Segala maklumat peribadi sama ada diri sendiri dan juga ahli keluarga perlu menjadi rahsia dan tidak sepatutnya dikongsi secara terbuka.
Seperti juga nama dan gambar anak-anak, mengapa perlu dikongsi di media sosial untuk tatapan umum? Sebenarnya perbuatan ini hanya mendedahkan anak-anak dengan pelbagai bahaya.
Melalui perkongsian Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, beliau berkongsi tentang trend ibu bapa yang berkongsi nama dan anak-anak secvara terbuka semata-mata kerana ada individu yang menawarkan duit raya.
Saya sangat tidak selesa dengan satu trend terkini. Semalam ada yang minta orang ramai kongsi nama anak dengan menawarkan duit raya sebagai ganjaran. Hari ni ada guna taktik sama minta gambar anak pula.
Tak sangka ramai pula yang kongsi gambar anak-anak mereka. Kenapa ada yang tega kongsi nama, gambar anak, serta nombor akaun bank, sedangkan orang yang meminta tu mereka tak kenal pun?
Saudara-saudari, di dunia ini ada orang baik, dan ada juga segelintir yang sentiasa mencari peluang atas kebaikan orang. Bukan suruh kita buruk sangka, tapi kita haruslah sentiasa berwaspada.
Jadi, berhati-hatilah. Anak-anak tak tahu apa. Tugas kita adalah untuk melindungi anak-anak. Termasuk lindungi privasi mereka. Bukan sekadar lindungi mereka dari ancaman fizikal sahaja.
Kita yang dewasa ni, jika wajah dan nama kita dijaja oleh ibubapa kita kepada orang yang tidak dikenali, demi dapatkan sedikit duit raya, mesti kita pun tak selesa, kan?
Marilah kita berpesan-pesan hal ini.
Semoga Tuhan lindungi kita dan anak-anak kita dari helah, tipu daya dan ancaman yang kita tidak sedari. Anak Adalah Amanah
Sumber kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan