Nikmat kekuatan yang kita semua rasakan dalam hidup ini pastinya apabila dikurniakan kesihatan yang baik.

Bagi orang yang diuji dengan masalah kesakitan, sudah pasti tubuh badan mereka lemah, kurang selera makan, malah untuk menguntum senyuman juga terasa berat.

Islam menyarankan umatnya sentiasa menjaga tubuh badan serta mengamalkan cara hidup yang sihat. Kehidupan sihat itu juga adalah satu amanah dalam hubungan manusia dengan Allah SWT.

Penjagaan kesihatan bermula daripada pemakanan. Melalui pemakanan yang baik maka secara tidak langsung dapat memelihra kesihatan.

Berikut perkongsian daripada Dr Suri Roowi.

Kajian menujukkan bahan khasiat dalam carrot dikenali sebagai karotenoid.

IKLAN

Bahan ini adalah sejenis bahan antioksidan.

Ia sejenis bahan mudah larut dalam minyak @ lemak.

Lemak dalam susu akan bantu penyerapan bahan berkhasiat ke dalam darah dengan lebih tinggi

Sebaiknya guna susu segar.

IKLAN

Tomato juga kaya bahan karotenoid.

Tomato yang dimasak dengan minyak lebih tinggi khasiat berbanding tomato mentah.

Tomato juga boleh dibuat jus, tetapi sebaiknya diminum bersama susu.

IKLAN

Labu juga kaya karotenoid.

Sebaiknya diambil bersama santan, sebab terdapat sedikit minyak dalam santan.

Kuning telur ada lutein (karotenoid), sebaiknya diambil bersama minyak zaitun.

Sesuatu jenis bahan berkhasiat sebaiknya diambil bersama bahan dari kumpulan yang sama (larut air dengan larut air dan larut minyak dengan larut minyak).

Ini penting utk mendapatkan penyerapan bahan berkhasiat pada tahap optimum dan dapat manfaat kesihatan yang lebih.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI