Doktor Ini Kongsi Cara Rawat Kulit Kering Mengelupas Salah Satunya Mesti Pakai Sunscreen & Pelembap

Share

Kulit kering, kasar, gatal, berminyak atau berkedut sering dikaitkan sebagai tanda kulit kekurangan air. Keadaan menjadi lebih serius apabila kulit kering mengelupas sehingga menyebabkan rasa pedih pada kulit.

Kerap terdedah kepada persekitaran berhawa dingin, pencemaran udara, mahupun tersilap memilih produk, semuanya boleh menyumbang kepada masalah kulit kering.
Tambahan pula apabila usia semakin meningkat, kulit tubuh juga akan mula hilang keanjalan.

Melalui perkongsian Dr Nazelia, Doktor ini berkongsi tip cara merawat kulit kering.

SEMAK TIP MERAWAT KULIT KERING DI SINI:

Pernah mengalami kulit kering sampai menggelupas? Sudah pasti sangat mengganggu aktiviti harian kan? Apatah lagi jika masalah kulit kering disertai dengan rasa gatal-gatal, kulit kemerahan, dan kasar pada permukaannya.

Gambar:123rf

Walau apa pun penyebabnya, kulit kering dapat dikurangkan dengan mengamalkan tips berikut:

1.Hindari mandi dengan air terlalu panas. Air panas dapat mengurangkan minyak di kulit sebagai pelembap semulajadi. Begitu juga jika mandi terlalu lama. Mereka yg mengalami masalah kulit kering disarankan untuk mandi dgn air biasa selama 5-10minit sahaja. Selesai mandi, gunakan tuala yang lembut dan tidak mengeringkan badan dgn cara menggosok kulit terlalu kuat. Setelah itu, sapu pelembap tubuh dgn segera utk kekalkan kelembapan kulit selepas mandi.

Gambar: ramseyvoice.com

2.Gunakan pembersih dan penyegar bebas aroma: biasakan menggunakan sabun dan skincare yang bebas kandungan aroma, alkohol, atau antibakteria dan deodorant. Ini kerana kandungan kimia di dalam produk tersebut dapat membuat kulit mengalami iritasi sehingga menjadi kering. Pilihlah sabun lembut (mild soap).

3.Gunakan tabir suria dan pelembap: Untuk kulit kering disarankan menggunakan sunscreen yang mengandungi SPF minimal 15. Selain itu, biasakan menggunakan pelembap. Dalam memilih pelembap, cari bahan yang mengandungi ceramide yang bersifat melembapkan dan meredakan kulit kering dan hyaluronic acid serta urea yang membantu kulit mengekalkan air. Kandungan lanolin juga dapat membantu mengekalkan kandungan air yang sebelumnya diserap kulit ketika mandi.

Gambar: pinterest.com

4.Perawatan di malam hari: Perawatan kulit tidak hanya diperlukan pada siang hari, tetapi juga pada malam hari ketika tidur. Sebelum tidur, bersihkan wajah dari sisa kosmetik dan kotoran lainnya agar tidak menimbulkan jerawat. Cuci wajah dengan lembut menggunakan sabun yang berbahan lembut dan hindari menggosoknya dengan kasar atau menggunakan sabun scrub.Lalu, sapukan pelembap lebih tebal daripada biasanya.

5.Lindungi kulit dari udara dingin: Udara yang dingin dapat mengurangi kelembapan kulit dan akhirnya membuat kulit kekeringan.

6.Lakukan pengelupasan: Eksfoliasi atau pengelupasan pada kulit kering akan menghilangkan kulit mati. Dengan cara ini, pelembap dapat meresap lebih baik. Lakukan eksfoliasi cukup satu kali sebulan saja kerana terlalu kerap melakukan eksfoliasi dapat merosakkan kulit dan justeru itu menyebabkan kulit kering.

Gambar: thezoereport.com

7.Menutrisi kulit dari dalam: Ada beberapa makanan yang diketahui mengandungi nutrisi penting untuk menjaga kesihatan kulit, di antaranya makanan kaya dengan antioksia dan Omega 3. Beberapa makanan yang terbukti dapat memberi kesihatan kulit ialah bluberries, tomato, kekacang. Manakala makanan yang kaya omega-3, seperti salmon, dapat membuat kulit lebih cerah bersinar. Jangan lupa, minum air putih untuk kekal hidrasi.

Sumber kredit: Facebook Dr Nazelia
Sumber top image: www.reviewgeek.com

Published by
Norhasliza