Anak-anak merupakan harta yang sangat berharga dan harus dibentuk sebaik mungkin agar menjadi individu yang berguna pada masa depan. Walaupun terkadang penat menguruskan, namun begitulah amanah yang diutuskan oleh-Nya kepada ibubapa.
Begitulah jua yang dilakukan oleh angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar yang tidak kenal erti penat untuk menjaga keenam-enam orang anaknya. Malahan, dia juga menjadi sumber inspirasi ramai dalam mendidik anak-anak.
Dalam fasa anak-anak membesar, mereka menjadi semakin lasak dan memerlukan perhatian lebih daripada ibu-bapa. Itulah yang terjadi dalam video TikTok Dr Sheikh Muszaphar Shukor ketika dia sedang menyuap anaknya.
Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah gelagat dua orang anaknya yang tidak duduk diam. Apa yang mencuit hati adalah mereka sampai memanjat bapa mereka dari belakang dan juga tepi.
Ads
Walaupun keadaan ketika itu ‘kecoh’, Dr. Sheikh Muszaphar dilihat tenang dan sabar melayan karenah anak-anaknya itu.
“..Ada jual ubat sabar tak?”
Video yang tular di laman TikTok tersebut telah mendapat lebih 59.6K kesukaan. Meninjau di ruangan komen TikTok tersebut, rata-rata netizen memuji kesabaran Dr Sheikh Muszaphar dalam melayan anak-anaknya.
“Bagus seorg bapa mcm ni melayan kerenah anak….”
“ni posting benda sebenar di alam reality sebagai parent. Tak semua bapa boleh sabar begini…”
Ads
“penyabar nye la hai…moga Allah memberkati hidup mu dan keluarga…”
Sekadar info, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha dan Datin Dr Halina Mohd Yunos telah mendirikan rumahtangga 12 tahun yang lalu. Rumahtangga mereka diserikan dengan kehadiran enam orang cahaya mata iaitu Bella, Tasha, Adam, Noah, Eusoff dan Emelia yang sering menjadi tatapan di media sosial milik Dr Sheikh mahupun Dr Halina.
Tiba sahaja waktu solat, pastinya azan akan didengari umat Islam seluruh negara. Bermacam gelaran yang diberikan kepada insan penting ini sama ada muazin, tukang azan dan tok bilal. Lenggok suara yang mendayu-dayu, memanggil semua untuk meninggalkan apa sahaja tugas yang dilakukan untuk menghadap Allah Yang Maha Esa.
Dari pandangan manusia, peranan muazin dilihat tidaklah begitu besar jika dibandingkan dengan jawatan imam atau pengerusi di sesebuah masjid. Disunatkan juga untuk melaungkan azan meskipun seseorang itu sekadar solat bersendirian di rumah.
Memetik berita dari Harian Metro, seorang pesara tentera nekad untuk mengelilingi Semenanjung Malaysia demi merealisasikan impiannya untuk melaungkan seruan azan di 99 masjid atau surau setiap negeri yang dikunjunginya.
Jika ada terjumpa lelaki ini di mana-mana, hulurkan kata-kata semangat atau apa-apa bantuan kepadanya. Ayuh kita bagi sokongan!
Berbekalkan motosikal Yamaha LC, seorang pesara tentera nekad untuk mengelilingi Semenanjung Malaysia demi merealisasikan impiannya untuk melaungkan seruan azan di 99 masjid atau surau setiap negeri yang dikunjunginya.
Malah, Murad Mohd Kassim, 52 yang berasal dari Parit, Perak dan menetap di Putrajaya berkata, tujuannya melaksanakan Kembara Solo Hijrah Merdeka 2022/1444 Hijrah adalah sebagai usaha menghijrahkan dirinya dalam mendekatkan diri dengan Allah SWT.
“Sebenarnya perancangan ini sudah lama dilakukan dan saya melihat tempoh bersempena dengan kedatangan Awal Muharam dan Hari Kebangsaan nanti adalah sebagai waktu terbaik untuk saya melakukan usaha murni ini.
“Pemilihan angka 99 itu juga sebagai mengingati 99 nama Allah. Namun, saya tidak memilih masjid atau surau tertentu untuk dikunjungi kerana saya akan singgah di mana-mana masjid atau surau di sepanjang perjalanan,” katanya ketika ditemui di perkarangan Masjid al-Hussain atau dikenali sebagai Masjid Terapung Kuala Perlis.
Katanya, selain mendekatkan diri dengan Allah SWT, usaha ini juga sebagai satu disiplin kepada dirinya untuk sentiasa istiqamah dalam melaksanakan solat fardu lima waktu dan solat Jumaat.
“Saya hanya berbekalkan wang saku sendiri sekitar RM1,000 sahaja yang mana RM200 dibelanjakan untuk pengisian petrol sepanjang kembara ini,” katanya.
Dia berkata, selepas Perlis, dia akan berkunjung ke Masjid al-Fateh di Jitra, Kedah sebelum meneruskan ke masjid atau surau di setiap negeri dalam kembara itu seperti Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Siapa tak kenal dengan penyanyi lagu ‘sedalam dalam rindu’ yang pernah viral satu ketika dahulu, Tajul Ariff Noor Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Tajul yang juga salah seorang adik kepada penyanyi, Achik Spin.
Terbaharu, sempena ulangtahun perkahwinan yang kelima, isterinya Nur Shamieza Eddie atau lebih mesra disapa Ica itu telah memuat naik sebuah video di laman Tik Tok miliknya menerusi akaun @icaaeddie berserta kapsyen ucapan manis buat suami tercinta.
Recap Perjalanan Hidup Sepanjang Perkahwinan Mereka
Video berkenaan memaparkan ‘recap’ perjalanan ‘pahit manis’ sepanjang perkahwinan mereka, dimana gambar-gambar yang dimuatnaik oleh isteri Tajul itu adalah gambar mereka berdua bermula dari awal pernikahan sehingga sekarang.
“Share sikit perjalanan hidup sepanjang perkahwinan kitorang. hehe happy aniversary sayangku, terima kasih untuk semuanya @tajulofficial,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Dari Tidak Bertudung Hingga Menutup Aurat Sepenuhnya, Perubahan Ica Raih Perhatian Netizen
Hijabista meninjau ruangan komen hantaran berkenaan, rata-rata peminat mereka turut rasa gembira melihat kebahagiaan yang paparkan pasangan selebriti ini.
Tidak kurang juga yang menitipkan ucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat mereka berdua serta mendoakan agar Ica kekal istiqomah dalam penghijraanya dan beroleh lebih banyak kebahagiaan buatnya dan keluarga.
Sekadar info, Tajul berkahwin dengan Nur Shamieza Eddie pada 10 Disember 2017 untuk memenuhi permintaan arwah ayah Ica dan terpaksa merahsiakan perkahwinan mereka demi secebis ‘privasi’ ketika itu.
Perkahwinan pasangan merpati dua sejoli ini kemudianya diserikan dengan kehadiran dua cahayamata, Adriana Carissa dan Adrian Rifqy.
Kebiasaannya buah limau mandarin sinonim dengan Tahun Baru Cina dengan adanya buah limau mandarin sebagai simbolik. Di Malaysia, semua kaum meraikannya sebagai satu penghormatan kepada masyarakat Cina. Ada juga yang menganggap bulan itu adalah bulan cantik atau bulan vitamin C. Mana tidaknya, limpahan buah oren boleh didapati di mana-mana sahaja.
Anda suka makan limau mandarin atau minum air limau mandarin? Jika ya, artikel ini pasti membuatkan anda gembira. Selain mempunyai rasa yang enak, buah ini ternyata mengandungi banyak khasiat yang baik bagi kesihatan dan pencegahan penyakit.
Selain sangat kaya dengan vitamin dan mineral, ia juga mengandungi serat makanan bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal. Malah, khasiat yang terkandung didalamnya juga membantu menurunkan risiko terkena beberapa jenis penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser.
Diet
Bagi mereka yang mahu berdiet, limau mandarin amat sesuai untuk dimasukkan dalam menu diet anda kerana ia mengandungi karbohidrat tetapi ia merupakan karbohidrat sederhana yang terdiri daripada fruktosa, glukosa dan sukrosa.
Karbohidrat kompleksnya berupa serat makanan yang baik untuk kesihatan. Serat makanan ini akan membantu dalam memperlambatkan proses pengosongan perut serta proses pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.
Ini bermakna ia akan membuatkan perut terasa kenyang lebih lama. Dengan mengambil sebiji limau mandarin bersaiz sederhana dalam diet harian, anda memperolehi serat makanan kira-kira 30g. Jumlah ini sudah mencukupi keperluan harian tubuh badan (jumlah yang disarankan ialah sekitar 25g sehari).
Antioksidan Yang Sangat Baik
Vitamin C merupakan vitamin yang paling terkenal daripada buah oren. Vitamin mudah larut air ini memainkan peranan dalam proses pembentukan kolagen yang merupakan komponen asas dalam pembentukan jaringan saraf di dalam tubuh badan. Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah, dan tulang. Ia juga dapat membantu dalam proses penyembuhan luka.
Mencegah Anemia Dan Sakit Jantung
Vitamin C juga berperanan dalam proses penyerapan zat besi bukan organik (zat besi yang bukan berasal daripada haiwan) sehingga dapat mencegah dan membantu penyembuhan anemia. Ada juga kajian yang mendapati vitamin C dapat membantu mencegah kerosakan sel akibat aktiviti molekul radikal bebas. Radikal bebas inilah yang boleh mencetuskan pelbagai jenis penyakit.
Secara signifikan, hasil penelitian terbaru ini menunjukkan bahawa penyerapan vitamin C yang tinggi daripada makanan, termasuk buah oren dapat mencegah kenaikan LDL (lemak jahat). Kadar LDL yang tinggi merupakan faktor utama terjadinya penyakit jantung. Beberapa penelitian telah membuktikan terdapat hubungan di antara pengambilan vitamin C dengan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular.
Pengambilan makanan dengan kandungan folat yang tinggi, seperti oren segar atau dalam bentuk jus, akan meningkatkan kadar folat. Peningkatan kadar folat akan menurunkan kadar ‘homocystein’, yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Dengan menurunnya kadar ‘homocystein’, risiko penyakit kardiovaskular juga menurun.
Mencegah Kanser
Vitamin C dalam buah- buahan, termasuk oren secara ilmiah juga berperanan dalam memberikan perlindungan tubuh terhadap kanser. Limau mandarin merupakan salah satu buah yang memiliki ejen perlindungan terhadap kanser. Malah ia lebih bagus daripada vitamin C yang diambil dalam bentuk tablet.
Untuk memelihara kesihatan dan menjaga keperluan vitamin C dalam tubuh badan, anda disarankan supaya mengambil vitamin C sebanyak 30 – 100 mg setiap hari. Keperluan ini sudah mencukupi dengan sebiji oren bersaiz sederhana kerana ia mengandungi sekitar 70 mg vitamin C. Anda juga boleh menikmati segelas (sekitar 225 ml) jus oren pada setiap hari jika tidak mahu makan oren dengan begitu sahaja.
Kulit Pun Cantik
Vitamin C yang terkandung di dalam buah oren bukan hanya bermanfaat kepada kesihatan, tetapi juga untuk kecantikan kulit. Ini kerana vitamin C merupakan agen antioksidan yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Selain melindungi kulit dari pengaruh buruk radikal bebas, vitamin C juga memperkuatkan sel-sel kulit sehingga mempercepatkan proses memperbaiki jaringan yang rosak.
Masker Limau Mandarin
Limau mandarin dan lemon mempunyai ekstrak citrus yang berfungsi sebagai antioksidan untuk kulit yang rosak. Mereka kaya dengan Vitamin C dan zink yang akan membantu untuk menghilangkan jerawat. Cara-caranya adalah:
Kisar 3 sudu besar jus oren segar.
2 sudu besar jus lemon dan 1 sudu makan madu.
Sapukan ini pada wajah anda dan biarkan selama 20 minit.
Akhir sekali basuh dan lap sehingga kering.
Amalkan setiap hari dan anda akan lihat perubahan pada kulit anda dalam masa beberapa minggu. Anda juga boleh hilangkan masalah kulit lutut serta siku yang hitam dengan menggosokkan jus lemon setiap hari kepadanya.
Cara Betul Makan Limau Mandarin
Nak makan limau mandarin boleh tetapi jika diambil dengan jumlah yang terlalu banyak, ia boleh mengundang kemunculan beberapa penyakit lain seperti sakit tekak, demam, gejala batuk yang teruk dan kemungkinan menyebabkan sakit perut dan radang usus.
Memahami hal ini, Hijabista kongsi cara yang betul untuk makan buah yang kaya dengan vitamin C ini.
Basuh atau rendam dahulu buah oren. Kemudian barulah makannya.
Pastikan jari yang terkena kulit oren yang tidak dibasuh itu tidak bersentuhan dengan isi limau yang hendak dimnakan.
Sekiranya perlu, pakailah sarung tangan plastik ketika mengopek limau.
Kembalikan Zaman Kanak-kanak Bersama Teman
Ikuti jalan kenangan bersama Sunquick dan ingatlah tentang detik-detik gembira yang dikongsi dengan keluarga dan rakan-rakan sambil minum segelas minuman jeruk yang dahaga. Dicintai dan dipercayai oleh generasi, Sunquick telah menjadi jenama yang tidak asing lagi dalam rumah tangga Malaysia selama 50 tahun. Usaha berterusan untuk melayani penduduk tempatan hanya dapat dicapai melalui sokongan pengedar, Barkath Group.
Sunquick telah menetapkan standard untuk konsentrat minuman berasaskan buah kerana kini tersedia dalam pelbagai rasa buah yang diilhami oleh alam semula jadi oren, mandarin, blackcurrant, mangga, tropis dan rose lychee. Berpegang teguh pada nilai teras mereka dalam mewujudkan momen bersama komuniti, Sunquick mahu pengguna membuat pilihan pintar dalam memilih minuman segar yang sesuai untuk saat-saat gembira bersama keluarga dan rakan-rakan. Jus pekat Sunquick dibuat dengan jus buah sebenar dan bebas dari rasa, warna dan pemanis buatan; dengan serta-merta membekalkan vitamin C.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.Gadis yang berasal dari Timur...