Sayangnya, memiliki rumah tidak semudah memetik jari. Harganya yang mahal menjadikan rumah satu ‘barang mewah’ bagi generasi masa kini. Harganya semakin mahal dan selalu naik saban tahun.
Jika ada pun rumah dengan harga terjangkau, pilihannya jauh dari lokasi kerja. Selain bekerja keras dan berusaha untuk mendapatkan rumah sendiri, ada baiknya jika kita juga berdoa kepada Allah agar dipermudahkan usaha memiliki rumah sendiri.
Berikut doa yang boleh diamalkan untuk mempercepatkan memiliki rumah sendiri.
.
Allahhumma robbal bait. As aluka bijahi ahlil bait. An tuyassiro li khoiro bait. Hatta laa naquul yaa laiit.
Maksudnya:
“Ya Allah, Engkau pemilik Baitullah. Aku memohon dengan wasilah ahlil bait Rasulullah agar Engkau mudahkan untukku sebaik-baiknya rumah. Sehingga aku tidak mengucap seandainya aku punya rumah.”
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Persiapan Bertemu Malam Lailatul Qadar, Ayuh Lakukan 6 Perkara Ini. Antaranya Simpan Segala Gajet Di Rumah!
Setiap kali tiba bulan Ramadan, pasti anda tidak sabar menantikan satu malam yang cukup hebat iaitu malam Lailatul Qadar. Malam ini dikatakan lebih baik dari 1000 bulan yang lain serta malam yang sangat istimewa di bulan Ramadan.
Kebiasannya, malam Lailatul Qadar akan terjadi pada 10 malam yang terakhir. Tidak semua individu bertuah untuk bertemu dengan malam yang hebat ini. Hanya individu yang terpilih sahaja akan bertemu dengan malam Lailatul Qadar.
Disebabkan itu, pakar agama menggalakkan umat Islam untuk memperbanyakkan amalan di 10 malam terakhir ini. Seorang wanita bernama Ummu Naufal telah berkongsi 6 persiapan yang boleh dilakukan dalam mencari malam yang cukup mulia ini. Semoga ia bermanfaat kepada anda di luar sana.
Malam Laylatul Qadr bakal tiba.
Hadiah hebat yang perlu dicari yang dianugerahkanNya.
Dikongsikan bersama sedikit bagaimana kita sekeluarga boleh atur dan persiapkan diri dan keluarga dalam mencari malam yang lebih mulia dari seribu bulan yang dijanjikanNya;
1. Berehat Di Siang Hari
Usah lagi disibukkan diri dengan urusan dapur, kuih muih eid mahupun keluar membeli belah di tempoh ini (10 malam terakhir). Hentikan!
Menu iftar dan sahur keluarga dipermudahkan.
Aktiviti siang diringankan.
Tidurlah seketika walau tidak biasa tidur di waktu siang. 10 hari terakhir ini sahaja.
2. Berjaga Di Waktu Malam
Apabila siang sudah cukup rehat, di waktu malam akan terasa segar inshaAllah. Mandilah air suam jika ia boleh menyegarkan tubuh badan. Ringankan makanan berbuka agar badan tidak berasa lemah dan berat kemudian. Jika penggemar minuman panas, siapkanlah minuman panas di dalam termos agar sentiasa ada untuk diminum. Pasangkanlah bauan bakhour atau diffuser minyak pati lemon, inshaAllah ia sangat membantu menaikkan mood, membantu menyegarkan diri dan menaikkan semangat kita.
3. Siapkan Ruang Solat
Solatlah di ruang khusus, atau di mussola kecil keluarga, jika ada. Biarlah ruang ini selesa, bersih, suhu yang sesuai dan baik pengudaraannya.
Elakkan solat di bilik tidur kita, kecuali jika ada penghadang.
Solat, membaca Al Quran dan berzikir diselang-selikan sepanjang malam di ruang khas ini. Hiaslah jika mahu mencantikkan suasana. Ringkaskan ruang dengan apa yang perlu sahaja.
Jika ada bayi, bawa bersama di ruang ini bila si kecil terjaga. Biarkan dia tidur di ruang mussola yang sama sambil kita meneruskan ibadah malam kita.
Subhanallah.
Besar kesan dalam jiwanya inshaAllah.
4. Tuliskan Doa
“Umi, should they write it in points?” Nadiyah bertanya apabila dia ditugaskan membantu adik-adiknya mencatatkan doa yang mahu dipohon sepanjang 10 malam terakhir.
