Setiap kali mandi, bahagian wajah dan tubuh sering diberikan perhatian. Namun ada satu bahagian yang sering dilupakan iaitu bahagian pusat. Bahagian ini sering diabaikan sehingga kadang-kadang ramai yang lupa wujudnya bahagian ini.
Hakikatnya bahagian ini juga perlu diberikan perhatian. Ia perlu dijaga dan dibersih seperti bahagian-bahagian tubuh yang lain.
Berikut perkongsian Doktor Abdul Rahim Nor.
“Mengapa HARTA KARUN dlm pusat anda berbau BUSUK?”
A. Cuba tengok di tengah2 perut anda tu…..PUSAT anda le tu. Pusat nilah jarang doc/anda pedulikan….tak di endahkan!
B. Tau tak anda, kita setiap kali mandi, badan kita di bersihkan dan disabunkan. Lalu di keringkan dgn tuala. Di bedakkan badan lalu di spraykan wangi wangian. Baru le suami/isteri sayang… Wanginya.
Tpi malangnya NASIB Si Pusat kita tu….Tak di hiraukan oleh kita, & kadang2 tak terasa keujudannya….. Kesiannya wahai Si pusat…
C. Mengapa PUSAT kita berbau??
Ambil jari anda, lalu jolok ke dalam pusat anda. Lalu cuba bau jari anda tu yg penuh dgn TAIK PUSAT tu? Busuk? Nak tau mengapa?
1. Bentuk pusat anda.
Bentuk pusat anda mcm2. Apa saja bentuk pusat anda, bonjol atau cekung kedalam….. ada2 saja ruang untk kotoran badan, peluh,habuk, minyak kulit, sel kulit mati, peluh, kuman, kulat dll bermastautin di situ lalu menumpuk dlmnya.
Takungan ni membuat semua ni terbentuk daki/kotoran himpun dlm pusat anda….. Ni yg buat pusat anda bentuk TAIK PUSAT yg bau busuk. Warnanya kelabu kehitaman. Amat jarang sekali doc/anda kebersihan pusat kita. Sbb tu busuk bagini… Sbb tak pernah cuci. Hihihi.
2. LUBUK INFEKSI.
i) . Infeksi Kuman Bakteria.
PUSAT doc/anda tu le sarang/kubu terbaik untuk mcm jenis kuman beristirehat, relax, berpesta & kembang biak di dlm nya. Tempat fovorite Hotel 5 bintang untk semua jenis bakteria.Kerana basahan & lembab dlm pusat tu le menjadi media terbaik pembiakan kuman bacteria yg akibatkan busuk pusat anda sbb tak dibersihkan. Kemungkinan kuman menyerang kulit pusat yg lembab hingga terbentuk kulit merah & bengkak terisi Nanah… BISUL le ni… Aduh sakit mak!!
ii) . Infeksi Jamur/Kulat.
Doc nak share dgn uoll yg jamur ni amat suka hidup di kulit pusat anda yg suam & lembab. Apa tah lagi didlm pusat anda yg gelap.😅 Bagitu juga di celah kangkangan & ketiak. Bila jamur in biak dlm dan keliling pusat anda, kulit kelihatan merah, bersisik atau berdebu. Bau busuk & Gatai bukan kepalang ketika peluh atau ketika tidur…. Seronok garu sampai bercalar. Sampai kulit keliling pusat mcm peta M’sia dgn infeksi jamur/kulat.
Kencing manis memburukan keadaan krn gula yg tinggi sbgai baja membiakan lagi kuman & kulat..
iii) . Sebaceous cyst & Epidemoid cyst tak bau busuk kecuali terinfeksi di kulit pusat anda.
Epidemoid cyst terbentuk drp sel keratin yg mendap di permukaan kulit anda sbgai bonjolan kecil2an. Klu terinfeksi ia keluarkan cairan pekat kuning yg busuk. Sebaceous cyst terbentuk bila kilang minyak di kulit lubang bulu roma anda tersumbat. Klu terinfeksi ia jadi bengkak, merah, sakit…. & benanah.Klu pecah busuk satu klinik doc… Eeek nak termuntah.
D. Doc nak share tips dgn uoll cara2 mencegah agar pusat anda tak bau?
1. Elak bedak atau lotion masuki pusat anda. Jgn susuk pusat anda.. 🤪🤪
2. Bersihkan pusat anda dgn jari atau kapas yg lembab setiap hari ketika anda mandi agar kotoran yg terperangkap/taik pusat tu dikeluarkan dan pusat anda bersih selalu.👍👌 Boleh juga guna kain yg lembab dgn air suam untk besihkan pusat anda.
3. Klu doc confirm ada infeksi kuman dlm pusat anda… Doc beri antibiotik dan fucidin / neomycin cream. Klu infeksi kulat doc beri ubat antikulat & Meconazole cream.
4. Hihihi… Klu Sebaceous cyst atau Epidermoid cyst yg infected… Doc sembelih je le /Operate je…
Mulai hari ini kita kena pastikan yang setiap hari kita membersihkan pusat sebersih-bersihnya bagi mengelakkan sebarang jangkitan yang tidak diingini.
Sumber kredit:Dr Abdul Rahim Nor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI