Berdoa pada waktu pagi adalah permulaan yang baik untuk memulakan aktiviti dengan lancar dan penuh keberkatan. Nabi Ibrahim AS sentiasa memulakan paginya dengan berzikir dan bermunajat kepada Allah SWT.
Solat subuh mempunyai keistimewaannya. Nabi Ibrahim AS tidak pernah menghabiskan waktu paginya tanpa berdoa dan berzikir kepada Allah SWT. Dalam beberapa kitab, Nabi Ibrahim AS sering mengisi paginya dengan doa agar Allah SWT sentiasa memberikan rezeki kepadanya.
Doa Nabi Ibrahim pada pagi hari: –
اللَّهُمَّ إنَّ هَذَا خَلْقٌ جَدِيْدٌ فَافْتَحْهُ عَلَيَّ بِطَاعَتِكَ ، وَاخْتِمْهُ لِي بِمَغْفِرَتِكَ وَرِضْوَانِكَ ، وَارْزُقْنِي فِيْهِ حَسَنَةً تَقْبَلُهَا مِنِّي ، وَزَكِّهَا وَضَعِّفْهَا لِي ، وَمَا عَمِلْتُ فِيْهِ مِنْ سَيِّئَةٍ فَاغْفِرْ لِي ، إنَّكَ غَفُوْرٌ رَحِيْمٌ وَدُوْدٌ كَرِيْمٌ
Allahumma inna haza kholqun jadidun faftahhu ‘alayya bitto’atika wakhtimhu li bimaghfirotika wa ridwanika warzuqni fihi hasanatan taqbaluha minni wa zakkiha wa dho’ifha li wa ma ‘amiltu fihi min sayyitin faghfirli innaka ghafurur rohim wadudun karimun.
Maksudnya: –
“Ya Allah, hari ini adalah ciptaan yang baru, maka bukalah hari ini dengan ketaatanku kepada-Mu, dan tutuplah hari ini dengan keampunan dan keberkatan-Mu. Kurniakanlah kepadaku rezeki hari ini, terimalah kebaikan itu daripadaku, bersihkanlah ia dan gandakan untukku. Ampunilah segala keburukan yang aku lakukan hari ini, Engkau Maha Pengampun, Maha Penyayang, Maha Penyayang dan Maha Mulia.”
Mohon Rahmat & Keberkatan Pada Waktu Pagi
Dalam doa ini, Nabi Ibrahim AS memohon kepada Allah SWT agar melimpahkan rahmat dan keberkatan-Nya pada waktu pagi. Dia juga meminta agar rezeki yang Allah SWT berikan kepadanya sentiasa diberkati.
Nabi Ibrahim AS juga mendoakan agar hidupnya dilimpahi kebaikan dan keberkatan serta dilindungi dari segala bentuk kejahatan dan fitnah. Beliau juga memohon kekuatan dan keberanian untuk menghadapi ujian dan dugaan di dunia ini, serta memohon petunjuk dan hidayah Allah SWT dalam setiap langkah.
Berdoa pada waktu pagi juga mengeratkan hubungan kita dengan Allah SWT. Apabila kita menghabiskan waktu pagi dalam solat, kita menunjukkan rasa syukur dan pergantungan kita kepada-Nya. Ini juga satu bentuk ibadah yang boleh mendekatkan diri kita kepada Sang Pencipta.