. Kurangkan atau jauhi makanan-makanan tersebut.

Lebihkan makanan-makanan yang mentah dan segar; buahan-buahan, sayur-sayuran, ulam-ulam dan sumber-sumber protein, daging, ayam, ikan-ikan dan makanan laut yang segar tanpa diperoses. Sepatutnya 70% daripada diet kita terdiri makanan-maknanan mentah dan segar.

Ulam raja dikatakan berkesan sebagai anti kanser. Peria boleh kawal kolestrol dan gula dalam darah.

Kurangkan makanan-makanan digoreng dan berlemak santan, susu atau lain-lain. Makanan-makanan yang distim atau diebus dan dicampur dengan ramuan-ramuan halia, kunyit, bawang putih dan merah adalah lebih berkhasiat.

Amalkan jus buah-buahan segar dari lemon, limau nipis, apel, carrot, jambu, tembikai, air kelapa dan lain-lain. Jus-jus tersebut menjadi sumber vitamin, logam, anti oksidan dan serat.

Makanan sampingan : Bila lapar sebelum waktu makan, amalkan makan kacang badam, walnut, peanuts, gajus; biji-biji labu, sunflower, kismis, keroma, apricot dan cranberry kering. Semua boleh dibeli dari kedai arab.

4. Amalkan senaman 30 minit setiap hari.

Bersenam mudah diucapkan tapi sukar dilakukan. Jangan tangguh, terus lakukan setiap hari.

Hanya 30% penduduk Malaysia pernah bersenam buat dan hanya 14% yang betul-betul bersenam secara berkesan.

Paling mudah ialah berjalan kaki selama 30 minit khususnya lepas makan atau lepas solat subuh.

Bersenam dengan treadmill, angkat berat atau basikal spin lebih intensif dan berkesan.

Faedah bersenam ialah membakar lemak, mengawal gula dalam darah serta menguatkan otot-otot dan organ-organ.

Ia juga mengawal hormon steroids; mengeluarkan endorphins dalam otak yang memberi rasa tenang dan ceria.

Di peringkat dalaman sel-sel , senaman menjadikan telomere dalam DNA menjadi lebih panjang dan seterusnya meningkatkan kesihatan.

Saya berkebun di sekitar kawasan rumah untuk menggantikan senaman harian dan untuk tanam herba, ulam-ulam dan sayur-sayuran.

5. Vitamin, logam dan suplemen.

Vitamin-vitamin dan logam-logam adalah sangat penting bagi pembinaan dan pertumbuhan sel-sel, dan tisu. Percambahan sel-sel sangat penting untuk peroses baik pulih tisu-tisu dan organ-organ yang sentiasa terancam oleh trauma, serangan kuman-kuman dan pelbagai racun.

Seringkali pemakanan harian kita tidak mengandungi zat-zat dan vitamin yang cukup dan seimbang. Ada kala pula usus kita tidak dapat menyerap sepenuhnya vitamin-vitamin dan logam-logam. Kekurangan vitamin dan logam mengakibatkan berbagai penyakit dan kerosakkan tisu dan organ-organ terpenting.

Saya dan isteri mengamalkan makan multivitamin jenama obimin, calcium, fish oil dan vitamin C setiap hari sejak berpuluh tahun.

Bila kita keluar negara seperti pergi umrah kita makan lebih vitamin C sampai satu gram sehari. Alhamdulillah jarang diserang kuman virus.

Saya juga mengambil suplemen yang mengandungi resveraterol dan antioksidan lain dari biji anggur. Tujuannya ialah untuk mengurangkan kerosakkan sel-sel dan tisu-tisu jantung dan otak.

6. Kawal kegemukan

Malaysia punyai jumlah tertinggi penduduk yang terlalu gemuk (obesity) , 13.3 % dan yang sederhana gemuk (overweight) 38.5%.

Kegemukan menimbulkan bermacam-macam penyakit termasuk diabetes, darah tinggi, sakit jantung, serta ketidak suburan dan gangguan haid di kalangan wanita.

Menang mudah naik berat badan khususnya selepas kahwin, tapi berbagai usaha menurunkan berat badan sering gagal.

Tiada punca lain bagi kegemukan melainkan makan berlebihan khususnya makanan-makanan karbohidrat dan manisan. Tapi orang-orang gemuk menafikan hakikat ini (denial).

Kawal dan kurangkan amoun makan, gantikan karbohaidret dengan sayur-sayuran dan lauk-laun protein.

Lakukan senaman untuk bakar lemak dan kuruskan badan.

Ada suplemen untuk kurus tetapi tidak boleh bergantung terlalu lama pada ubat-ubat tersebut.

7. Cukup tidur dan rehat.

Sebaiknya seseorang tidur selama 5 – 7 jam dalam sehari semalam. Badan perlu rehat untuk proses baik pulih sel-sel dan tisu-tisu dan organ-organ.

Saya amalkan tidur awal jam 10.00 malam dan bangun jam 5.00 pagi untuk solat tahajud diikuti solat subuh berjemaah di masjid.

Alhamdulillah dalam umur 73 tahun Allah kurniakan saya kesihatan dan kekuatan untuk terus memberi khidmat perubatan kepada yang memerlukan.

Sumber kredit: Dr Hamid Arshat

Published by
Norhasliza