Bagi yang sering melayari alam maya atau digital, pastinya mengenali figura personaliti media sosial yang cukup popular ini. Walaupun bukan bertaraf selebriti, namun setiap posting yang dimuat turut pasti mendapat perhatian netizen. Apatah lagi kemuliaan dirinya yang menjaga adiknya yang mengalami sindrom down.
Jika sebelum ini, Bengah atau nama di akaun Instagram @makhlokmacho yang sudah berkahwin memang ingin melihatisterinya yang dipanggil Cik Bunge berhijab. Malah pernah memberi hint dengan melukis gambar ilustrasi Cik Bunge berhijab.
Memang niatnya mahu melihat isterinya tu berhijab bagi memenuhi tuntutan sebagai wanita Muslimah. Setiap kali dalam muat turun posting, memang dia akan mendoakan supaya isterinya itu berhijab.
Dan akhirnya doanya itu dimakbulkan Tuhan. Sebelum ini ada posting melihat penampilan Cik Bunge yang sudah berhijab tetapi tiada apa-apa kenyataan rasmi. Tetapi pada 16 November lalu sempena hari jadi isterinya itu, secara rasminya Bengah memberitahu isteri tersayang, Cik Bunge sudah berhijab sepenuhnya.
Dalam posting berkenaan Bengah memberitahu sempena hari jadi isterinya itu yang jatuh pada hari Jumaat nan mulia dan terbuka hatinya untuk berhijab kerana Allah Maha Besar.
Menurutnya Cik Bunge berhijab bukan dari kata-kata orang atau desakan sesiapa tetapi dari doa yang tak pernah putus dari seorang suami. Bengah memberitahu dia sudah selalu doakan isterinya itu berhijab dan tak pernah putus meminta dari Allah.
Ternyata sejak berhijab, penampilan Cik Bunge juga semakin cantik dan jelita. Malah sekali pandang seperti seorang mualaf dari Korea yang baru memeluk agama Islam. Bukan sahaja Bengah mengagumi penampilan terbaru Cik Bunge, tetapi turut mendapat pujian dari netizen.
Rata-rata memuji kecantikan Cik Bunge dan turut mendoakan yang baik-baik untuk pasangan ini.
Pakai tudung senget pun masih cantik
Subhanallah… cantik
Kekal istiqomah & bahagia till jannah
Ayuh kita lihat beberapa foto menarik OOTD Cik Bunge yang memang manis sekali tika mengenakan hijab.
#1. Manis bertudung
#2. Lawenya Cik Bunge
#3. Paling cantik
#4. Comelll Cik Bunge
#5. So sweet
Artikel Berkaitan: Bengah Hari-hari Doa Isteri Berhijab
KREDIT FOTO: INSTAGRAM MAKHLOK MACHO
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bella Yakin Emran Boleh Jadi Imam Yang Baik & Baru 4 Hari Kahwin Pasangan Ini Didoakan Agar Cepat Dapat Baby. Insya-Allah
Setelah sekian berteka-teki tentang hubungan mereka di mata umum, Jumaat lepas tepat jam 6.57 petang, sah sudah pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan, Laudya Cyhthia Bella, 29 tahun, bergelar isteri kepada Engku Emran, 42 tahun.
Hanya dengan sekali lafaz, mereka disatukan di sebuah hotel di ibu kota dan turut disaksikan oleh anak tunggal Engku Emran, Engku Aleesya. Dalam majlis itu Engku Emran menyerahkan wang mas kahwin RM300 juga lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang dari Bella.
A post shared by Nora Danish (@noradanish) on
Walaupun hanya dibuat secara tertutup tetapi ia turut dihadiri oleh sanak saudara dan teman-teman rapat kedua-duanya.
Terpancar seri kebahagiaan di wajah masing-masing kerana pertemuan kedua-duanya adalah dalam masa cukup singkat.
Kelihatan berseri sekali pengantin baru mengenakan busana putih di majlis pernikahan dan juga turut mengenakan pakaian tradisional Minangkabau untuk majlis sanding di sebelah malamnya.
A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on
Tidak sampai seminggu bergelar suami isteri, pasangan sama cantik sama padan ini selain dihujani ucapan tahniah, rakan-rakan baik juga turut mendoakan pasangan ini cepat dapat baby termasukkan bekas isteri Engku Emran, Erra Fazira.
Nampaknya ramai yang tak sabar untuk melihat zuriat hasil perkongsian dua hati ini yang berlainan negara tetapi serumpun. Pastinya akan mewarisi kecantikan ibu dan ayahnya kelak. Apa yang menyeronokkan Engku Aleesya pastinya nanti akan ada teman untuk bermain.
Bella dalam laman instagramnya turut memberitahu, dia begitu ikhlas dapat dipertemukan dengan Engku Emran dan hanya sekitar 5 bulan lalu. Mereka juga ketika itu hanya ada masa sebulan untuk membuat persiapan perkahwinan dengan izin Allah. Bella turut berterima kasih kepada Allah atas perjalanan yang cukup indah itu.
Mrs.Emran ? . . . Make up by my @andychunchun Photo by @mikaelaldo
A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on
Sebelum itu dalam post terdahulu Bella mengakui jatuh hati melihat cara Engku Emran yang dipanggil abang mencintai Allah, caranya mencintai Bella dan juga mencintai keluarganya.
Juga cara Engku Emran menyayangi Aleesya dan memang inilah ciri-ciri lelaki yang menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai Imamnya yang mampu memimpin dan melindungi dirinya kelak hingga ke syurga.
Posting Bella ini mendapat lebih 1 juta ‘like’ daripada pengikutnya dan rakan artis lain seperti Nora Danish dan juga Hafiz Hamidun.
A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on
Semoga keduanya dapat melayari fasa baru dalam kehidupan ini dengan penuh indah dan bahagia sekali dengan limpahan kasih sayang dan keberkatan dari Allah SWT. Insya-Allah.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NORA DANISH & LAUDYA CYNTHIA BELLA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bulu Mata Palsu Nampak Cantik Tapi Rupanya Berisiko. Ini Nasihat Untuk Pemula
Bulu mata palsu dapat mempercantik penampilan mata anda, tapi ada yang perlu diwaspadai darinya. Rupanya sebahagian individu mengalami iritasi terhadap pelekat pada bulu mata palsu.
Lentik atau tidaknya bulu mata sebenarnya tergantung kepada faktor genetik. Sebahagian individu, terutama wanita, merasakan bulu mata mereka tampak lebih lentik dan lebat dengan menggunakan bulu mata palsu. Namun jika tidak digunakan dengan tepat, benda yang seharusnya mempercantik ini justeru dapat memberi impak yang buruk.
Umumnya ada tiga jenis bulu mata palsu berdasarkan jangka waktu pemakaian dan kerumitan pemasangannya.
- Bulu mata palsu sementara atau temporary. Berbentuk strip yang ditampal di kelopak mata menggunakan gam khusus. Bulu mata palsu jenis ini boleh dicabut dengan remover untuk mata dan dapat digunakan kembali asal dibersihkan dan disimpan dengan betul.
- Bulu mata palsu semi permanen. Biasanya berbentuk ikatan-ikatan kecil yang mana satu ikat terdiri dari 4 helai bulu mata palsu. Ikatan bulu mata ini ditampalkan ke akar bulu mata asli menggunakan gam semi permanen. Bulu mata palsu ini boleh ditanggalkan menggunakan gam penghilang (remover) khusus setelah beberapa hari.
- Bulu mata palsu permanent. Satu helai bulu mata palsu ditampalkan di setiap helai bulu mata asli menggunakan gam khusus yang fleksibel. Bulu mata palsu jenis ini boleh bertahan lama, bahkan selama 2-4 minggu, dan harus dilepaskan dengan remover khusus oleh terapis kecantikan profesional.
Bulu mata palsu tersebut sering kali digunakan dalam prosedur extension bulu mata.
Bahaya Bulu Mata Palsu
Bulu mata palsu memang boleh mempercantikkan wajah, namun mereka juga memiliki risiko yang dapat memengaruhi kesihatan, misalnya:
- gam yang digunakan untuk menampal bulu mata palsu boleh menyebabkan iritasi atau reaksi alergi.
- Bakteria dan kotoran boleh terjebak di bulu mata palsu dan menyebabkan infeksi mata yang disebabkan oleh virus, bakteria hingga kulat.
- Bulu mata palsu boleh menekan folikel bulu mata asli. Jika terjadi terus-menerus, bulu mata asli boleh gugur dan tidak tumbuh kembali.
- Menggosok-gosok bulu mata palsu dapat menyebabkan bulu mata asli gugur secara tidak sengaja.
- Kebutaan.
Selamat Atau Tidak Menggunakan Bulu Mata Palsu?
Produk bulu mata serta praktik pembuatan bulu mata ekstensi tidak diatur dalam undang-undang mahupun Badan Pengawas Ubat dan Makanan (BPUM), justeru tiap orang yang melakukannya perlu menjaga diri mereka sendiri dari berbagai risiko. Berikut ini adalah hal-hal yang dapat dilakukan untuk melindungi diri.
- Masih terdapat kontroversi tentang formaldehida yang digunakan sebagai bahan pelekat bulu mata. Sebahagian orang alergi terhadap bahan tersebut, sementara sebahagian besar lainnya Namun beberapa pelekat mungkin memiliki kadar formaldehida yang melebihi kadar yang dapat ditoleransi. Disarankan mencari jenama yang memberikan informasi yang lengkap tentang produk tersebut.
- Uji adakah kulit anda sensitif terhadap kandungan yang ada di gam bulu mata palsu atau tidak. Caranya, sapukan sedikit gam ke kulit tangan dan tunggu selama 24 jam. Jika kulit tangan menjadi kemerahan, bengkak, atau beruam, jangan gunakan produk tersebut.
- Pilih produk bulu mata palsu yang bertuliskan “hypoallergenic”.
- Ketika memilih tempat untuk memanjangkan bulu mata, pilihlah salon kecantikan yang telah ditaraf, sehingga anda yakin bahawa pekerja yang akan melakukan penyambungan bulu mata telah menjalani latihan khas. Pastikan juga keselamatan dan kebersihan alat dan produk yang digunakan.
- Kesalahan saat melekatkan bulu mata palsu dapat menyebabkan iritasi bahkan infeksi serius. Sebelum melakukan penyambungan bulu mata palsu, Pelaksana perlu menjelaskan risiko dan manfaat proses tersebut.
- Jangan sekali-kali menampalkan gam langsung ke kelopak mata. Tampalkanlah ke bulu mata palsu.
- Selalu menanggalkan bulu mata palsu sebelum tidur.
- Jangan pernah meminjamkan bulu mata palsu kepada orang lain agar tidak terjadi pertukaran bakteria penyebab infeksi mata.
- Jangan mengeriting bulu mata palsu menggunakan alat pengeriting bulu mata, kerana boleh membuat bulu mata palsu meleleh dan menempel di bulu mata asli.
Efek penggunaan bulu mata palsu ada perbezaannya tersendiri bergantung pada individu. Namun yang pasti, risiko akan jauh lebih berkurang jika anda memilih untuk tidak menggunakan bulu mata palsu secara terus-terusan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayat Kursi Penghulu Segala Ayat Al Quran, Amalkan Setiap Hari Sebanyak 18 Kali Terpelihara Dari Segala Bencana.
Mencari tentang Ayat Kursi? Pelbagai makna dan manfaat yang anda dapat sekiranya diamalkan. Ternyata ayat Kursi ini sering dibaca sebelum tidur, walhal kalau di amati dari makna dan manfaatnya rupannya tersembunyi 1001 kelebihan.
Cara dan amalannya berbeza mengikut keperluan individu. Salah satunya kelebihan ayat ini melindungi anda dari bencana. Di saat dunia dilanda virus korona anda dianjurkan mengamal ayat ini sebelum keluar rumah, insyallah dengan izinNya kita semua dilindungi dari virus yang tular. Di sini pelbagai kelebihan ayat Kursi di kongsikan bersama makna ayat ini sendiri.
Apakah Itu Ayat Kursi?
Ayatul Kursi (آية الكرسي) juga dikenali sebagai ayat kursi, merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah.
Ayat ini juga digelar ‘Penghulu Segala Ayat Al-Quran’.
Ayat Kursi sangat istimewa kerana ia mengisahkan keagungan Allah SWT serta kekuasaanNya yang tidak terbatas. Mengamalkan ayat ini InsyaAllah akan mendapat keredhaan dan perlindungan Allah SWT.
Ayat ini disebut Ayatul Kursi kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’, yang membawa maksud ‘Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’.
Iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.
Ayat kursi biasanya dibacakan sebelum tidur dan semasa ingin keluar rumah sebagai pelindung diri dari anasir jahat.
Bacaan Ayat Kursi
Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum
La ta’khuzhuhu sinatun wa la nawm,
lahu ma fis-samawati wa ma fil-‘ard
Man zhal-lazhi yashfa’u ‘indahu illa bi-izhnihi
Ya’lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,
wa la yuhituna bi shai’im-min ‘ilmihi illa bima sha’a
Wasi’a kursiyuhus-samawati wal ard,
wa la ya’uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal ‘Aliyul-Azheem
Maksud Ayat Kursi
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Fadhilat Atau Kelebihan Ayatul Kursi
Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Siapa yang mengamalkan ayat kursi, Rasulullah menjanjikan Syurga kepadanya.
Berikut beberapa keistimewaan atau kelebihan ayat kursi:
1. Abi Umamah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati.” (Riwayat al-Thabarani dan al-Nasa’ie – dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban)
2. Syeikh Abul ‘Abas Al-Bunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), lalu ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, Insya Allah, dicerdaskan akal fikirannya dan dimudahkannya menerima ilmu pengetahuan.”
3. Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membaca ayat kursi setiap hari sebanyak 18 kali; Insya Allah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjat dan martabatnya, diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana.
4. Syeikh Al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
5. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebanyak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, Insya Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
6. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an).
7. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Sesiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
8. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah SAW.
9. Sesiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Abdu Rahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
10. Mereka yang mengamalkan membaca 7 kali ayat Kursi dan 7 kali bagi setiap 3 Qul selepas selesai Solat Jumaat, Insya Allah akan mendapat hikmah dan kelebihan yang tidak terduga.
11. Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia antaranya:
12. Terselamat dari terkena sihir; seperti ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan.
Melihat kepada ganjaran serta kelebihan yang ditawarkan hasil melazimi bacaan ayat Kursi, ternyata kita manusia yang sangat rugi jika masih mengambil mudah serta tidak serius mengamalkannya. Sehubungan itu, kita perlu mengambil peluang beramal membaca ayat Kursi terutamanya selepas melaksanakan solat fardu.
SUMBER: AKUISLAM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI