Apabila mendapat panggilan temuduga pastinya menggembirakan hati. Namun perasaan berdebar-debar pasti datang menerjah bila sampai hari temuduga. Sebenarnya perasaan gemuruh itu adalah satu perkara yang normal bagi setiap orang. ia bergantung bagaimana seseorang ‘menguruskan’ perasaan tersebut.
Apa yang boleh dilakukan bagi mengurangkan rasa gemuruh itu ialah dengan mengamalkan doa sebelum masuk bilik temuduga. Banyakkan juga selawat ke atas Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW untuk menghilangkan darah gemuruh.
Ads
Ini doa yang boleh diamalkan bagi menghilangkan darah gemuruh. Baca sebelum memasuki bilik temuduga.
Ads
Ads
Selepas selesai temuduga dan sementara menunggu keputusan temuduga, banyakkan solat hajat, berdoa dan bertawakal. Jika keputusannya tidak seperti yang kita harapkan janganlah berputus asa. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Sesunggahnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Firdaus Wong atau lebih dikenali dengan panggilan Bro Firdaus cukup sinonim dengan dakwah jalanan. Dia yang dahulunya penganut agama Buddha namun selepas memeluk agama Islam, Bro Firdaus aktif menyampaikan dakwah.
Perbezaan agama antara dirinya dan keluarga tidak menjadikan hubungan kekeluargaan menjadi hambar. Buktinya hubungan Bro Firdaus dengan keluarga terutama kedua ibu bapanya tetap akrab.
Namun hari ini merupakan hari yang cukup indah buat beliau apabila ibunya mengikuti jejak langkah beliau memeluk agama Islam.
Ini bukan syahadah pertama yang saya kendalikan tetapi ini adalah syahadah yang saya paling nervous dan sebak kerana yang mengucap syahadah adalah ini saya sendiri.
TAK TAHAN AIRMATA
Alhamdulilah. Saya tidak dapat menahan airmata saya seusai ibu saya mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluknya.
Jazakumullahu Khairan kepada sahabat yang sering menyokong dan mendoakan kami. Teruskan sokongan dan doa anda. Berharap selepas ini ayah, kakak, abang, anak saudara, keluarga mertua saya juga dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Allahuma Ameen.
Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Doakan kita semua istiqomah di dalam Islam dan mati sebagai Muslim. Allahuma Ameen.
Berhibur tiada salahnya, kerana hiburan itu indah. Hanya apabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah.
Fitrah untuk hati, jiwa, perasan dan akal untuk berehat daripada keletihan dan kelesuan adalah melalui hiburan. Islam punya jalan yang cukup praktikal dalam memberi kerehatan kepada elemen dalaman ini. Justeru, ajaran Islam telah menetapkan konsep hiburan yang sebenarnya. Sesungguh, Islam itu bukan sekadar mendorong malah mengatur umatnya walaupun untuk menikmati hiburan.
Menerusi dua dimensi hiburan ini, hiburan asasi akan memberi ketenangan dan keteguhan hati apabila menikmatinya. Ini adalah hiburan yang diperolehi menerusi iman yang membawa kepada aman.
Solat juga hiburan asasi sepertimana sabda Rasulullah SAW mafhumnya “Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat”. (Riwayat Ahmad). Ini bermakna solat juga satu bentuk kerehatan sekaligus menjadi satu hiburan yang hakiki dan sejati.
Mengenang Rasulullah SAW seterusnya berselawat kepada baginda juga termasuk di dalam hiburan asasi ini. Ia diperintahkan oleh Allah SWT dan lebih daripada itu selawat juga di lakukan oleh Allah SWT dan para malaikat.
Selain itu, membaca al-Quran merupakan satu lagi bentuk hiburan asasi. Menerusi membaca al-Quran kita mendengar kata-kata Allah secara terus kepada kita. Bayangkan jika meletakkan Allah sebagai kecintaan dan kekasih serta al-Quran sebagai warkah cinta pasti kebahagiaan dan kedamaian hadir dalam jiwa.
Begitu juga isteri solehah; berjauhan membawa rindu dan cinta, hampir dengannya dibelai dan disuntik kekuatan, nasihat dan peringatan. Menjadi hiburan buat suami. Dan begitu juga sebaliknya, suami yang soleh adalah hiburan buat wanita. Tidak ketinggalan anak-anak yang soleh menjadi penyejuk mata menghiburkan di dunia lebih dari itu menggembirakan di akhirat.
Hiburan asasi juga boleh diperolehi melalui sifat-sifat mahmudah yang dimiliki termasuk sabar, reda dan pemaaf. Dengan memiliki sifat-sifat ini jiwa akan tenang dan secara automatik hati akan terhibur dengan hiburan yang hadir dari dalam diri sendiri.
Seterusnya adalah hiburan sampingan. Ia adalah hiburan yang bertindak sebagai penggalak, pemangkin, pendorong dan pembawa kepada hiburan asasi. Ia penting sebagai medium mempromosi atau pengiklan hiburan asasi dan abadi.
Menerusi industri hiburan yang menyajikan lagu-lagu bermesej positif secara tidak langsung membawa kepada penambahbaikan iman, menyubur sifat mahmudah.
Konsert Hous Boom pada 10 November depan di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) bermula jam 4.00 petang hingga 10.00 malam.
Memberi masa selama 45 minit berhenti rehat untuk mereka yang dating menyaksikan konsert ini solat dan berehat. Satu pujian di beri kepada pihak penganjur yang mementingkan ibadah walaupun semasa berlibur.
Turut sama terlibat di dalam konsert yang bermula jam 4.00 petang itu nanti ialah Hujan, Gerhana Ska Cinta, K-Clique, Pop Shuvit dan Budak Nakal Hujung Simpang di samping Ratu Rock Negara, Ella.
Mengambil tempat di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) tiket jualan konsert berkenaan hanya boleh dilakukan menerusi aplikasi TicketApps bermula Jumaat, 18 Oktober depan. Jualan tiket bermula dari RM30 (Early Bird), RM60 (Pintu Masuk) dan RM100 (RockZone).
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak dinafikan jodoh itu rahsia Allah. Namun sebagai hamba-Nya kita boleh memohon pada Allah agar dikurniakan jodoh yang baik dan boleh membimbing kita hingga ke jannah. Seperti perkongsian Prof Muhaya yang mengingatkan supaya mencari calon suami yang menjaga solatnya untuk dijadikan sebagai Imam kita.
Menurutnya melalui posting di laman instagram, Prof Muhaya memberitahu sia-sia bagi seorang lelaki yang bergelar suami dan ayah sekiranya tidak bersolat kerana tidak boleh membimbing keluarga ke syurga.
“Pada semua yang tidak solat, sila bertaubat kerana anda sepatutnya membawa anak isteri ke syurga. Suami yang tiada niat bawa anak isteri ke syurga, maka hidupnya akan sia-sia,” ujarnya.
Tambahnya lagi beliau turut mengingatkan wanita agar elakkan dari mencari lelaki yang malas dan hanya mahu mencari isteri yang berkerjaya dan rajin berdikari.
Lelaki jenis ini dibimbangi malas menjalankan tanggung jawab dan sekaligus tidak memberi nafkah sepatutnya pada isteri.
Perkongsian ini turut mendapat respon positif dari followernya. Masing-masing bersetuju apa yang dipesan oleh pakar motivasi ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.