Bersenam atau melakukan workout sangat digalakkan untuk memastikan tubuh badan sentiasa sihat. Namun ada yang tidak berani melakukannya kerana percaya dengan mitos bahawa akan menyebabkan rahim atau peranakan jatuh. Bagaimanapun dakwaan ini disangkal sepenuhnya oleh doktor kerana ada sebab lain yang boleh menyebabkan peranakan seorang wanita itu boleh jatuh.
Dr Izzat yang juga seorang doktor sakit puan berkongsi punca-punca berlakunya peranakan jatuh. Terdapat tujuh sebab boleh terjadinya perkara ini dan cara untuk mengatasinya.