Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ramai juga yang mengalami tekanan emosi dek kerana tidak dapat keluar dari rumah. Walaupun berasa tertekan, kita haruslah ingat bahawa ini semua adalah untuk kebaikan diri kita sendiri bagi mengelak situasi yang lebih buruk.
Bagi menghilangkan perasaan negatif yang kadang kala datang menyinggah, anda boleh mengikuti teknik yang disarankan oleh Dr. Ahmad Rostam Md Zin ini yang merupakan seorang pakar psikiatri ini. Biarpun bersifat sementara, setidak-tidaknya ia mampu memberikan kelegaan di waktu terdesak.
Ini adalah teknik untuk mengawal emosi negatif, keresahan, desakan negatif dan ketakutan yang boleh muncul bila-bila masa. Ia bersifat sementara tapi mampu membantu ketika anda terdesak & tak tahu apa yang patut dilakukan. Apakah teknik mudah tersebut?
2. Pilih satu lagu dan nikmatinya seolah ia kali pertama anda mendengarnya. Teliti lirik, melodi dan tulisnya sekali.
3. Rendam tangan anda ke dalam air suam atau sejuk. Rasakan rangsangan deria yang anda alami. Suam, sejuk, perit, selesa dan sebagainya.
4. Tanggalkan kasut dan berjalan di atas rumput. Enjoy!
5. Bernafas dalam-dalam dan perlahan-lahan. Dalam hati bisikkan ‘tarik’ dan ‘lepas’…
6. Lakukan senaman setempat. Mungkin lima minit senaman high intensity.
7. Duduk sebentar, buka mata dan tumpukan kepada segala bunyi yang anda dapat dengar di sekeliling anda. Burung, kucing, anjing, kereta, orang dan sebagainya.
8. Cuba permainan memori. Fokus.
9. Kiraan mengundur dari 5 dan fikirkan jawapannya. 5 tempat terakhir yang dilawati, 4 orang insan kesayangan, 3 sekolah terakhir, 2 makanan kegemaran dan 1 warna kesukaan.
10. Ulang hafalan surah anda atau baca Al-Quran. Tumpu perhatian pada apa yang dibaca.
Semua teknik ini dapat membantu ketika krisis tetapi ia tidak akan membantu dalam jangka panjang jika anda tidak dapatkan bantuan daripada orang yang berkemahiran psikologi. Ada pelbagai lagi teknik lain yang anda sendiri boleh fikirkan. Yang penting, ia tak memudaratkan.
kredit: twitter @zaidrostam