Kanser merupakan penyakit paling ditakuti setiap wanita, terutamanya kanser payudara. Malah dianggap sebagai pembunuh nombor satu kerana boleh hadir dalam tubuh kita tanpa disedari. Hanya dengan pemeriksaan awal boleh mencegah penyakit ini dari terus merebak hingga menyebabkan pengidapnya menderita. Selain itu kita juga boleh membantu merencatkan sel kanser sebelum ia merebak dalam tubuh badan kita.
Perkongsian dari Dr Malinda Mohd Ali yang memberitahu setiap individu berisiko untuk mendapat kanser, tetapi ada beberapa tip yang boleh membantu merencatkan sel-sel kanser.
Sebelum ia merebak, ayuh berjaga-jaga. Ada beberapa tips yang membantu merencatkan sel-sel kanser :
1) Gula merupakan makanan kepada sel kanser. Dengan berhenti mengambil gula, anda sebenarnya telah menamatkan satu sumber bekalan makanan yang penting untuk sel kanser. Stevia, manisan tanpa kalori boleh digunakan sebagai alternative kepada penggunaan gula.
2) Sel kanser hidup dalam persekitaran yang asidik. Makanan berasaskan daging adalah bersifat asidik juga. Mengurangkan segala makanan yang berdaging terutamanya daging merah adalah pilihan yang bijak. Di kebanyakan ladang ternakan, haiwan-haiwan ternakan disuntik dengan antibiotik dan hormon tumbesaran bagi mempercepatkan kadar penghasilan daging.
3) Kurangkan kekerapan minuman kopi, teh dan coklat yang mengandungi kafein yang tinggi. Teh hijau lebih baik dan mempunyai khasiat dalam melawan sel kanser. Bagi air kosong pula, minumlah minuman yang telah ditapis terlebih dahulu bagi mengelakkan toksin dan logam yang terdapat dalam air paip memasuki tubuh anda.
4) Diet yang terdiri daripada sayur-sayuran yang segar, kekacang dan makan buah-buahan adalah tabiat yang sangat baik kerana makanan-makanan tersebut akan menukarkan badan kepada persekitaran yang lebih berakali.
5) Makanan tambahan seperti antioksida, resveratrol, vitamin dan mineral pula mampu membina sistem imun bagi membolehkan sel pembunuh di dalam badan dapat menghapuskan sel-sel kanser. Vitamin E pula terkenal sebagai pembunuh sel iaitu satu kaedah bagi tubuh untuk menghapuskan sel yang telah rosak atau yang tidak diperlukan secara normal.
6) Senaman secara berkala akan membantu meningkatkan sistem imun dan menggalakkan pengaktifan stem sel dalam badan yang bertindak untuk melawan sel-sel kanser.
Kanser juga merupakan satu penyakit minda, badan dan spiritual. Sikap yang proaktif dan positif dapat membantu melawan penyakit kanser. Sikap seperti pemarah, pendendam dan sering berasa kecewa mampu membuatkan tubuh anda menjadi lebih stress dan dalam keadaan asidik.
Sayangi Diri. Maafkan semua yang lain.
– Dr. Malinda Mohd Ali