Bagi yang sering melayari alam maya atau digital, pastinya mengenali figura personaliti media sosial yang cukup popular ini. Walaupun bukan bertaraf selebriti, namun setiap posting yang dimuat turut pasti mendapat perhatian netizen. Apatah lagi kemuliaan dirinya yang menjaga adiknya yang mengalami sindrom down.
Jika sebelum ini, Bengah atau nama di akaun Instagram @makhlokmacho yang sudah berkahwin memang ingin melihatisterinya yang dipanggil Cik Bunge berhijab. Malah pernah memberi hint dengan melukis gambar ilustrasi Cik Bunge berhijab.
Memang niatnya mahu melihat isterinya tu berhijab bagi memenuhi tuntutan sebagai wanita Muslimah. Setiap kali dalam muat turun posting, memang dia akan mendoakan supaya isterinya itu berhijab.
Dan akhirnya doanya itu dimakbulkan Tuhan. Sebelum ini ada posting melihat penampilan Cik Bunge yang sudah berhijab tetapi tiada apa-apa kenyataan rasmi. Tetapi pada 16 November lalu sempena hari jadi isterinya itu, secara rasminya Bengah memberitahu isteri tersayang, Cik Bunge sudah berhijab sepenuhnya.
Dalam posting berkenaan Bengah memberitahu sempena hari jadi isterinya itu yang jatuh pada hari Jumaat nan mulia dan terbuka hatinya untuk berhijab kerana Allah Maha Besar.
Menurutnya Cik Bunge berhijab bukan dari kata-kata orang atau desakan sesiapa tetapi dari doa yang tak pernah putus dari seorang suami. Bengah memberitahu dia sudah selalu doakan isterinya itu berhijab dan tak pernah putus meminta dari Allah.
Ternyata sejak berhijab, penampilan Cik Bunge juga semakin cantik dan jelita. Malah sekali pandang seperti seorang mualaf dari Korea yang baru memeluk agama Islam. Bukan sahaja Bengah mengagumi penampilan terbaru Cik Bunge, tetapi turut mendapat pujian dari netizen.
Artikel Berkaitan: Bengah Hari-hari Doa Isteri Berhijab
KREDIT FOTO: INSTAGRAM MAKHLOK MACHO