Pelakon, pengacara dan penyampai radio terkenal, Elizad Sharifuddin berkongsi satu doa di laman instagramnya dalam usaha untuk mendapatkan zuriat.
Ujarnya, doa yang satu ini antara yang tidak pernah lekang dari bibirnya untuk diamalkan.
View this post on InstagramA post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on
“ Rabbi habli milla dunka zurriatan tayyibatan innaka samiuldduaaa “ .
Wahai Tuhanku , Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sempurna : sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan “ .
Selain dari doa2 lain , DOA yang “ SATU “ ni x pernah lekang dari kami berdua .
Sebelum ini, Elizad pernah berkongsi bahawa dirinya menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) pada Februari lalu.
InsyaAllah, segala usahanya nanti pasti akan ada hasilnya. Didoakan moga Elizad bersama pasangannya, Shamsul Baharin Rahman dipermudahkan untuk mendapatkan cahaya mata. Amin.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doa Senjata Mukmin! Hijabi Perlu Cakna ‘Keistimewaan’ Berdoa Di Hari Jumaat
Isi Kandungan
ToggleHari Jumaat merupakan penghulu kepada segala hari. Selain itu hari Jumaat juga merupakan hari yang agung disebabkan ia mempunyai banyak kelebihan, keistimewaan dan kemuliaan berbanding hari-hari yang lain. Maka banyak-banyaklah berselawat dan berdoa pada hari Jumaat yang mulia ini.
Doa diertikan sebagai memohon dengan sepenuh hati kepada Allah SWT dengan permohonan yang mengharapkan kebaikan di sisi-Nya, memohon dengan rendah diri supaya apa yang diminta itu diperkenankan dan cita-cita termakbul.
Anjuran Dan Perintah Memperbanyakkan Doa
Doa menurut Imam al-Khattabi adalah permohonan hamba kepada Tuhannya dengan mengharapkan pertolongan-Nya dan juga bantuan daripada-Nya.
Firman Allah SWT:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: ‘Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.’”
Ayat ini merupakan dalil yang menunjukkan bahawa Allah SWT menuntut para hamba-Nya untuk berdoa kepada-Nya berkaitan hajat-hajatnya serta ia menjadi dalil akan pensyariatannya dan perkara ini tiada khilaf dalam kalangan orang Islam.
Dalam agama Islam, doa bukanlah sesuatu perkara yang remeh tetapi mempunyai peranannya yang besar. Oleh sebab itu, ia sendiri dianggap sebagai ibadah. Hal ini adalah sebagaimana riwayat daripada al-Nu‘man bin Basyir bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda:
الدُّعَاءُ هُوَ العِبَادَةُ
Maksudnya: “Doa itu merupakan ibadah.”
Selain itu, kita sebagai seorang yang beriman perlulah sentiasa berdoa kepada Allah SWT kerana insan ini sifatnya lemah dan sentiasa mengharapkan bimbingan sang Penciptanya dalam setiap keadaan. Tambahan lagi, banyak doa-doa yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada kita untuk digunakan dalam kehidupan seharian.
Allah SWT berfirman:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
Menurut Imam al-Qurtubi, ayat di atas menunjukkan bahawa Allah SWT bukan sahaja memerintahkan kepada para hamba-Nya untuk beribadah bahkan Dia juga memberikan jaminan bahawa doa tersebut akan dimustajabkan.
Kata Khalid al-Rib’ie: Sangat ajaib buat umat ini, dikatakan kepada mereka: “Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan mustajabkan.” Allah memerintahkan kepada mereka untuk berdoa, serta menjanjikan kepada mereka kemustajaban tanpa ada sebarang syarat antara keduanya.
Kemudian Allah SWT berfirman dalam ayat yang sama:
إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
Ibn ‘Asyur di dalam tafsirnya menyatakan bahawa ayat ini menjadi dalil bahawa Allah SWT menuntut hamba-Nya untuk berdoa kepada-Nya berkaitan hajat-hajatnya serta ia menjadi dalil akan pensyariatannya dan perkara ini tidak mempunyai khilaf dalam kalangan umat Islam sendiri
Artikel berkaitan: Jadikan Ayat Kursi Amalan Di Hari Jumaat, Ini 13 Kelebihan Bakal Hijabi Miliki!
Mustajabnya Doa Pada Penghulu Segala Hari!
Antara kelebihan dan fadhilat hari Jumaat, terdapatnya waktu di mana doa adalah mustajab. Hal ini berdasarkan hadith, Nabi SAW menyebut tentang hari Jumaat, sabdanya:
فِيها سَاعَةٌ لاَ يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ، وَهْوَ قَائِمٌ يُصَلِّى، يَسْأَلُ اللَّهَ تَعَالَى شَيْئًا إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ
Maksudnya: “Pada hari tersebut ada satu ketika jika bertepatan seseorang Muslim yang mendirikan solat Jumaat memohon sesuatu kepada Allah SWT, nescaya Allah SWT memperkenankannya.”
Sambil bersabda, Baginda mengisyaratkan ketika yang sedikit itu dengan tangannya.
Waktu Mustajab Untuk Berdoa
Berdasarkan soalan di atas, terdapat sebuah hadith yang sahih berkaitan hal tersebut. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan juga imam Muslim di dalam sahihnya dengan lafaz yang sedikit berbeza:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
فِي يَوْمِ الجُمُعَةِ سَاعَةٌ، لاَ يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ، وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي يَسْأَلُ اللَّهَ خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُ
Maksudnya: “Pada hari Jumaat ini ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada Allah SWT, pasti Allah SWT akan memperkenankan permintaanya itu.”
Melihat kepada hadis di atas, kita memahami bahawa Allah SWT telah meletakkan satu tempoh masa yang sangat istimewa pada hari Jumaat iaitu setiap permintaan hamba-hambanya akan dikabulkan pada waktu tersebut.
Dalam masalah ini, terdapat beberapa pendapat yang dinyatakan oleh para ulama’ sebagaimana yang disebut oleh Imam al-Nawawi berdasarkan pendapat al-Qadhi ketika mensyarahkan hadis ini di dalam sahih Muslim, antaranya:
Pertama: Waktunya adalah ketika khatib duduk di atas mimbar sehingga selesai solat.Pendapat ini disokong dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari.
Kedua: Waktunya adalah selepas asar sehingga terbenamnya matahari.
Ketiga: Waktunya adalah ketika solat didirikan sehingga ia selesai.
Keempat: Waktunya apabila imam keluar sehingga selesainya solat.
Artikel berkaitan: Doa Mustajab & Selamat Dari Fitnah Kubur, Ini Antara Keistimewaan Hari Jumaat Yang Anda Harus Tahu
Sumber kredit: maktabahalbakri.com
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Hijab Tidak Melayakkan Anda Mewakili Australia’ – Hawra Khalil Mahu Ubah Stereotaip Terhadap Wanita Muslim
Berhijab tidak menghalang seorang wanita untuk berjaya dalam apa jua lapangan kehidupan. Pilihan yang dilakukan asal membawa kebaikan kepada diri seharusnya diraikan dengan positif.
Merupakan gadis muslim berhijab kedua yang menyertai pertandingan ratu cantik berprestij ini, Hawra menganggap peluang untuk menjadi salah seorang peserta sebagai peluang untuk membuktikan yang hijab tidak menghalang dan apa sahaja pilihan tatacara pemakaian seseorang harus diraikan dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Terbaru dalam satu hantaran di Instagram, gadis yang mewakili negeri Victoria ini berkata sejak menyertai pertandingan ini pelbagai reaksi yang dia terima, baik yang menyokong dan yang menentang penyertaannya dalam pertandingan ini. Dia mahu mendidik mereka yang merasakan bahawa hijab yang dipakainya sebagai wanita Muslim tidak seharusnya ‘melayakkan’ dirinya dari mewakili negara kanggaru itu di pentas dunia.
Katanya, “Dengan bikini atau burkini, seseorang harus memiliki kebebasan untuk berpakaian dengan apa saja pakaian yang mereka inginkan tanpa menjadi alasan yang menyekat berpotensi menjadi pemimpin untuk menunjukkan impak baik atau mencetuskan perubahan.
“Ya ibu bapa saya berhijrah dari Iraq, Ya saya dilahirkan di sebuah kem pelarian di padang pasir Saudia Arabia. Namun Australia adalah negara yang memberi keluarga saya rumah yang selamat dan tanpa menghiraukan perjuangan perkauman dan diskriminasi yang masih saya hadapi.
“Saya dengan bangga dan bersyukur sebagai seorang hijabi Australia yang mewakili Victoria, Australia yang telah melangkaui stereotaip dan memberi saya peluang ini. Tidak kira apa jua hasilnya, saya akan terus teguh dengan pendirian saya dan semoga ia menjadi inspirasi untuk anda juga berbuat demikian.”
Sumber & Gambar: Instagram Hawra Khalil
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pamer Adegan ‘Panas’ Dalam Video Promosi, Ustazah Asma’ Harun Nasihat Penggiat Seni Tempatan
Tular perkongsian trailer video filem ‘PULAU’ yang mempamerkan sedikit babak lucah sehingga mencetuskan diskusi di rata-rata sosial media.
Ekoran hal itu, pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun mengutarakan pendapatnya tentang filem tersebut. Tambahan lagi, cara promosi mereka juga kurang sesuai untuk umum.
Filem Seram Atau Sebaliknya?
Ustazah Asma’ Harun membuat hantaran di Instagram dengan menasihati cara mereka promosi dan elemen yang digunakan. TKatanya juga, penerapan budaya asing juga tidak menghormati masyarakat di Malaysia.
“Sungguh, saya runsing memikirkan tentang trailer filem Pulau yang secara terang-terangan mempromosikan babak ‘soft porn’ dan mempamerkan nilai budaya barat dan langsung tidak menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia,
“Ia jelas menunjukkan filem ini berselindung di sebalik genre seram tetapi mempromosikan babak-babak panas yang memualkan.” katanya.
Artikel berkaitan: “…Temukanlah Di Mana-Mana Dengan Kak Ifa, Saya Nak Settle…” — Di Takdir Pertemuan Ifa Raziah Dan Ustazah Asma’ Harun
Pendakwah bebas itu juga memberikan nasihat serta beberapa hadis Nabi yang menolak perbuatan sedemikian. Ini juga satu peringatan buat penggiat seni lebih peka apabila berkarya, terutama sekali menjaga sensitiviti budaya dan agama dalam kalangan masyarakat.
“Perlu diketahui menonton atau melakonkan watak yang berunsur lucah adalah haram dan ia tergolong dalam sesuatu yang dikeji dan tercela, sama ada yang ringan atau berat,
Rasulullah SAW bersabda:
لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلَا اللَّعَّانِ وَلَا الْفَاحِشِ وَلَا الْبَذِيءِ
Maksudnya: “Seseorang yang beriman itu bukanlah daripada golongan yang suka mengaibkan orang lain, bukan daripada golongan yang melaknat orang lain, bukan daripada golongan yang suka mencarut, dan bukan juga daripada golongan yang suka berkata-kata keji dan buruk.” (HR Tirmidzi, hadis sahih)
“Bukan semudah itu kita hanya pejam mata, tolong lihat sudut pandang yang lebih luas kerana industri filem ini di tonton oleh semua lapisan masyarakat,
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI