Kecantikan

Doktor Kulit Ini Tak Galak Pakai Toner, Jadi Kenapa Bayar Lebih Produk Tak Perlu

Share

Toner adalah sejenis penyegar kulit muka yang dipakai selepas mencuci muka. Ramai percaya toner berfungsi untuk menenangkan, menghalus dan mempersiapkan kulit sebelum memakai serum atau produk kecantikan yang lain. Ianya juga dapat membantu menghilangkan lebihan minyak dan menghapuskan sel kulit mati yang terdapat pada kulit wajah.

Namun tahukah anda bahawa kita sebenarnya tidak perlu menggunakan toner atau penyegar wajah?

Ikuti perkongsian Dr Nazelia

KENAPA KEBANYAKAN DOKTOR KULIT TIDAK MENGGALAKKAN PENGGUNAAN TONER?

Kebanyakan je.. bukan semua.
Tapi doktor sendiri tak menggunakan toner.

Bersihkan-Sekatakan-Lembapkan. 3 langkah ini sentiasa tersemat dalam minda masing-masing yang sentiasa mahu menjaga penampilan kulit wajah. Tapi bagi Dr, saya prefer kepada 3 langkah ini: Bersihkan-Lembapkan-Lindungi kulit dari sinar UV.

Adakah TONER benar-benar sekatakan kulit? NOPE. In fact, most of toner mengandungi alkohol yang hanya mengeringkan kulit tanpa sekatakannya. Toner mungkin berkesan bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat.

Ini kerana kandungan alkohol akan membunuh bakteria dan mengawal sebum yang menyebabkan jerawat, tapi tidak mempunyai apa-apa benefit untuk kulit normal/kering.

Bagaimana pulak dengan ESSENCE doc? Toner dengan essence menpunyai fungsi berbeza walaupun tekstur yang sama. Essence yang kebanyakan datang dari Korea berfungsi untuk melembapkan kulit, bukan sekatakannya. Dont confuse with toner ye.

Jadi kenapa perlu bayar lebih untuk produk yang tak diperlukan bukan?

Sumber kredit: Dr Nazelia

Published by
Norhasliza