Doktor Ini Dedah Rahsia Kopek Limau Mandarin Untuk Elak Sakit Tekak Bagi Penggemarnya. Hijabi Wajib Tahu!

Share

Tinggal beberapa hari lagi masyarakat Cina akan makan besar sebelum menyambut hari kebesaran mereka. Dan pastinya hidangan utama selain yee sang atau kuih bakul adalah limau mandarin.

Memanglah sedap menikmati limau mandarin yang banyak air, tetapi buah ini sering dikaitkan dengan gejala sakit tekak hingga boleh mengakibatkan demam ataupun batuk. Sebenarnya buah kecil ini mengandungi vitamin C yang elok untuk kesihatan kulit. Bukanlah kata tak boleh makan tetapi ada cara tertentu. Ikuti perkongsian Doktor ini caranya mahu mengelak gejala sakit tekak.

Doktor Rosli Abd Jalil

Perkongsian menarik dari Doktor Rosli Abd Jalil ini mendapat hampir 4,000 butang share dari netizen. Dalam posting di laman sosial facebook ini turut memuatkan satu video bagaimana caranya dilakukan pekerja bagi memastikan limau ini tahan lama.

Semoga info daripada beliau ini memberi manfaat kepada penggemar limau mandarin yang hanya akan dijual dalam kuantiti banyak ketika di musim perayaan tahun baru Cina.

Kaya Dengan Vitamin C

Limau sangat kaya dengan vitamin C dan ia sepatutnya menghalang kita dari gejala sakit tekak.

Namun begitu, bilangan pesakit yang menghidap gatal dan sakit tekak serta batuk bertambah sekali ganda dalam musim perayaan dan apakah kaitannya dengan limau mandarin tersebut?

Sumber foto: Carian Google

Pengusaha buah-buahan memang ada menggunakan sejenis bahan kimia iaitu ‘Sulphur dioxide’. Buah limau ini akan direndam terlebih dahulu kedalam cecair yang mengandungi bahan kimia tersebut sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak untuk tujuan melindungi kulit limau dari dijangkiti bakteria, kulat dan serangga dan secara tidak langsung ia bertindak sebagai bahan pengawet supaya ianya dapat bertahan lama sebelum dipasarkan.

Kesan Bahan Kimia

Apa kesan ‘Sulphur Dioxide’ yang terdapat pada kulit limau tersebut kepada manusia?

Ia boleh menyebabkan radang dan kesakitan tekak yang teruk, demam dan gejala batuk kering yang berpanjangan. Ia juga boleh menyebabkan sakit perut dan radang usus. Terdapat juga kes alahan seperti radang kulit dan serangan penyakit lelah.

Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?

Basuh atau rendam dahulu buah limau ini dan kemudian barulah dimakan.

Pastikan jari yang terkena kulit limau yang tidak dibasuh tidak tersentuh dengan isi limau yang hendak dimakan.

Sekiranya perlu, pakailah sarung tangan plastik ketika mengopek limau!

Semoga anda kekal sihat dimusim perayaan ini.

Pesanan ringkas ‘Tips kekal sihat dimusim perayaan’ ini ditulis oleh:

DR ROSLI ABD JALIL.

Published by
SH