Pada 7 Mac bersamaan 14 syaban malam di mana yang di panggil Nisfu Syaban. Luangkan masa kita bersama keluarga dengan menghayati malam nisfu syaban agar segala hajat dimakbulkan.
Nisfu syaaban bermaksud separuh daripada Bulan Syaban, iaitu pada malam ke-15. Malam Nisfu Syaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Malam Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Doa Dimakbulkan Antara Keistimewaan
Banyak kelebihan malam nisfu syaban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.
Berikut adalah beberapa hadis yang menceritakan kelebihan malam nisfu syaban yang dipetik dari laman Mufti Wilayah Persekutuan
Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhlk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 1380] Imam al-Zahabi mengatakan hadith ini dhaif disebabkan terdapat pada sanadnya Ibn Lahi’ah. [Lihat: Talkhis al-‘ilal al-Mutanihiyah, 184]
Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkansebanyak bilangan bulu kambing pengawal”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 670] Al-‘Aini mengatakan hukum hadith ini adalah munqathi’. [Lihat: ‘Umdah al-Qari, 11:116]
3. Daripada Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan hamba-Nya kecuali dua (golongan) iaitu orang yang bermusuhan dan orang yang membunuh diri”. [Syu’ab al-Iman, no. Hadith 3551] Ibn Jauzi mengatakan bahawa hukum hadith ini adalah tidak sahih. [Lihat: al-‘Ilal al-Mutanihiyah, 2:560]
4. Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Riwayat Ahmad, no. Hadith 6353] Ibn Hajar mengatakan sanadnya layyin (salah satu daripada ciri hadith dhaif). [Lihat: al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair, 2:43] Manakala Ahmad Syakir mengatakan sanadnya adalah sahih [Lihat: Musnad Ahmad, 10:127]
5. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Apabial tiba malam nisfu Sya’ban, Allah SWT mengampunkan hamba-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 5665]
Ads
Amalan Pada Malam Nisfu Syaban
Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah untuk diamalkan pada malam nisfu SyaTetapi dalam masa yang sama, kita hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-banyaknya.
Berikut adalah amalan-amalan yang menjadi tradisi masyarakat Islam di Nusantara:
Solat Sunat Nisfu Syaban
Solat sunat Nisfu Syaaban adalah termasuk dalam solat sunat mutlak, yang dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban. Ia boleh didirikan selepas mengerjakan Solat Maghrib, Isyak atau bersama solat-solat sunat qiamullail.
Sesungguhnya Malam Nisfu Syaaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dan mohon diubah segala yang tercatat dikitab Azali kearah positif bagi menginsafi dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Teruskan solat sehingga selesai. Selepas memberi salam, bacalah surah Yasin 3 kali.
Membaca Surah Yasin Sebanyak 3 Kali
Selepas selesai melakukan solat sunat, bacalah surah Yasin tiga kali. Sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, lakukannya selepas solat Isyak dengan niat supaya:
Allah memanjangkan umur serta dapat beribadat
Menambah rezeki
Ditetapkan dan meningkatkan iman.
Doa Nisfu Syaban
Selepas selesai membaca Yasin, bacalah doa nisfu syaban.Antara doa malam nisfu syaban yang boleh dibaca adalah seperti berikut:
Ads
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas Muhammad dan sekalian keluarganya serta sahabat baginda.
Ya Allah pemilik (semuanya) baik anugerah dan yang tidak dianugerahi, wahai yang memiliki kebesaran dan kemulian, wahai yang memiliki kurnia dan kenikmatan, tiada Tuhan kecuali Engkau. Engkaulah tempat berlindung,tempat memohon pertolongan dan pengaman bagi orang yang ketakutan.
Ya Allah, jika Engkau telah menulis di dalam Ummul Kitab nasib kami sebagai orang yang sengsara, atau yang diharamkan mendapatkan kenikmatan, atau yang ditolak, atau yang disempitkan rezekinya, maka demi kemuliaan-Mu ya Allah, hapuskanlah kesengsaraan kami, keterhalangan kami dari nikmat, ketertolakan dan kesempitan rezeki kami.
Dan tetapkanlah di dalam Ummul Kitab yang ada di sisi-Mu, kami sebagai orang yang bahagia, mendapat rezeki, mendapat taufik untuk melakukan kebaikan. Sesungguhnya Engkau telah berfirman dengan firmanMu yang hak di dalam kitab-Mu yang diturunkan kepada Nabi utusanMu, “Allah (berkuasa untuk) menghapus dan menetap yang dikehendakiNya dan di sisiNya Ummul Kitab.”
Ya Allah, dengan tajalli-Mu yang Maha Agung pada malam nisfu syaban yang mulia ini, yang di dalamnya dipisahkan dan dikukuhkan seluruh persoalan penting, kami mohon agar dihindarkan dari malapetaka yang kami ketahui ataupun yang tidak kami ketahui dan Engkau Maha Mengetahui, sesungguhnya Engkau Maha Pemurah dan Maha Mulia.
Semoga salam dan sejahtera dilimpahkan kepada Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Segala puji bagiMu ya Allah, Tuhan pemelihara Alam.
Hidupkan malam Nisfu Syaban dengan ibadah
Berikut adalah beberapa pendapat ulama’ berkaitan malam nisfu Sya’ban:
Telah berkata Imam al-Syafie RA:
Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam jumaat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab, dan malam nisfu Sya’ban”.
Ads
— Lihat: al-Um, 1:264
Ibnu Rajab RA mengatakan:
Berkaitan malam nisfu Sya’ban, pada zaman dahulu para tabi’in daripada penduduk al-Syam, seperti Khalid bin Ma’dan, Makhul, Luqman bin Amir, dan beberapa para tabi’in yang lain memuliakannya (malam tersebut) dan mereka bersungguh-sungguh beribadah pada malam itu”.
— Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 247
Oleh itu, hidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti solat sunat tasbih, baca al-Quran, berzikir, selawat, dan berdoa dengan niat:
Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.
Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.
Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.
Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.
Pendapat Ulama
Kesemua amalan ini tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah yang mesti dibuat dalam bentuk tuntutan kerana kesemua amalan ini adalah bersifat umum. Terpulanglah kepada kita yang mana dirasakan lebih baik
Walau bagaimana pun, jangan diiktikadkan bahawa malam tertentu sahaja dianjurkan beramal seperti membaca al-Quran dan sebagainya, tetapi boleh dibuat pada bila-bila masa dan tidak semestinya dibaca Yasin 3 kali.
Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim..
Jika Engkau takdirkan panjang usiaku
Tetapkanlah aku di jalanMu
Agar aku istiqamah menjejaki keredhaanMu
Teguh menjalankan perintahMu,tunduk pada ketentuanMu.
Jadikanlah diri ini orang yang selalu menjauhi laranganMu.
Hujung minggu ini pastinya anda akan meluangkan banyak masa dengan melakukan pelbagai aktiviti. Sebagai pembuka hari anda, anda disarankan untuk mulakan dengan melakukan senaman kardio ini. Mudah sahaja sis, buat sahaja di rumah.
Senaman kardio adalah apa sahaja jenis senaman yang akan menyebabkan jantung anda berdegup dengan sangat laju. Perkataan kardio adalah singkatan daripada ‘kardiovaskular’ yang bermaksud jantung. Ia memberikan memberikan kesan positif kepada seluruh tubuh badan anda terutamanya jantung. Tambahan itu, senaman ini juga mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih efisien dan membuatkan anda tidak mudah mengah apabila melakukan aktiviti yang memerlukan tahap kecergasan yang tinggi.
Senaman kardio ini juga adalah senaman yang mudah dan boleh dilakukan tanpa alat senaman. Jom, kosongkan masa dan ruang di ruang tamu dan bersiaplah untuk berpeluh sis. Pergerakan yang telah diperincikan di bawah ini dapat disesuaikan untuk latihan pemula, jadi ianya sangatlah senang dan mudah.
Sejak daripada zaman sekolah lagi kita dah terbiasa melakukan senaman lompat bintang ni. Senaman ini merupakan senaman yang mudah untuk dilakukan. Senaman lompat bintang ini turut dikenali sebagai jumping jacks. Senaman jenis ini meningkatkan kadar denyutan jantung dan melibatkan pergerakan seluruh anggota badan anda.
Cara melakukannya: Berdiri dengan tangan disisi, bengkokkan lutut anda sedikit kemudian lompat dan buka kaki lebih besar daripada lebar bahu anda. Pastikan tangan diangkat melebihi kepala. Setelah itu, kembali ke posisi awal dan anda boleh lakukannya secara berulang.
2. High Knees
Senaman kardio yang satu ini mudah dah tidak memakan ruang yang banyak.
Cara melakukannya: Berdiri tegak dengan tangan di sisi, kemudian angkat sebelah kaki anda ke arah dada, turunkan kaki tersebut dan ulang dengan kaki sebelah lagi. Teruskan pergerakan tersebut secara berselang-seli dan ayunkan tangan anda untuk mengimbangi pergerakan tersebut. Yang paling penting, pastikan badan anda tidak membongkok semasa mengangkat kaki.
3.Butt kicks
Senaman ini berbeza dengan high knees. High knes adalah ketika anda mengangkat lutut anda ke atas, butt kicks pula ialah apabila anda mengangkat tumit ke arah punggung anda.
Cara melakukannya: Anda perlulah berdiri tegak dengan tangan di sisi,angkat sebelah kaki anda dengan tumit mengarah ke punggung, kemudian turunkan kaki tersebut dan ulang dengan kaki sebelah lagi. Seterusnya, ulang senaman tersebut dengan bersilih ganti antara kedua kaki anda.
4. Mencangkung
Senaman ini melibatkan otot bahagian bawah badan iaitu bahagian pinggang ke bawah.
Cara melakukannya: Mulakan dengan membuka kaki anda selari dengan kelebaran bahu, bengkokkan lutut dan turun sehingga ke posisi mencangkung ataupun bertinggung. Depakan tangan anda ke hadapan untuk mengimbangi badan anda dan condongkan badan anda sedikit kehadapan.
5. Lunges dan reverse lunges
Senaman ini baik untuk otot kaki dan jantung anda.
Cara lakukannya: Mulakan dengan berdiri tegak dengan kaki berada selari dengan paras bahu. Bengkokkan kedua-dua lutut anda pada sudut 90 darjah dengan sebelah kaki dimajukan ke hadapan. Ulang pergerakan tersebut dengan memajukan kaki sebelah lagi dan ulang pergerakan tersebut. Untuk reverse lunges, anda perlu menggerakkan kaki ke belakang dan kedua-dua lutut perlu dibengkokkan pada sudut 90 darjah.
6. Tumbukan (punches)
Senaman jenis ini bagus untuk bahagian atas badan terutamanya otot lengan dan jantung.
Cara lakukannya: Senaman ini hanya memerlukan anda untuk menumbuk ke hadapan seperti seorang petinju. Kalau nak dapatkan ‘feel‘ tu lagi, anda boleh lah memakai karung tinju.
7. Lateral shuffles
Senaman ini baik untuk keluasan kaki selari dengan pinggul. Lutut dan pinggang perlulah sedikit bengkok, kemudian condongkan badan sedikit ke hadapan. Angkat kaki kanan, tolak kaki kiri anda dan bergerak ke kanan sambil mengekalkan bentuk badan anda. Letakkan kaki anda bersama-sama dan menyeret ke kanan. Ulangi langkah yang sama ke sisi kiri pula.
8. Berjoging setempat
Senaman ini memerlukan ruang yang luas dan baik untuk meningkatkan kadar denyutan jantung.
Cara melakukannya: Lantunkan dengan ringan satu kaki ke satu kaki yang lain. Pada masa yang sama hayunkan tangan anda dari sisi ke sisi.
9. Arm circles
Senaman ini paling mudah dilakukan kerana ia boleh dilakukan secara berdiri atau duduk.
Cara melakukannya: Putarkan kedua-dua belah tangan dalam pergerakan bulatan mengikut arah putaran jam dan arah lawan jam. Sekiranya anda tidak dapat membuat pergerakan bulatan yang besar, anda boleh mendepakan tangan dan melakukan pergerakan bulatan yang kecil.
Anda semua bolehlah lakukan senaman diatas dengan kerap di rumah. Sambil-sambil tengah dengar lagu atau tonton filem tu, boleh lah bersenam. Untuk pengetahuan anda, senaman kardio yang kerap dan konsisten ini dapat membantu anda mengurangkan berat badan, meningkatkan metabolisme, mengurangkan risiko penyakit kronik serta mendapatkan tidur yang baik tau. Orang kata badan sihat, otak cerdas.
Jeans telah menjadi bahagian penting dalam almari pakaian anda untuk masa yang lama. Tetapi masih agak sukar untuk memilih seluar jeans yang sempurna.
Salah pilih akan memburukkan gaya penampilan anda, dan pastinya tampak tak selesa sepanjang hari malah wang lebur begitu sahaja. Artikel ini akan membantu anda cara memilih jeans yang sesuai mengikut jenis bentuk badan anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bentuk badan epal
Selalunya, wanita dengan bentuk badan ini mempunyai pinggul yang sempit dan kaki yang langsing tetapi badan yang besar dan pinggang yang tidak jelas.
Untuk mengimbangi perkadaran ini, ingat peraturan berikut:
Pilih seluar jeans dengan ukuran rata agar tidak menarik perhatian tambahan pada perut.
Anda boleh memakai jeans lurus, boyfriend jeans, potongan ‘slim’ dan bootcut.
Adalah lebih baik untuk tidak memakai seluar jeans dengan pinggang tinggi atau rendah. Yang pertama menarik perhatian ke perut dan yang kedua akan membuat “muffin atas” di pinggang.
Jangan pakai seluar jeans dengan elemen hiasan berhampiran pinggang. Pilih model ringkas tanpa sebarang hiasan di bahagian atas dan jangan gunakan tali pinggang terang dengan gesper besar.
Badan jenis ini tidak memerlukan sebarang pelarasan visual. Untuk memastikan perkadaran seimbang, pilih model yang menarik perhatian pada pinggang.
Anda boleh memakai:
Seluar jeans lurus dengan pinggang tinggi, model flare, bootcut dan skinny jeans. Berhati-hati dengan seluar jeans berpinggang rendah. Ia boleh membuat bahagian atas badan kelihatan lebih panjang dan membuat kaki kelihatan lebih pendek. Seluar jeans longgar mungkin bukan sahaja menyembunyikan badan yang cantik tetapi juga memesongkan perkadaran, jadi lebih baik untuk mengelakkannya.
Bentuk badan pear
Pekerjaan yang paling penting untuk wanita dengan jenis badan ini adalah untuk menarik perhatian dari bahagian bawah badan yang besar.
Beri perhatian kepada perkara berikut:
Pilih seluar jeans berpinggang tinggi untuk menarik perhatian pada bahagian atas badan.
Pakai seluar jeans gelap. Bahan pemantul cahaya dan warna terang boleh menjadikan bahagian bawah kelihatan lebih besar dan menyerlahkan garisan antara bahagian atas dan bawah badan.
Suar cahaya dari pinggul boleh menyerlahkan garis pinggul yang cantik dan mengimbangi siluet. Seluar jeans lurus dengan garis menegak menjadikan kaki kelihatan lebih langsing.
Anda boleh memakai seluar jeans flared, straight, bootcut dan skinny jika tidak takut untuk menyerlahkan kecantikan kaki anda.
Jangan pakai model dengan poket yang boleh dilihat di bahagian belakang atau depan, atau seluar jeans dengan tali pinggang di pinggul.
Bentuk badan segitiga terbalik
Wanita dengan jenis badan segi tiga terbalik mempunyai bahu yang lebar, pinggul yang sempit dan garis pinggang yang tidak jelas. Untuk mengimbangi bentuknya, lebih baik untuk meningkatkan kelantangan di bahagian bawah badan.
Beri perhatian kepada perkara berikut:
Pilih seluar jeans yang ringan. Ia akan membuat bahagian bawah kelihatan lebih besar.
Model dengan poket besar dan elemen hiasan untuk menarik perhatian pada pinggul sesuai dengan bentuk badan ini.
Anda boleh memakai hampir semua model, tetapi flared, boyfriend, straight, dan kulot adalah jenis yang terbaik untuk anda.
Bentuk badan segi empat tepat
Wanita dengan jenis badan segi empat tepat perlu mengecilkan pinggang secara visual.
Anda boleh memakai:
Seluar jeans bertingkat tinggi
Potongan lurus, seluar jeans kurus dan model yang meleret dari pinggul sangat padan dengan anda. Juga boleh memakai seluar jeans kaki lebar dan seluar jeans boyfriend untuk menambah kelantangan pada pinggul anda.
SUMBER: BRIGHTSIDE
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kaum wanita memang digalakkan untuk menjaga kecantikan wajah. Tetapi perlu berhati-hati kerana jika tersalah pilih atau beli akan menyebabkan masalah kulit.
Admin sarankan kita gunakan produk yang dibuat sendiri menggunakan bahan alami. Confirm selamat, halal dan juga murah. Bajet tak sampai RM10 tapi hasilnya kulit jadi glowing, awet muda dan PINKISH.
Perkongsian dari pengguna laman sosial facebook, Zana Mokhtar yang berkongsi petua untuk mendapat kulit putih bersih dan paling penting jadi pinkish.
Tak perlu habis ratusan ringgit untuk membeli beli produk mahal kerana bajet mampu milik ini juga dapat menghasilkan kecantikan seperti yang kita inginkan.
Korang Kekna nak kongsi rahsia Kekna sendiri untuk kulit putih bersih pinkish dengan homemade semulajadi jurr.
Korang konsistenkan hasil dia kan cantikkk wehh kulitt korang. Kekna amalkan setiap kali sebelum tidur.
Model utama yang korang wajib ada.
Susu rendah lemak
1 inci kunyit di tumbuk kasar
3 Biji Badam di tumbuk kasar
2 Sudu Madu
Cara dia mudah yakmatt korang nak buat ni taw.
Pertama sekali korang panaskan jurr susu. Lepas tu masukkan kunyit. Kacau perlahan lahan dan masukkan badam.
Tuang susu dalam gelas, masukkan madu. Kacau kacaukan dan boleh la minum susu yang sedap ni wehh sangad.
Dah dapat rahsia Kekna kan. Korang jangan lupa tekan #SHARE hokey. Untuk sama sama dapat manfaat dengan kengkawan yang lain dapat kulit cantikk giteww.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...