“Doakanlah Agar Hati Saya Kuat Untuk Bertudung”-Betty Banafe

Share

Semenjak beberapa bulan ini, aktres terkenal Betty Banafee,39, menjelaskan bahawa dia sedang berada dalam tempoh percubaan dengan imej bertudung.

Menurutnya, adalah penting baginya untuk melaksanakan kewajipan lain terlebih sementara membaiki imej bertudungnya.

“Saya utamakan kewajipan lain seperti menjaga solat, berzakat terlebih dahulu dan InsyaAllah doakanlah agar hati saya kuat untuk kekal bertudung dan semoga dipermudahkan segalanya untuk Betty menjadi lebih baik,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe akan bersama-sama dengan artis-artis lain berusaha mempromosikan laman web ‘jomsedekah.com’, satu platform amal jariah bagi membantu Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM).

Di samping itu, pelakon drama Spa Q ini juga bakal menjayakan Fesyen Vaganza Amal 2019 yang akan diadakan pada 20 April akan datang.

Menariknya, Fesyen Vaganza Amal ini juga bakal mempersembahkan 60 rekaan daripada pereka fesyen terkenal seperti Anas Abdullah oleh 30 orang selebriti dan 30 orang kanak-kanak sindrom down.

kredit: mstar online

Published by
Qistina