Nadiyah dan Naufal telah diajarkan yang sama ketika seusia adik-adik mereka. Bermula dengan poin sahaja, ditingkatkan kepasa adab menyusun kata dalam memohon doa padaNya.
Doa ditulis agar dirancang rapi apa yang mahu dipohon padaNya. Bila ditulis, menjadi lebih fokus bila berdoa padaNya.
Bersama anak-anak, hafalkanlah doa yang diajarkan Nabi s.a.w kepada Aisyah r.a apabila Baginda ditanya apakah doa terbaik untuk diucapkan pada malam Laylatul Qadr;
“ALLAHUMMA INNAKA ‘AFUWWUN TUHIBBUL ‘AFWA FA’FU ‘ANNII”
(Ya Allah, sesungguhnya Engkau Dzat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku)
5. Tingkatkan Sedekah
Tingkatkan sedekah kita setiap hari dalam 10 malam terakhir ini. Jika sebelum ini kita memberi makanan iftar kepada jiran tetangga, 10 malam terakhir ini kita memberi kepada yang tidak kita kenali pula.
Pejalan kaki, penjaja di gerai, pencuci sampah…sesiapa sahaja yang dilewati kita.
Edarkan “Ramadan Iftar Bag”. Minta anak-anak isikan di dalamnya; kurma, air, roti, juga sedikit wang, misalnya. Edarkan setiap hari selama 10 hari terakhir ini. Rancanglah berapa beg yang boleh diberikan bersama seisi keluarga.
6. Tutup Televisyen Dan Disimpan Semua Gajet Yang Ada
Amankan suasana rumah tanpa hiburan di kaca tv dan radio. Off telefon bimbit dan disimpan jauh-jauh…..termasuk telefon ibubapa juga ya. Tiada ‘cheat hour’ mahupun ‘reward slot’. Ini dilakukan sepanjang 10 malam terakhir Ramadan tanpa salingan.
Usah risau, 10 hari tanpa bermesej dan media sosial tidak akan merbahayakan sesiapa, inshaAllah.
Subhanallah.
Hebatnya malam Laylatul Qadr ini sepertimana Allah swt sebutkan di dalam Surah Al Qadr;
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya [Al Qur’an] pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.”
Lalu duhai diri dan sahabat yang dikasihi sekalian, bersungguh dan berikhtiarlah mencari malam kemuliaan ini bersama keluarga tersayang.
Ingatlah, Ramadan tahun hadapan belum tentu kita ada. Maka usahakanlah sekarang kerana tiada usaha bersungguh kita sia-sia di sisiNya.
Semoga kita semua dipertemukan dengan Malam Penuh Kemuliaan ini dalam keampunan dan redhaNya.
Sumber: Facebook Ummu Naufal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sentiasa Berada Dalam Keadaan Berwuduk Antara Amalan Menjemput Rezeki, Jom Jadikan Rutin
Tidak dapat dinafikan bahawa semua orang bekerja keras kerana ingin mendapatkan rezeki yang melimpah seperti wang dan harta yang melimpah. Namun yakinlah bahawa rezeki itu sudah ditentukan Allah.
Walaupun kita sudah berusaha mencarinya dengan cara bekerja keras siang dan malam jika itu bukan rezeki kita maka hasil yang kita dapat hanyalah rezeki yang telah diperuntukkan kepada kita. Namun jika sudah
Allah tetapkan rezeki itu, meskipun kita tidak menginginkannya, maka rezeki ini akan datang sendiri kepada kita dengan tidak disangka-sangka.
Namun ada golongan yang selalu dikejar-kejar rezeki. Yakni golongan orang-orang yang telah dijamin Allah rezekinya. Allah menjamin dan mencukupkan rezekinya melalui berbagai perkara.
Allah SWT berfirman, “Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Dia akan memberikannya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (At-Thalaq:2-3)
Berikut dikongsikan beberapa amalan menjemput rezeki.
1. MENYEMPATKAN DIRI UNTUK BERIBADAH
Allah SWT tidak sia-siakan pengabdian diri hambaNya, seperti firmanNya dalam hadis Qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahKu maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (H.R Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah R.A)
2. MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR DAN INGAT PADA ALLAH
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah SWT, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hambaNya. Lalu, Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi SAW, “Barang siapa yang memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (H.R Ahmad, Abu Daud, an-N as a’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas R.A.)
3. TINGGALKAN PERBUATAN DOSA
Istighfar ‘tidak laku’ di sisi Allah SWT jika masih buat dosa. Dosa bukan sahaja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.
Sabda Nabi SAW.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (H.R At-Tirmizi)
4. BERBAKTI DAN MENDOAKAN IBU BAPA
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda SAW. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (H.R Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (H.R al-Hakim dan ad-Dailami)
5. BANYAK BERSELAWAT
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.
6. BANGUN PAGI
Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat. Jangan tunggu sehingga matahari naik baru hendak memulakan sesuatu kerja.
7. MENJALINKAN SILATURRAHIM
Nabi SAW bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (H.R Bukhari)
8. SENTIASA BERADA DALAM KEADAAN BERWUDUK
Seorang Arab desa telah menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.
Baginda SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah SWT akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan oleh Sayidina Khalid al-Walid)
9. BERSEDEKAH
Sedekah mengundang rahmat Allah SWT dan menjadi sebab Allah untuk membuka pintu rezeki. Nabi SAW. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang
Arasy, yang dikirim oleh Allah kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (H.R ad-Daruquthni dari Anas R.A.)
10. MELAZIMKAN SOLAT DHUHA
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang lain sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.
Firman Allah SWT dalam hadis Qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”(H.R al-Hakim dan Thabrani).
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Tip Agar Wajah Cantik & BETUL-BETUL Putih Berseri Menurut Islam. No 2 Patut Amalkan Selalu!
Memutihkan wajah tidak hanya menggunakan bahan-bahan alami atau krim pemutih wajah saja tetapi juga boleh dilakukan tanpa ubat dan cukup menjalani perintah agama. Dalam agama Islam untuk mendapatkan wajah putih berseri dan awet muda amat mudah asalkan rajin dalam melaksanakan ibadah seperti solat dan lainnya.
Bagi Anda yang ingin terampil cantik dan wajah berseri maka tidak perlu dengan membeli pelbagai produk-produk kecantikan yang berharga mahal. Ini kearna cara memutihkan wajah menurut Islam ini boleh anda amalkan. Selain kelihatan cantik dari luar, cara ini juga akan membuat penampilan anda cantik dari dalam sehingga membuat siapa saja yang meilhat akan terpesona.
Amalan Cantik Mengikut Cara Islam
1. BerwuduK
Wuduk merupakan salah satu syarat wajib untuk mendirikan solat. Bermula dari membasuh anggota badan dari bahagian wajah hinggalah pada kaki bukan hanya akan membuatkan anda bebas dari kotoran, tetapi sangat baik untuk kecantikan kulit terutama wajah. Jadi tidak hairanlah mereka yang kerap berwuduk wajah akan putih berseri dan tampak segar serta awet muda.
2. Murah Senyuman
Senyum bukanlah hal yang menyulitkan dan sangat mudah dilakukan. Senyum ini juga termasuk salah satu ibadah dalam islam sehingga itulah mengapa kita dianjurkan agar murah senyuman terhadap siapa saja. Namun selain mendapatkan pahala, orang yang murah senyum wajahnya akan tampak cantik dan berseri sehingga mereka akan terlihat lebih awet muda.
3. Menghilangkan Sifat Iri Hati & Dengki
Perasaan iri hati dan dengki tentu saja ada di setiap manusia sehingga anda perlu kuat untuk melawan sifat ini agar tidak menguasai diri. Seseorang yang ada sifat ini biasanya akan melakukan apa saja untuk menjatuhkan seseorang. Selain itu, wajah orang yang suka iri hati dan dengki tentunya akan selalu terlihat kusut dan kusam kadang-kadang terlihat hitam sehingga mereka akan terlihat cepat tua kerana jarang tersenyum. Hindarilah sikap ini dalam diri agar hati kita tetap terjaga dan merasa damai.
4. Sayangi Anak Yatim
Dalam Islam menyayangi anak yatim merupakan suatu keharusan kerana itu merupakan salah satu jalan kita menuju syurga. Dengan menyayangi anak yatim maka hati kita akan menjadi lembut dan penuh kasih sayang. Kelembutan ini akan terpancar melalui wajah kita sehingga anda akan terlihat cantik luar dan dalam.
5. Solat
Solat merupakan kewajiban bagi umat Islam kerana ini merupakan tiang agama. Ternyata gerakan dalam solat ini boleh membantu wajah anda terlihat lebih segar dan berseri, terutama gerakan sujud. Ketika kita sujud maka darah akan mengalir ke seluruh wajah dan memasuki otak sehingga tidak hanya menyihatkan tetapi juga bermanfaat untuk kecantikan wajah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI