Sakit itu datang tanpa mengira usia. Faktor pemakanan dan gaya hidup menyebabkan hijabi muda masa kini sering terdedah dengan pelbagai penyakit. Antaranya seperti kehadiran cyst, kanser dan juga slipped disc. Perkara ini diakui sendiri oleh seorang doktor yang berkongsi ilmu tentang terjadinya slipped disc yang juga menyerang mereka ketika usia masih muda.
Doktor Khairul Faizie Mohamad Kamar ini menulis di laman sosial facebook berkenaan penyakit slipped disc yang juga merbahaya jika tidak dicegah dengan segera.
Patient aku selalu komplen sakit pinggang, kerja pun berat kat kilang. Aku tanya ” pernah dengar pasal Slipped Disc?”
Dia jawab ” Masalah tidur ( sleep) ke doktor?” Slipped disc ni makin banyak kita jumpa. Boleh berlaku di mana mana bahagian tulang belakang, tapi paling biasa di kawasan pinggang ( lower back).
Utk mudah faham tentang Slipped disc ni, mari belajar simple anatomy. Tulang belakang kita terdiri dari 24 set tulang yg di panggil vertebra. Setiap tulang ni di susun antara satu sama lain secara memanjang, dan membentuk satu laluan utk saraf tunjang lalu di situ ( spinal cord). Tulang tulang vertebra ini protect spinal cord kita.
Antara tulang vertebra ke tulang vertebra yg lain, ada struktur yg dipanggil interbertebral disc. Fungsi disc ni macam shock absorber kereta. Ia menyerap hentakan masa kita lari, jalan, lompat. Setiap disc ni tebalnya ~ 1/2 inci.
Tengok gambar anatomy disc yg di sertakan. Ada 2 parts, lapisan luar yg dipanggil Annulus fibrosus yang lebih tahan lasak & fleksibel, Lapisan dalam nya dipanggil Nucleus pulposus. Nucleus pulposus ni macam jel, lembut.
Ads
Masalah slipped disc bermula bila bahagian nucleus pulposus tu mula terkeluar, menekan annulus fibrosus. Tekanan ke atas annulus fibrosus ini yg menyebakan simptom SAKIT BELAKANG tu.
Kalau tekanan makin kuat, nanti annulus fibrosus pun akan terkesan sama & membengkak. Bila ini terjadi, spinal cord yg ada di sekitar itu pun akan ditekan / di himpit. Himpitan saraf ini yang menyebabkan simptom LENGUH / KEBAS / HILANG POWER pada kaki.
PUNCA: Punca biasa slipped disc ialah wear & tear, iaitu bila makin meningkat usia, ia akan mengalami kerosakan & mula bengkak / koyak annulus fibrosus. Ini dipanggil Disc Degeneration. Masa muda, disc itu kaya dengan air. Bila dah tua, water content mula berkurangan, dan ini menjadikan disc kurang fleksibel. Disc yg kurang air (kering) ini pun mula kecut..so jarak antara vertebra bones akan jadi makin rapat….dan ini meninggikan risiko slipped disc terjadi.
Walaubagaimana pun, yang usia muda pun ramai kena Slipped disc. Why? Antara punca nya:
– Trauma / jatuh / accident – Obesiti — berat badan berlebihan bagi tekanan pada disc
Ads
– Kerja / aktiviti yang berulang ulang melibatkan belakang, seperti angkat barang / membongkok
– Gaya hidup pemalas ( sedentary lifestyle) – Senaman regular membantu kurangkan berat badan & kuatkan muscle belakang badan( yg akan support tulang belakang)
– Selalu memandu, terutama long distance. Duduk lama masa driving & kesan gegaran dari body kereta pada spine, boleh beri kesan.
RAWATAN:
Ads
Tak semua Slipped disc perlu pembedahan,
Majoriti perlu ambil pain killer bila sakit.
Suntikan steroid di belakang ( epidural steroid) mungkin diperlukan utk melegakan keradangan ( inflammation).
Physiotherapy secara berkala perlu utk kuatkan muscle tulang belakang.
Hanya dalam kes kes tertentu kita perlu kan surgery, Ada banyak jenis surgery, so tak perlu nak tahu secara detail…Yang ini kalau perlu dilakukan, pakar bedah ortopedik anda akan explain dengan lanjut.
Rawatan alternatif macam urutan, mungkin berkesan utk legakan kesakitan ( temporary), sebab muscle keliling spine yg terlibat akan menegang akibat inflammation process. Urutan TIDAK akan menyembuh slipped disc / menolak disc yg terkeluar masuk ke tempat asal.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan wanita berhijab atau berniqab masih lagi di pandang serong sebilangan masyarakat, terutama di negara barat. Malah ada yang begitu anti dengan cara pemakaian begini yang dianggap seperti pengganas oleh sesetengah pihak. Begitu juga pengalaman wanita ini yang dihina oleh seorang lelaki di sebuah kafe gara-gara tidak sukakan cara pemakaiannya yang berniqab.
Lelaki ini secara terangan memberitahu bahawa dia tidak menyukai agama wanita berkenan yang sudah pastinya beragama Islam.
Lelaki ini yang menyangka tindakannya akan mendapat sokongan pelanggan lain di situ, tetapi kejadian yang terjadi adalah sebaliknya, apabila dia pula yang dihalau dari kafe berkenaan,
Dalam rakaman berdurasi dua minit itu mendapati lelaki itu seakan terlalu marah dengan wanita Muslim itu tanpa sebarang alasan kukuh.
Pada mulanya lelaki itu bertanya adakah pemakaian wanita ini untuk Halloween atau apa.
Wanita itu kemudiannya menjawab dan berkata
“Mengapa kamu bertanya demikian. Apa salah saya? Adakah anda tahu bahawa saya seorng Muslim? Apa masalah anda dengan pemakaian saya,” wanita itu menambah.
Lelaki kemudian berang dan terus menjawab lagi.
“Saya tidak suka pemakaian anda kerana saya tidak suka agama anda. Ia seperti mahu membunuh saya dan saya tidak mahu dibunuh oleh anda.
Wanita itu kemudiannya terus menjawab
“Adakah anda takut kepada saya? Adakah anda membaca Al-Quran?
Lelaki itu kemudiannya menjawab lagi sambil berkata dia tidak ada masa untuk bercakap dengan bodoh seperti dirinya.
Selepas beberapa pertengkaran berlaku, salah seorang pekerja kafe berkenaan keluar dan meminta mereka tidak bergaduh dan menghentikan pergaduihan itu sambil berkata ke arah lelaki itu
“Keluar dari sini, racist!”.
Kejadian itu kemudiannya telah dirakam dan tersebar luas di media sosial dan mendapat tindak balas netizen yang kebanyakananya memuji pekerja tersebut kerana dikatakan menentang isu perkauman dan kebencian sesama agama.
Kejadian ini turut mendapat komen positif dari netizen yang juga turut menyokong tindakan wanita ini.
SUMBER: DAILY MAIL
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini berlangsungnya acara Members’ Day PENIAGAWATI di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.
Selain mengeratkan ukhwah dan jaringan perniagaan sesama ahli, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan daripada ahli jawatankuasa PENIAGAWATI berkonsepkan Melayu klasik.
Turut diadakan sesi bicara santai bersama mantan Presiden dan ahli-ahli senior PENIAGAWATI.
Bersempena ulangtahun ke-45 pada tahun hadapan, Presiden PENIAGAWATI iaitu Dato’ Emmy Suraya Hussein mahukan lebih banyak inisiatif program ke arah kebersamaan antara semua generasi agar ia lebih inklusif dalam semua lapisan masyarakat.
Wanita perlu lebih bijak dalam mengendalikan keputusan perniagaan di pelbagai peringkat seterusnya memartabatkan wanita Bumiputera di arena global.
PENIAGAWATI telah melaksanakan pelbagai program latihan keusahawanan, peningkatan pasaran dan jaringan niaga serta misi dagangan ke luar negara bagi ahli-ahli PENIAGAWATI khususnya, dan usahawan-usahawan Malaysia amnya.
Sebagai persatuan usahawan wanita premier di Malaysia, pencapaian PENIAGAWATI dapat dilihat daripada sokongan dan kerjasama erat daripada kementerian dan agensi kerajaan, pihak swasta, serta media cetak dan elektronik.
Antara program yang bakal dianjurkan PENIAGAWATI ialah penekanan dalam pentadbiran pengurusan harta perniagaan, ‘Capability Building’, ESG serta tiga jaringan niaga ke Korea, Amerika Syarikat dan Hong Kong.
PENIAGAWATI juga mahu meluaskan aktiviti ke Sabah dan Sarawak bagi memperkasakan wanita Bumiputera di bahagian timur Malaysia selaras dengan dasar kerajaan untuk menggalakkan industri perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Untuk info, PENIAGAWATI atau nama penuhnya ialah Persatuan Wanita Bumiputera dalam Perniagaan dan Profesion ditubuhkan pada 24 Mac 1980.
Keahlian PENIAGAWATI kini mencapai lebih 1,000 ahli terdiri daripada pelbagai industri dan usia.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pada hari Selasa yang lalu, telah berlangsungnya istiadat pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam sebuah majlis penuh adat istiadat diraja di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan.
Bukan itu sahaja, pada hari itu juga seluruh mata tertumpu kepada lima orang puteri raja negeri itu yang ternyata sangat cantik dan jelita.
Tengku Puteri Iman Afzan adalah yang sulung antara tiga puteri selain Tengku Ilisha Ameera dan Tengku Ilyana, iaitu hasil perkahwinan Yang di-Pertuan Agong dengan seorang aktres tahun 80-an, Cik Puan Julia Rais.
Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah pula merupakan puteri keempat Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau merupakan pasangan kembar kepada Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, yang juga merupakan putera kepada Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Seorang lagi puteri, ialah Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah. Beliau merupakan puteri bongsu kepada Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dan telah berjaya menarik perhatian ramai ketika berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara apabila mengenakan persalinan yang yang pernah dikenakan bondanya Tunku Azizah semasa istiadat pertabalan nenda beliau Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan pada November 1984.
Selain puteri-puteri raja negeri Pahang, Hijabista senaraikan juga lima lagi wanita kerabat diraja yang jelita dari seluruh pelusuk negara.
Kate Middleton (England)
Sentiasa mengenakan solekan yang natural membuatkan Kate Middleton tampil berbeza dengan kejelitaan tersendiri. Wanita berusia 36 tahun ini adalah isteri kepada Putera William, anak Putera Charles dan cucu Ratu Elizabeth II. Kate bertemu dengan suaminya ketika mereka belajar di University of St Andrews, Scotland, pada tahun 2001 sebelum bertunang pada November 2010 dan berkahwin pada 29 April 2011 di Westminster Abbey.
Rania Al Abdullah (Jordan)
Dilahirkan di Kuwait, Rania Al-Yassin,47, mempunyai wajah lembut dan cantik dan tidak akan jemu bila memandangnya. Selain itu, Permaisuri Rania juga merupakan seorang wanita yang pintar dan telah berkhidmat sebagai permaisuri selama beberapa dekad.
Jetsun Pema (Bhutan)
Jetsun Pema merupakan Ratu Bhutan, sebuah kerajaan berperlembagaan dan isteri kepada Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck, Raja Bhutan. Mereka berkahwin pada 13 Oktober 2011 di Punakha Dzong. Beliau dilahirkan di Thimphu, 4 Jun 1990 dan telah belajar di Lawrence School di Sanawar, India. Di samping itu, beliau juga menerima pendidikan di Regents College, London dalam jurusan psikologi.
Puteri Ameerah Al-Taweel (Arab Saudi)
Memiliki rias wajah persis seorang pelakon, Puteri Ameerah sentiasa kelihatan manis dengan senyumannya yang menawan. Bukan hanya seorang puteri, beliau juga merupakan pengerusi Yayasan Al-Waleed bin Talal dan seorang ahli lembaga penyeliaan di Silatech.
Charlotte Casiraghi (Monaco)
Charlotte Casiraghi merupakan anak kedua pasangan Hanover Princess dan Stefano Casiraghi. Puteri Charlotte berada di turutan ke-sebelas dalam kerajaan Monaco. Wajah manisnya sering dirakam ketika berada di pameran fesyen, pameran seni dan acara menunggang kuda. Beliau juga pernah menghiasi majalah Vogue Paris pada bulan September 2011.
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...