Berdoa pada waktu pagi adalah permulaan yang baik untuk memulakan aktiviti dengan lancar dan penuh keberkatan. Nabi Ibrahim AS sentiasa memulakan paginya dengan berzikir dan bermunajat kepada Allah SWT.
Kredit Foto: Pexels
Solat subuh mempunyai keistimewaannya. Nabi Ibrahim AS tidak pernah menghabiskan waktu paginya tanpa berdoa dan berzikir kepada Allah SWT. Dalam beberapa kitab, Nabi Ibrahim AS sering mengisi paginya dengan doa agar Allah SWT sentiasa memberikan rezeki kepadanya.
Allahumma inna haza kholqun jadidun faftahhu ‘alayya bitto’atika wakhtimhu li bimaghfirotika wa ridwanika warzuqni fihi hasanatan taqbaluha minni wa zakkiha wa dho’ifha li wa ma ‘amiltu fihi min sayyitin faghfirli innaka ghafurur rohim wadudun karimun.
Maksudnya: –
“Ya Allah, hari ini adalah ciptaan yang baru, maka bukalah hari ini dengan ketaatanku kepada-Mu, dan tutuplah hari ini dengan keampunan dan keberkatan-Mu. Kurniakanlah kepadaku rezeki hari ini, terimalah kebaikan itu daripadaku, bersihkanlah ia dan gandakan untukku. Ampunilah segala keburukan yang aku lakukan hari ini, Engkau Maha Pengampun, Maha Penyayang, Maha Penyayang dan Maha Mulia.”
Ads
Mohon Rahmat & Keberkatan Pada Waktu Pagi
Ads
Dalam doa ini, Nabi Ibrahim AS memohon kepada Allah SWT agar melimpahkan rahmat dan keberkatan-Nya pada waktu pagi. Dia juga meminta agar rezeki yang Allah SWT berikan kepadanya sentiasa diberkati.
Kredit Foto: Pexels
Nabi Ibrahim AS juga mendoakan agar hidupnya dilimpahi kebaikan dan keberkatan serta dilindungi dari segala bentuk kejahatan dan fitnah. Beliau juga memohon kekuatan dan keberanian untuk menghadapi ujian dan dugaan di dunia ini, serta memohon petunjuk dan hidayah Allah SWT dalam setiap langkah.
Berdoa pada waktu pagi juga mengeratkan hubungan kita dengan Allah SWT. Apabila kita menghabiskan waktu pagi dalam solat, kita menunjukkan rasa syukur dan pergantungan kita kepada-Nya. Ini juga satu bentuk ibadah yang boleh mendekatkan diri kita kepada Sang Pencipta.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Malam Lailatul Qadar, merupakan antara malam yang dicari oleh setiap umat Islam kerana ia dikabarkan malam yang paling istimewa kerana lebih baik daripada 1,000 bulan!
Bagaimanapun, terdapat beberapa tanda kebesaran dan kekuasaan Allah yang ditunjukkan kepada umat manusia agar dapat mengambil ikhtibar daripadanya sekligus sentiasa mendekaktkan diri kepada yang maha esa dan meletakkan Allah sebagai yang utama serta agama Islam sebagai pegangan dalam kehidupan.
Sehubungan itu, sekiranya berlaku fenomena aneh yang luar biasa berlaku di sekeliling kita. Mungkin ia adalah peringatan agar kita dapat meningkatkan keyakinan serta keimanan kepada Allah.
Pokok Turut Bertasbih Mengikut Alunan Zikir, Adakah Petanda Lailatul Qadar?
Baru-baru ini kecoh di aplikasi Tik Tok apabila sebuah video dimuatnaik menerusi akaun pengguna @urzuqni_syahadah memaparkan satu kejadian luar biasa hingga perkongsian video itu menjadi tular.
Video berkenaan memaparkan satu kejadian aneh yang tidak mempunyai penjelasan logik yang boleh diterima dek akal, apabila sebatang pokok keladi bergerak meliuk-liuk seolah-olah sedang bertasbih mengikut alunan zikir dari surau yang berhampiran.
Pokok tersebut kelihatan begitu rancak berzikir dan bergerak ke kiri kanan dengan sendirinya, meskipun tiada angin yang mengoyangkannya. Malah, pokok tanaman hiasan yang lain di sekililing pokok keladi itu berada dalam keadaan pegun dan langsung tidak berganjak.
“Rancak pokok ni ikut bertasbih,” tulis pemilik video itu ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Hijabista sempat menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa kagum dengan kejadian itu. Hingga ada dikalangan mereka yang turut sama berkongsi pengalaman yang serupa.
“Saya selalu nampak daun sehelai je yang bergerak macam ni, tahu dia tengah berzikir. Dan terus ingatkan aku supaya jangan lupa zikir juga.
“Mungkin itu malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1,000 bulan, boleh jadi salah satu petanda. Allahualam, hanya Allah yang mengetahui.
“Saya pernah jumpa pokok yang bergerak sendiri macam ni, bila saya tegur dia perlahan-lahan berhenti. Mereka ni hidup
sebenarnya.” Tulis warganet pada ruangan komen.
Sesungguhnya Allah itu maha esa, maha besar sifat dan kekuasaaNya. Jadi sebagai hambaNya yang kerdil, sama-samalah kita mengambil ikhtibar dan pengajaran terhadap fenomena aneh yang berlaku ini.
Kita di kejutkan lagi dengan bencana alam yang bakal melanda Malaysia malam ini. Diikutkan lagi taufan ini terkesan oleh ribut Tropika Kuat Nesat kepada Malaysia, di mana ia berada di kedudukan pada 19.7U 117.2T dari barat laut Filipina dan di jangka bergerak ke arah barat menuju ke Pulau Hainan.
Kenyataan ini telah di keluarkan oleh METMalaysia, keadaan itu juga akan menyebabkan angin kencang pada Laut China Selatan dan di jangkakan boleh meningkatkan kepada tahap taufan menjelang malam.
Persediaan sebelum taufan: Jangan takut, kekal tenang!
Sumber gambar dari Canva
METMalaysia telah mengeluarkan ‘Amaran Hujan Berterusan tahap waspada’ terutama sekali bagi negeri Sarawak, Sabah dan WP Labuan sehingga esok, 18 Oktober 2022. Bahkan, METMalaysia juga menjangkakan ribut petir akan melanda 12 negeri seluruh Malaysia.
Juga di khabarkan selain dari tiga negeri di bahagaian Pantai Timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan, 10 negeri lain turut di ramal bakal di landa ribut petir adalah Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Selangor, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Jadi malam ini bakal di landa ribut petir, risaunya apa-apa akan berlaku ke kawasan rumah kita bukan? Mari kita bersama-sama ambil langkah berjaga-jaga supaya kita selamat dan bersedia jika berlaku apa-apa.
1. Berlindung di dalam bangunan
Sumber gambar dari Canva
Ketika ribut petir bermula, anda perlu bersiap sedia untuk mendapatkan perlindungan di dalam bangunan. Tidak kisah di mana anda berada, pastikan anda dalam keadaan yang selamat di dalam bangunan yang bertutup. Di khuatiri anda bakal terdedah pada panahan petir ketika ribut melanda.
2. Berlindung dalam kereta jika tidak sempat!
Sumber gambar dari Canva
Sudah tentu anda akan menghadapi situasi di mana anda tidak sempat untuk keluar dari kereta ketika ribut petir melanda. Buat sementara waktu, berlindung di dalam kereta, vam, atau lori dan pastikan tingkap dalam keadaan tertutup rapat.
Dalam situasi ini pula, anda di nasihatkan untuk berlindung daripada menyentuh objek berupa logam pada mana-mana bahagian kereta seperti pintu, tingkap, stering mahupun gear kerana bahagian ini boleh mengalirkan arus elektrik. Jangan! Berlindung di pondok telefon, pondok bas, bangsal mahupun khemah!
3. Pastikan anda matikan semua peralatan elektrik
Sumber gambar dari Canva
Anda perlu sentiasa berwaspada ketika menggunakan elektrik terutama sekali ketika cuaca hujan dan ribut. Matikan kesemua plag elektrik seperti peralatan komputer, tv, alat penghawa dingin dan apa-apa yang berkaitan. Di sarankan tanggalkan palam dari soket elektrik bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku.
Jangan gunakan telefon sewaktu ribut petir kecuali waktu kecemasan! Jika peralatan anda hidup ketika ini, anda berkemungkinan akan terkena renjatan elektrik boleh berlaku dan boleh mengakibatkan kematian berpunca dari kabel elektrik atau telefon.
4. Jangan pegang peralatan yang berasaskan logam
Sumber gambar dari Canva
Jauhkan diri anda sama sekali pada kawasan yang berhampiran logam seperti paip, pagar atau tiang telefon kerana bahan logam mampu menjadi arus elektrik. Maka, jangan mandi sewaktu ribut petir kerana peralatan dalam bilik mandi seperti paip dan air mampu mengalirkan arus elektrik!
Pastikan anda sentiasa mengetahui perkembangan semasa mengenai bencana yang kita bakal melanda ini. Harus berjaga-jaga untuk sebarang kebarang kalian, tidak mengapa untuk bersiap sedia dari tiada apa-apa.
Hari ini di mana-mana sahaja semua orang memperkatakan tentang kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan topik ‘panas’ hari ini berkaitan dengan harga minyak yang naik mencanak-canak.
Warga maya mula memperkatakan beban yang perlu ditanggung terutama mereka yang berniaga apabila harga minyak naik. Harga baharu minyak masak bagi lima kilogram dijual pada harga RM42.50 selepas kerajaan tidak meneruskan subsidi bagi minyak botol satu, dua, tiga dan lima kilogram.
Memandangkan harga minyak masak telah meningkat lebih daripada 43%, maka kita sudah patut mengurangkan penggunaan minyak masak dalam menggoreng. Antara alternatif yang praktikal adalah dengan menggunakan penggoreng elektronik @ air fryer.
Sebelum anda berhajat untuk membeli satu, jom baca ulasan yang saya pernah kongsikan dulu.
Ramai yang sukakan makanan yang bergoreng disebabkan teksturnya yang ranggup dan rasanya yang sedap. Umum maklum yang makanan digoreng ini tinggi kandungan lemak yang mana dikaitkan (walaupun tidak konklusif) dengan penyakit terutamanya berkaitan jantung dan keradangan.
Photo by ron-lach from Pexels.
Maka, antara inovasi yang telah dicipta bagi memenuhi keperluan yang sama namun lebih sihat (dalam konteks menggoreng bahan masakan yang sama) adalah dengan menggunakan peralatan memasak seperti air fryer.
Air fryer merupakan convection oven bersaiz kecil yang direka khas untuk mendapatkan kesan menggoreng tanpa perlu menenggelamkan masakan dalam minyak mengoreng yang banyak. Bergantung kepada selera masing-masing, masakan hanya perlu direnjis atau diselaput nipis dengan minyak untuk mendapatkan kesan gorengan yang diinginkan. Dan ini dapat mengurangkan penggunaan minyak masak sehingga 70-80%.
BAGAIMANA AIR FRYER BERFUNGSI?
Air fryer mempunyai kipas yang berfungsi mengitarkan udara panas pada kelajuan yang tinggi dalam ruang memasak yang disediakan. Udara panas yang boleh mencapai suhu setinggi 250 degree Celcius (bergantung kepada model) akan membenarkan kesan gorengan berlaku pada permukaan makanan dengan cepat dan sekata.
Suhu yang tinggi mencetuskan tindakbalas Maillard pada permukaan masakan lalu memberikan warna, bau, rasa dan tekstur masakan yang ranggup di luar dan lembab di dalam.
Tindakbalas Maillard berlaku pada suhu 200 degree Celcius dalam air fryer (140-165 degree Celcius dalam proses menggoreng biasa). Bergantung kepada kuantiti masakan dan kawalan suhu, air fryer dapat mengurangkan masa memasak sehingga 20% dibandingkan penggunaan ketuhar biasa.
Selain daripada menggoreng, air fryer juga digunakan untuk memanggang, membakar (biskut dan kek) dan juga boleh mendapatkan hasil telur rebus tanpa menggunakan air! (boleh lihat di ruangan komen antara hasilnya).
Terdapat pelbagai jenama, model dan jenis air fryer yang berada di pasaran. Pemilihan adalah bergantung kepada kegunaan, saiz dan kapasiti, penggunaan elektrik, rekabentuk, kualiti, jenama dan semestinya kemampuan masing-masing. Maka, boleh pilih yang mana bersesuaian dengan tujuan penggunaan anda.
ANTARA KEBAIKAN AIR FRYER:
*Tanpa minyak tambahan/ sangat kurang penggunaan minyak menggoreng
*Masa memasak dapat dipendekkan
*Pelbagai guna (mini oven)
*Mudah digunakan (digital vs analog)
*Mudah dibersihkan jika dibandingkan oven
*Kurang berbau masakan
*Kurang haba panas jika dibandingkan oven biasa
*Tiada percikan minyak/ terkena minyak panas
*Kanak-kanak juga boleh menggunakannya dengan mudah apabila dilatih dengan betul
Photo by Kalisha Ocheni on Unsplash
ADAKAH MEMASAK DENGAN AIR FRYER LEBIH SIHAT JIKA DIBANDINGKAN DENGAN KAEDAH MEMASAK YANG LAIN?
Bergantung kepada jenis masakan dan bahan masakan. Sememangnya memanggang dan membakar adalah lebih sihat hasil masakannya daripada menggoreng. Dan masakan daripada bahan terproses seperti sosej, nugget, daging burger dan sebagainya juga tidak sihat jika dibandingkan dengan bahan segar seperti ayam, ikan, daging dan sebagainya. Ingat, air fryer ialah peralatan memasak. Bukannya ‘magic pan’ yang boleh mengubah komposisi masakan!
BENARKAH MEMASAK DENGAN AIR FRYER BOLEH MENGHASILKAN BAHAN KIMIA PUNCA KANSER?
Bergantung kepada suhu dan bahan masakan. Suhu dalam air fryer yang tinggi mampu menghasilkan bahan kimia punca kanser (kasinogen) seperti acrylamide, polycyclic aromatic hydrocarbons dan heterocyclic amines.
Namun bahan-bahan kimia ini BUKAN dihasilkan dalam air fryer saja. Mereka juga terhasil daripada proses memasak dengan kaedah menggoreng, memanggang dan membakar tradisional juga. Contoh acrylamide terhasil daripada tindakbalas komponen dalam masakan yang mengandungi gula (boleh jadi gula tambahan atau semulajadi) dan asid amino (asparagine dan glutamine).
Sebenarnya pembentukan bahan kimia punca kanser dalam masakan tidak dapat dielakkan sepenuhnya, namun ianya boleh dikurangkan dengan MENGAWAL suhu memasak dalam air fryer.
Kajian menunjukkan semakin gelap warna masakan yang dipanggang, dibakar atau digoreng, semakin tinggi kandungan bahan kimia acrylamide. Maka, pastikan masakan sebegini masak cuma cukup-cukup saja (kekuningan) dan elakkan terlebih masak.
Seperti yang selalu dipesan, bersederhanalah dalam apa juga jenis makanan yang kita ambil. Neutralkan kesan risiko pelbagai jenis penyakit daripada pemakanan sebegini dengan pengambilan sayuran hijau yang kaya dengan fitokimia yang mana bersifat antioksida, antiradang, antikanser dan sebagainya. Semoga bermanfaat.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!