Sebagai hamba, doa merupakan cara untuk berkomunikasi dengan sang pencipta. Doa juga merupakan senjata utama buat orang mukmin. Pernahkah anda terasa ingin putus asa apabila kerap berdoa tetapi tidak dikabulkan? Jangan risau, ini ada penyelesaiannya!
Sebagai manusia biasa, sifat mudah putus asa itu perlu dijauhkan kerana ianya menunjukkan anda ini seorang yang tidak sabar. Jika anda inginkan sesuatu, usaha itu paling penting. Selain itu, sabar dan bermuhasabah adalah perkara yang patut anda lakukan. Jangan sesekali befikir bahawa doa anda tidak diterima.
Jangan putus asa dahulu, pastikan anda selidik di mana kekurangan yang kita tidak sedar kita lakukan semasa berdoa. Melalui perkongsian di Facebook Khairul Hakimin tentang kuliah subuh yang menyatakan tentang doa lambat makbul adalah beberapa sebab iaitu:
1. Tidak bermula dengan memuji Allah.
Perkara utama yang anda perlu ingat adalah doa adab berdoa perlu mula dengan memuji Allah SWT sebelum meminta sebarang hajat yang diinginkan. Berdasarkan riwayat Abu Hurairah R.A berkata Rasulullah SAW menceritakan tentang bacaan Al-Fatihah di dalam solat. Allah telah membahagikan solat kepada dua bahagian. Untuk diri-Nya dan untuk para hambaNya.
Maka jelas dalam surah al-Fatihah terdapat 5 pujian terhadap Allah SWT. Jadi anda boleh mencuba untuk memulakan dengan pujian sebegitu.
Artikel Berkaitan:
2. Terlalu fokus pada diri sendiri.
Kadang-kadang kita terlampau fokus pada diri sendiri sampai lupa untuk berdoa pada ibu bapa, mertua, adik beradik, keluarga dan sahabat terdekat. Tahukah anda, jika doa anda minta itu tanpa pengetahuan individu tersebut ianya adalah mustajab. Kerana Rasulullah juga bersabda bahawa malaikat yang diutus oleh Allah setiap kali seseorang itu mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik dan malaikat akan amin kan doa tersebut dan anda akan beroleh manfaat yang sama. (Riwayat Muslim)
Malah, dalam riwayat lain juga berkata, Allah akan makbulkan doa anda sekiranya doa itu secara ghaib di mana dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
3. Tidak berselawat semasa berdoa
Ramai antara ketika selepas habis sahaja solat pasti ingin menghabiskan dengan sepantas mungkin. Jika anda di dalam keadaan terburu-buru maka doa itu pun sukar untuk makbul. Jangan membaca doa dengan secara terburu-buru kerana anda sendiri tidak tahu apa yang diinginkan. Seeloknya, anda mengambil masa untuk berdoa dan meluahkan apa yang anda rasai dan apa yang anda inginkan. Tidak menjadi masalah untuk anda mengambil masa.
4. Tergesa-gesa
Selalunya, orang yang tergesa-gesa yang ingin doanya dikabulkan adalah orang yang mudah sangat berputus asa dengan enggan berdoa kembali. Sebagai hamba kita selalu lupa dan ingin tergesa-gesa. Oleh kerana itulah, orang yang tergesa-gesa ini selalu merasakan doanya tidak dikabulkan dan mudah sangat untuk mereka berputus asa lalu malas untuk berdoa lagi.
5. Tidak merendah diri
Ramai antara kita yang berdoa tetapi tidak ramai jiwanya merasakan rendah diri. Tidak penuh tunduk dan juga khusyuk kepada Allah. Oleh itu, jika kita mempunyai sikap beradab, pasti doa yang diminta penuh dengan merendah diri, khusyuk dan penuh dengan pengharapan kepada Allah SWT. Maka dengan itu, kita bakal menghampiri pintu kemakbulan.
6. Merasakan diri mulia
Menurut Imam al-Hasan al-Basri rahimahullah berkata: “Mereka (orang-orang soleh) dahulu berdoa dengan bersungguh-sungguh, terdengar hanyalah suara perlahan/lembut,”
Ada manusia yang selalu merasakan dirinya mulia. Di mana, mereka memikirkan dia akan mendapat apa sahaja. Apa yang perlu dilakukan adalah, rendahkan diri serendah-rendahnya semasa meminta doa. Sama seperti Tadharru’ yang bermaksud merendahkan diri dan tunduk taat. Manakala, Khufyah pula adalah berdoa tidak terangan-terangan dengan suara yang lembut (Rayuan yang penuh dengan pengharapan)
7. Susunan dan tertib doa
Jika anda berdoa pastikan untuk susun doa anda terdahulu. Ini kerana akan memudahkan proses doa anda. Bermula dengan solat dan diikuti dengan zikir, istighfar, zikir memuji Allah, membaca surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan akhir sekali berdoa.
8. Tidak mengamalkan kebersihan
Ramai yang mengambil remeh soal kebersihan. Jika anda tidak bersihkan ruang solat dan menganggap ia bersih salah ya. Sekali sekala, anda boleh membersihkan sejadah, kemas, tepuk dan vacuum. Sama juga seperti telekung, kopiah. Jangan biar lama-lama. Paling-paling 3 ke 5 hari perlu basuh ya!
9. Mendahulukan yang wajib
Sentiasa mengamalkan dan mengutamakan yang wajib. Bermula dengan solat dahulu baru berdoa. Jika ada kesilapan, minta maaf dahulu baru berdoa dan taubat dahulu sebelum meminta-minta.
Kesimpulannya, berdoalah jika kita menginginkan sesuatu itu. Akan tetapi, belajarlah bersabar untuk doa dimakbulkan. Kadang-kadang doa itu tidak dimakbulkan bukan kerana Allah tidak mendengar tetapi ianya tidak baik buat kita. Selain itu, mungkin doa itu akan dimakbulkan tetapi lambat sedikit. Maka, janganlah anda berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimakbulkan atau dimustajabkan.
Sumber: Facebook Khairul Hakimin Muhammad
Artikel Berkaitan: Orang Yang Meninggalkan Solat Adakah Amalan Baiknya Yang Lain Tidak Diterima Allah SWT
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://www.youtube.com/watch?v=PgE-FVaFR3w&list=PLwTVJflD5bmEfl5dvN8Y8DfarjYGHwZGI&index=16
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI