Ramai perempuan yang obses mahu kelihatan cantik tapi tidak mahu berusaha di jalan yang betul dan lalu memilih jalan yang singkat seperti suplemen dan sebagainya. Jalan singkat yang dipilih ini selalu besar risikonya kerana akan membahayakan tubuh individu seseorang kerana bahan yang terkandung dalamnya kadang kala dicampurkan dengan bahan terlarang.
Mari kita ikuti perkongsian oleh Dr.Rusyainie Ramli yang diharap dapat memberi kesedaran kepada pengguna mengenai jamu yang sudah dicampur dengan bahan palsu yang dijual di pasaran.
Apakah bahan aktif dalam sesebuah produk itu?
Ads
Banyak jenis jamu yang dijual sekarang lebih-lebih lagi di media sosial yang entah berdaftar ataupun tidak produknya itu.
Ads
Contoh seorang pengguna facebook yang hanya tahu mengecamdan tidak mengambil tahu sesebuah perkara itu sedalamnya.
Dr. Rusyainie juga telah berkongsi ciri-ciri ubat berdaftar yang selamat untuk dibeli.
Ads
Diharap pengguna di luar sana tidak mudah tertipu lagi dengan segala jenis produk yang dikatakan bagus untuk kesihatan namun tidak mendaftar kelulusan daripada pihak yang sepatutnya. Sayangilah tubuh anda. Jadilah pengguna yang bijak bukan hanya untuk harini, malah esok dan selamanya!
sumber : facebook Rusyainie Ramli
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Menjadi impian setiap suami mahukan isterinya menutup aurat dan memenuhi ciri-ciri sebagai wanita Muslimah. Namun hidayah itu milik Allah dan kita tidak tahu bila ia akan datang. Begitu juga dengan lelaki ini yang juga pernah viral kerana kisahnya menjaga adik Cik Pia yang ada masalah sindrom down. Popular dengan panggilan Bengah turut berhajat agar isteri tersayang akan berhijab. Dalam postingnya dia setiap hari mendoakan isterinya itu akan memakai hijab. Malah turut melukis isterinya yang memakai hijab sebelum di muat turut dalam instagram.
Menurutnya bermacam-macam cara dilakukan dalam memujuk isterinya untuk berhijab. Misalnya memberitahu ada sale tudung di pasaraya dan isterinya hanya akan menjawab insya-Allah akan berhijab nanti.
Bukan itu sahaja, dia yang juga dinobatkan sebagai Personaliti Media Sosial ABPBH 30 memberitahu turut mendapat banyak tawaran review untuk tudung tetapi ditolak memandangkan isterinya masih belum berhijab.
Sebagai suami, dia sentiasa mendoakan semoga satu hari nanti isterinya akan terbuka hati untuk berhijab.
Dia juga turut berhajat untuk membuka kedai tudung dan corak pada tudung adalah gambar bunga yang dilukis menggunakan tangan kidalnya.
Walaupun belum lagi berhijab, tetapi Bengah tetap menyayangi isterinya itu kerana wanta ini adalah seorang isteri yang baik dan hanya satu tiada yang lain.
Sebelum itu, pasangan ini telah mendirikan rumahtangga dan walaupun sudah berkahwin, Bengah tetap tidak melupakan tanggungjawabnya menjaga Cik Pia yang cukup istimewa.
Walaupun ramai netizen menyangka isterinya Cik Bunge adalah orang Cina kerana wajahnya yang putih melepak.
Tetapi dia sudah banyak terangkan bahawa isterinya itu adalah berdarah kacukan, emaknya berketurunan Melayu dan bapa pula Cina. Berasal dari Kedah dan memang beragama Islam.
Kita doakan semoga Cik Bunge akan dibukakan hatinya oleh Allah untuk berhijab sepenuhnya insya-Allah.
Acara kemuncak bagi peminat fesyen tanah air, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) kini kembali lagi bagi edisi 2018. Bermula pada 8 Ogos yang lalu sehingga 12 Ogos kini masih lagi sedang berlangsung ramai selebriti dan hijabis hadir ke KLFW bagi melihat sendiri koleksi terbaru 20 pereka terkenal yang diadakan di pusat membeli belah terkemuka ibu negara, Pavilion.
KLFW 2018 juga menjadi pentas fesyen untuk hijabis melaram sakan. 20 pereka terkenal tanahair seperti Afiq M, Alia Bastaman, Rizman Ruzaini, MIMPIKITA, FiziWoo, Nuritha Harith, Jovian Madagie dan ramai lagi.
Pentas fesyen ini juga salah satu pentas rujukan hijabis melaram sakan dan pentas fesyen ini juga mengumpulkan selebriti-sebriti terkenal bertemu dalam menyokong industri fesyen tempatan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kalau dulu memang kita berpegang pada prinsip jangan sesekali jadi seperti pepatah ‘perigi cari timba’ dan biarkan soal jodoh itu pihak lelaki yang mulakan. Tapi dalam dunia digital tanpa sempadan, soal jodoh ini boleh kita cari sendiri, lebih-lebih dengan menggunakan laman media sosial.
Seperti perkongsian gadis ini Siti Nur Aminah atau mesra dikenali dengan nama Hanima berkahwin dengan seorang jejak yang dikenali menerusia laman twitter miliknya.
Pada mulanya dia mendakwa suaminya, dikenali dengan nama Deed seorang yang sombong, tetapi oleh kerana terlalu suka, dia terpaksa menggunakan kaedah ‘perigi mencari timba demi mengambil hati pasangannya itu.
Berkongsi di laman twitter bagaimana dia akhirnya berjaya memikat suaminya itu. Ternyata postingnya yang sedikit lucu tetapi mendapart respon netizen apabila di tweet lebih 26K dan mendapat butang like 28K.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.