“Doktor Ada Jual Ubat Sabar Tak…?”- Netizen Kagum Lihat Dr Sheikh Muszaphar Rajin Layan Karenah Anak

Share

Anak-anak merupakan harta yang sangat berharga dan harus dibentuk sebaik mungkin agar menjadi individu yang berguna pada masa depan. Walaupun terkadang penat menguruskan, namun begitulah amanah yang diutuskan oleh-Nya kepada ibubapa.

Begitulah jua yang dilakukan oleh angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar yang tidak kenal erti penat untuk menjaga keenam-enam orang anaknya. Malahan, dia juga menjadi sumber inspirasi ramai dalam mendidik anak-anak.

Dalam fasa anak-anak membesar, mereka menjadi semakin lasak dan memerlukan perhatian lebih daripada ibu-bapa. Itulah yang terjadi dalam video TikTok Dr Sheikh Muszaphar Shukor ketika dia sedang menyuap anaknya.

@drsheikhmuszaphar #twins ♬ You Are The Reason – Calum Scott

Pada awalnya, Angkasawan Negara ini dilihat sedang bersila di lantai sambil menikmati makanan.

Artikel Berkaitan: Peroleh Bidang Yang Bukan Pilihan, Namun Dr Sheikh Muszaphar Tetap Bangga Dengan Anak Saudaranya

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah gelagat dua orang anaknya yang tidak duduk diam. Apa yang mencuit hati adalah mereka sampai memanjat bapa mereka dari belakang dan juga tepi.

Walaupun keadaan ketika itu ‘kecoh’, Dr. Sheikh Muszaphar dilihat tenang dan sabar melayan karenah anak-anaknya itu.

“..Ada jual ubat sabar tak?”

Video yang tular di laman TikTok tersebut telah mendapat lebih 59.6K kesukaan. Meninjau di ruangan komen TikTok tersebut, rata-rata netizen memuji kesabaran Dr Sheikh Muszaphar dalam melayan anak-anaknya.

“Bagus seorg bapa mcm ni melayan kerenah anak….”

“ni posting benda sebenar di alam reality sebagai parent. Tak semua bapa boleh sabar begini…”

“penyabar nye la hai…moga Allah memberkati hidup mu dan keluarga…”

“ya Allah, sabau nau doc, kalau saya nie dh brtukar jdi harimau dh, hahahahaha 🤣🤣🤣”

Artikel Berkaitan: Sheikh Eusoff & Sophea Emelia, Nama Indah Buat Anak Kembar Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

Sekadar info, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha dan Datin Dr Halina Mohd Yunos telah mendirikan rumahtangga 12 tahun yang lalu. Rumahtangga mereka diserikan dengan kehadiran enam orang cahaya mata iaitu Bella, Tasha, Adam, Noah, Eusoff dan Emelia yang sering menjadi tatapan di media sosial milik Dr Sheikh mahupun Dr Halina.

Sumber: TikTok Dr. Sheikh Muzaphar

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Published by
S.Amira