Sebelum berjumpa dengan doktor gigi bagi mendapatkan rawatan ada baiknya anda baca dahulu perkongsian doktor ini. Moga ia menjadi satu perkongsian yang berguna untuk semua dan kita lebih berhati-hati. Kalau yang pernah buat, lepas ini elakkan buat lagi perkara yang sama.
Sanggul atau bonjot rambut. Tak perlu tinggi, susah doktor gigi nak lihat gigi atas. Buat rawatan lagi la payah. Silap–silap doktor gigi bongkok dulu sebelum sempat umur 65 tahun.
2. FOUNDATION
Muka kalau hendak pakai foundation ala kadar sahaja, sekali kena spray air handpiece terus cair. Lagi best terkena glove tangan doktor. Bila bersentuh muka dan glove, dah rupa orang pakai bedak sejuk malam–malam nak tidur.
3. MASKARA DAN BULU KENING
Tak kisahlah pakai bulu mata implant ke atau jenis sapu maskara tebal–tebal. Sekali terpercik air scaler cuci mulut tu, tengok rupa pun celoreng–celoreng serupa ‘patung opera’.
4. GINCU (LIP GLOSS)
Buang atau lap awal–awal sebelum masuk bilik surgeri doktor, kalau tak pakai lagi bagus. Bukan apa, apabila kena jari glove doktor gigi, muka nampak comot seperti badut. Ini serius tau. Melekat pada instrument pergigian. Itu susah dan leceh staf klinik gigi nak bersihkan.
Ads
5. RAMBUT
Bagi yang berambut panjang, pastikan diikat kemas. Jangan panjang mengurai terbang ke muka atau mulut. Bila doktor gigi nak buat rawatan, rambut masuk mulut kadang-kadang tertarik rambut sekali.
6. BAJU
Pastikan tutup dada molek–molek. Jangan nampak segala lurah–lurah bukit. Baju belakang jangan singkat, nampak warna ‘spender’ bila kau duduk kumur. Kau nak buat rawatan gigi je pun, bukan nak berdating.
Kain juga, jangan singkat-singkat atas paras lutut. Tiba-tiba kau menggeliat sakit atau takut atau apa-apa atas kerusi pergigian tu, tak ke terselak? Tolong ya, sopan sikit sebab sekiranya yang merawat adalah doktor lelaki, doktor lelaki tersebut mungkin adalah suami orang atau bapa orang.
Jaga aurat okay. Sebenarnya mereka tengok pun segan, tapi malu nak tegur.
8. TUDUNG
Kalau nak pegi jumpa doktor gigi untuk periksa atau buat rawatan gigi, tak payah la pakai tudung lilit-lilit, cucuk pin sana, cucuk pin sini, kan dah payah dah nak periksa dalam mulut, payah nak buka mulut luas-luas. Pakai tudung biasa-biasa…sarung ‘zasss’ dah.
Tudung ala-ala Yuna ke, Siti Nurhaliza ke, Fareeda ke, Ariani ke, tudung artis suam-suam kuku ke..tinggalkan di rumah bila jumpa doktor gigi.
Ads
Pakai biasa-biasa dah. Tudung mak jemah pergi pasar pun dah cukup, melainkan lepas jumpa doktor tu kau ada konsert atau nak buat persembahan kat Anugerah Juara Lagu.
Hak korang la nak pakai tudung instant ke tudung 3 in 1 ke, asalkan bila doktor gigi nak periksa tu senang la, takda la nak tunggu 10 jam nak tanggalkan pin satu satu.
Lepas tu pesakit ramai dan tak sabar di luar tunggu…dah memekak pada staff di kaunter.
******************
Itu sahaja, saya pun seram-seram nak tegur depan-depan sebab ada pesakit yang muncung sebatu nanti hahaha.
Please ya kakak adik maness semua. Kita sama-sama saling mengingati dan perbaiki. Gunakan media sosial untuk berkongsi yang baik-baik.
Semoga bermanfaat.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Dalam dunia yang mengejar kebendaan ini menyebabkan kita alpa dengan apa yang berlaku di sekeliling. Apa yang kita mahukan adalah mahu mengejar keuntungan semata-mata tanpa mengira halal haram apa yang dilakukan. Namun seharusnya kita sebagai hamba-Nya bersyukur jika disedarkan oleh Yang Maha Esa dengan perbuatan yang dilakukan.
Seperti perkongsian seorang jurusolek ini yang mengambil keputusan untuk tidak lagi menawarkan khidmat memakaikan bulu mata palsu kepada pelanggan setelah tersedar sebaik mendengar satu ceramah seorang ustaz di saluran youtube. Ini kerana bimbang perbuatannya itu tidak mendapat keberkatan dari-Nya.
Menurut Nina Syazana, 25 tahun, dia bukan sahaja tidak akan menawarkan khidmat pemakaian bulu mata palsu, tetapi juga sanggul tinggi serta bermekap tebal kerana sedar ia sesuatu yang bertentangan dengan agama.
Dia yang sudah lima tahun menjadi jurusolek berpengalaman berlokasi di Jerantut ini turut merasakan kekosongan dalam hati selain kesedaran timbul setelah menyedari banyak bencana alam yang menimpa dunia sejak kebelakangan ini.
“Sebelum itu saya ada membaca mengenai bencana di Palu, Indonesia dan dalam ruangan komen ada seorang pengguna yang menyarakan lihat ceramah seorang ustaz di laman youtube mengenai akhir zaman.
“Ceramah itu agak panjang, saya tengok dan menangis. Saya terus solat sebab rasa macam banyak dosa sangat,” ujarnya lagi.
Bercakap kepada Mstar Online, Nina selama ini memang dia yang menyiapkan pengantin dari pemakaian bulu mata palsu, buat mekap tebal dan juga memakaikan sanggul untuk pengantin perempuan.
Bukan itu sahaja, dia turut menyiapkan pengantin lelaki seperti pakaikan samping dan juga tanjak. Malah dia yang kadang-kadang memaksa pelangannya untuk memakai sanggup palsu supaya kelihatan lebih cantik dan menarik.
“Tetapi lama kelamaan saya sedar perbuatan ini adalah salah. Namun itu tidak bermakna saya akan berhenti jadi jurumekap.
“Cuma saya akan cuba elakkan apa yang ditegah dalam agama. Dan mekap yang dihasilkan nanti pula lebih kepada gaya natural dan soft sahaja,” katanya yang turut mengakui selepas posting berkenaan dia telah kehilangan beberapa pelanggan.
Bukan itu sahaja, beberapa rakan jurusolek juga turut mendiamkan diri sejak dia muat turun posting berkenaan dan kemungkinan tidak bersetuju dengan kenyataannya.
Walaupun sudah menerima beberapa tempahan mekap sehingga Ogos 2019, tetapi ada lima atau enam orang yang telah batalkannya.
“Mungkin mereka masih mahu memakai bulu mata palsu dan saya dalam proses kembalikan wang deposit mereka.
“Tetapi alhamdulillah, ajaibnya kuasa Allah kerana digantikan dengan pelanggan baharu. Ramai juga yang mesej cakap mereka suka dengan pendirian saya ini.
“Bukan itu sahaja, ada juga seorang penjual bulu mata yang mesej dan rupanya sudah lama dia mengalami perasaan yang sama dengan saya.
“Dan selepas baca posting terus nekad untuk berhenti sebab rasa duit tak berkat,” tambahnya yang turut terkilan bila ada antara kawan-kewan jurumekap yangb rapat dengannya langsung tidak beri respon. Namun dia memahami kerana mereka mahu menjaga periuk nasi masing-masing.
Posting yang dimuat turun ini juga telah menarik perhatian ramai dan turut mendapat respon yang cukup bagus.
Lepas 5 tahun baru tersedar
Hati berbelah bagi.
Allah laknak orang pakai bulu mata/ rambut palsu
Start sanding, Zuhur tak solat sebab rugi takut rosak mekap.
Allah larang tapi kita buat tak nampak & halalkan.
Bukan untuk tunjuk baik.
Hormati cara dan pendirian.
Rezeki Allah itu luas.
Slow-slow akan padam gambar tidak sepatutnya nanti.
Harap gunakan ilmu yang dikongsi di jalan diredai Allah.
Rata-rata tersentuh dengan perkongsiannya dan turut mengingatkan bahawa rezeki Allah itu hadir dalam pelbagai bentuk dan cara.
Ainn Ahmadalhamdulilah tahniah dear. perubahan ke arah kebaikan. semoga Allah melimpahkan lagi rezeki sis
Nissa DiyanahInshaaAllah..bumi Allah luas..pasti ada rezki awak..sy doakan awak..kerana niat awak kerana Allah s.w.t pasti akan ade seribu kebaikan dan berkah dlm nya..
Khaleda Syazwani KhaidzirActually benda macam ni lah yg pengantin harapkan. InsyaAllah ada rezeki. Rezeki Allah itu luas. Goodluck kakngah
Ara ArmandAlhamdulillah Allah beri hidayah pd kita semua sblum terlambat… Tahniah Nina Syazana atas kesedaran ni.. kita manusia x sempurna.. syukur masih beroleh kesempatan utk bertaubat.. moga terus istiqamah.. aamiin..
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setiap kali melihat posting selebriti kepada dua cahayamata, Anzalna Nasir mengenai kecintaannya terhadap fesyen abaya dari Timur Tengah, ramai yang memuji kejelitaannya menggayakan abaya dari Dubai itu.
Malah, Anzalna sendiri sering berkongsi ‘kegilaan’ dirinya membeli abaya dari Dubai yang disifatkan nampak sopan, elegan dan fashionable untuk wanita mengenakan hijab.
Isteri kepada Hanif Zaki ini sudah lama menyatakan hasrat untuk memiliki jenama fesyennya sendiri. Namun hasratnya itu terpaksa dibiarkan seketika kerana ingin memberi tumpuan penuh terhadap dua orang putera tersayang, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.
Meski Sibuk Uruskan Keluarga, Anzalna Sempat ‘Lahirkan’ Jenama Sendiri
Anzalna memilih untuk tidak te rlibat dengan projek drama kerana mahu menjaga anak-anak sendiri dan membesar di depan mata. Pelakon berusia 34 tahun itu memikul tugas tersebut bersama suami tersayang, Hanif Zaki tidak kira sama ada mempunyai pembantu rumah ataupun tidak.
Dalam kesibukan menjalani kehidupan sebagai ibu dan isteri, Anzalna sempat melahirkan jenama fesyennya sendiri yang diberi nama @anzalna.vestiaire.
Jenama fesyen Anzalna Nasir ini mendapat sentuhan peribadi Anzalna yang sememangnya amat mencintai dunia fesyen terutamanya selepas mengenakan hijab.
“Dari segi rekaan, saya berkongsi idea dengan pereka fesyen terkenal iaitu Ashraff Zainal yang juga merupakan salah seorang pereka fesyen yang saya kenali sejak tahun 2015.
“Hasil gabungan idea dan olahan Ashraff Zainal telah menghasilkan koleksi Anzalna Vestiaire yang menepati citarasa saya,” ujar Anzalna yang rancak bercerita mengenai cinta terbaharunya itu.
“Finally I can wear my own clothing brand,” ujar Anzalna yang gemarkan potongan abaya moden dan menjadikan abaya dari Dubai sebagai sumber inspirasi dirinya sebagai wanita yang baharu mengenakan hijab, tetapi tetap mengekalkan ciri-ciri bergaya dan moden.
Tambah Anzalna lagi, abaya yang dihasilkan menepati keperluan hijabista yang mementingkan abaya yang longgar, mudah untuk dibawa solat dan berwudhuk. Selain itu, Anzalna turut berkolaborasi dengan jenama Les Anggun untuk busana raya ibu dan anak.
Ketika ditanya mengenai perancangan untuk membuka butik sendiri sekiranya langkah awalnya dalam bidang fesyen ini berjaya, pelakon Dendam Aurora ini turut memasang angan-angan untuk memiliki perniagaan fesyennya sendiri tetapi dia lebih selesa untuk memperkenalkan abaya ini untuk memenuhi permintaan para peminat yang sering mengikuti gaya fesyen yang digayakannya.
Melihat perkongsian di laman Instagram miliknya, ternyata Anzalna terharu dengan sambutan yang diterima dari para peminatnya yang teruja dengan koleksi abaya yang dihasilkan.
“Doakan semoga langkah awal saya berkongsi citarasa fesyen dengan para peminat ini diterima sebaiknya,” ujar Anzalna yang berkongsi keterujaannya dalam dunia fesyen di laman sosial miliknya.
Asas yang betul dapat menutupi bintik-bintik gelap, mengaburkan jerawat, dan membuat anda merasa yakin dengan kulit yang kelihatan sihat. Tetapi asas yang salah? Itu boleh menimbulkan masalah, terutamanya jika anda mempunyai kulit berminyak yang cenderung kelihatan berminyak menjelang tengah hari.
Kulit berminyak sering bersifat genetik, tetapi produk tertentu dapat menyumbat liang dan merangsang pengeluaran sebum yang berlebihan bahan berminyak yang keluar dari pori anda, menjadikan keadaan menjadi lebih teruk.
Itu tidak bermaksud anda perlu mengelakkan asas solekan, anda hanya perlu tahu apa yang harus dicari ketika mencuba formula baru untuk anda yang kulit berminyak.
Cara memilih dan menggunakan asas terbaik untuk kulit berminyak
‘Prep’ kulit anda: Walaupun kulit berminyak, anda perlu selalu bersihkan, melembapkan, dan menyapu SPF sebelum menggunakan foundation. Ini akan memastikan kulit anda masih mendapat dos penghidratan yang diperlukan, jadi ia tidak menghasilkan lebih banyak minyak untuk mengimbangi kekeringan. Sekiranya anda mempunyai masalah dengan bahan solekan, anda juga boleh menggunakan primer untuk cengkaman tambahan.
Skip luminizer atau shimmer: “Sifat pantulan cahaya ini bagus untuk kulit kering, tetapi pada kulit berminyak, luminizer menonjolkan liang dan menjadikan kulit kelihatan lebih berminyak. Elakkan asas yang menyenaraikan perkataan dewy atau luminizing pada pembungkusan dan sebaliknya memilih produk matte atau serbuk.”
Memilih untuk dipakai lebih lama: Anda yang mempunyai kulit berminyak sering kali sukar mencari asas yang tidak melecet atau pudar sepanjang hari, jadi cari pilihan yang menjanjikan masa pakai yang lebih lama.
Untuk memudahkan anda yang mempunyai kulit berminyak, formula di bawah ini adalah pilihan kegemaran ramai yang diluluskan oleh pakar. Senarai asas terbaik untuk kulit berminyak dengan kemasan tanpa bersinar.
Mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak, foundation terbaik drug store ini menjadi kegemaran. Formula bebas minyak kelihatan dan terasa ringan dengan aplikasi yang lebih lembut, ‘full coverage’ untuk menyembunyikan ketidaksempurnaan. Selain itu, anda tidak perlu risau kerana ia akan menyerap setelah anda aplikasinya. “Saya biasanya perlu memohon semula bedak sepanjang hari untuk tetap matte. Dengan asas ini, liputannya hebat tanpa kekok, dan tetap matte sepanjang hari,” menurut seorang pengulas.
Asas ringan, tahan lama, dan bebas minyak dengan harga kurang dari RM20? Ada kemungkinan, foundation dari Rimmel ini mengawal kilap muka, mengaburkan liang, dan menyatu dengan lancar untuk aplikasi tanpa cela. Seorang pengulas mengatakan “Ini satu-satunya foundation yang saya telah cuba yang menjadikan wajah saya matte sepanjang hari tanpa terlalu kering. Kemasannya sempurna dan ia pasti memberikan liputan penuh walaupun hanya dengan menggunakan julat yang sedikit. ”
Foundation ini mempunyai lebih daripada 10k ulasan salah satunya sangat disukai oleh ramai orang kerana rangkaian warna yang luas, kemasan matte semula jadi, dan liputan yang licin. “Saya telah menggunakan produk ini selama kira-kira tiga tahun dan tidak akan pernah berubah,” tulis seorang pengulas. “Saya berumur 65 tahun dan foundation ini berjaya menutup kedutan wajah dan ia mempunyai liputan hebat malah tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan.”
Rihanna benar-benar mengubah industri kecantikan ketika dia memperkenalkan Fenty’s Pro Filt’r foundation, berkat rangkaian warna yang luas. Ia juga menjadi impian untuk kulit kombo dan berminyak, kerana ia mempunyai lapisan matte yang lembut dan tahan lama dengan penutup yang boleh dibina yang masih terasa bernafas pada kulit. “Saya mempunyai kulit berminyak secara semula jadi yang mudah kemerahan, terutama ketika cuaca panas. Ini berterusan sepanjang hari dan saya tidak perlu menetapkannya dengan serbuk bedak! ” tulis seorang pengulas.
Bukan rahsia lagi bahawa Rihanna mempunyai kulit yang hebat dan tidak lama lagi anda akan terbongkar rahsianya. Dia baru sahaja mengungkapkan pandangan pertama jenama penjagaan kulit barunya – Fenty Skin. Ikuti di @fentyskin dan @badgalriri untuk mendapatkan intipan eksklusif sebelum jenama itu dilancarkan secara rasmi dan eksklusif di FentySkin.com pada 31 Julai.
5. CLINIQUE Stay-Matte Oil-Free Makeup
Sekiranya anda mempunyai kulit berminyak dan juga sensitif cuba foundation ini, asas matte semula jadi ini bebas wangian dan bebas minyak, dikembangkan dengan kulit rawan jerawat, dan bahkan mengandungi asid hyaluronik yang memudarkan kulit sehingga kulit anda tidak akan kelihatan terlalu berat. Jangan tertipu dengan nuansa ringannya: tetap stabil dan bersinar sepanjang hari.
Asid salisilat adalah pejuang jerawat untuk keupayaannya untuk menyahkan minyak dan membersihkan liang-liang. Sebagai bonus tambahan, asid salisilik mempunyai kesan anti-radang pada kelenjar sebum, yang menghasilkan minyak. Anda boleh mendapatkan bahan penghilang cela dalam foundation ini dari formula pencegah jerawat Neutrogena, yang membantu mengawal minyak dan terasa bernafas pada kulit.
Asas serbuk ini hebat dalam memerangi minyak, bareMinerals kemasannya yang bebas bersinar dan kelihatan semula jadi. Liputannya dapat disesuaikan, jadi anda boleh menjadikan serbuk ini sangat ringan atau memperbaikinya jika anda mempunyai masalah untuk menyesuaikan dengan solekan. Formula terbaik? Mengandungi SPF 15 untuk peningkatan perlindungan dari sinar matahari. Foundation ini mengandungi pelindung matahari mineral yang bermaksud mengandungi titanium dioksida dan zink, cenderung menjadi pilihan yang lebih baik jika pelindung matahari kimia bukan pilihan terbaik untuk anda.
Dengan lebih daripada 6,000 ulasan dan penilaian 4 bintang foundation yang boleh didapati di Sephora, foundation dari Tarte ini mempunyai formula yang betul, terutama bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak. Formula matte bebas daripada minyak mineral, paraben, dan wangian, jadi ia tidak akan merengsakan kulit anda. Tanah liat Amazon memastikan penggunaan lebih lama, vitamin E menenangkan, sementara pigmen mineral meninggalkan kulit anda kelihatan dan terasa lembut. “Asasnya mempunyai tekstur seperti mousse dan ketika saya memakainya terasa ringan dan tidak kelihatan kekok. Ia bertahan selama berjam-jam, walaupun kulit saya sangat berminyak. Saya juga suka bagaimana sedikit kemajuan, ”kata seorang pengulas.
Pilihan ini adalah klasik: Revlon’s ColorStay telah lama wujud dengan harga yang berpatutan. Rata-rata merumuskan, foundation ini bebas minyak terasa selesa sepanjang hari, “Saya memakai ini pada pukul 7 pagi dalam perjalanan 4 jam. Memeriksa sebuah hotel di mana saya membawa anak-anak saya berenang, saya betul-betul berada di bawah air. Semasa saya naik ke bilik, solekan saya juga tidak berubah! Tidak, ini tidak kalis air, tetapi sangat bagus untuk bertahan lebih lama.”
Asas klasik ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak, kerana menjanjikan pemakaian yang lebih lama, kemasan matte yang sempurna, dan liputan yang boleh dibina. Bebas wangian dan minyak, Double Wear Estée Lauder adalah pilihan yang bagus jika zon T anda cenderung berkilap sepanjang hari. Formulanya tahan air dan mengawal minyak, sehingga mengurangkan kilauan walaupun dalam cuaca yang lebih panas dan lembap. Ia juga memiliki rentang warna yang luas, sehingga semua warna kulit dapat menemukan padanan sempurna mereka.
Foundation berasaskan cecair ini sebenarnya mengandungi serbuk penyerap minyak untuk kawalan kilauan maksima sehingga tetap di tempatnya kerana ia kalis air. “Saya mempunyai kulit berminyak yang sangat mengerikan, terutama pada musim panas, dan tidak pernah beruntung dengan asas liputan penuh 24 jam sehingga sekarang,” tulis seorang pengulas. “Dalam kombinasi dengan rutin penjagaan kulit yang baik, wajah saya kelihatan jauh lebih baik dan saya merasa 100% lebih yakin.”
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...