Doa Memohon Kesucian Jiwa, Jom Amalkan Setiap Kali Mengangkat Tangan Berdoa Kepada Allah

Share

Setiap daripada kita pasti tidak terlepas daripada diuji. Kita perlu sentiasa memikirkan cara untuk melawan segala perasaan sedih, kecewa dan berputus asa supaya sentiasa tenang dan bersemangat.

Kesusahan dan ujian yang diberikan Allah kepada hambaNya ialah untuk meningkatkan lagi keimanan dan kualiti kehidupan hamba-Nya. Setiap dugaan yang dihadapi mungkin sukar, tetapi Allah SWT turut menyediakan jalan keluar untuk setiap kesusahan.

Setelah berusaha, kita hanya perlu menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT.

Photo by thirdman from Pexels.

DOA MEMOHON KESUCIAN JIWA

1. Dalam al-Quran Allah memuji orang-orang yang berjaya mencapai kesuciaan jiwa.

Firman Allah:

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

“Sungguh berbahagia orang yang menyucikan jiwanya dan sungguh rugilah orang yang mengotorinya.” (Surah al-Syams: 9)

Photo by thirdman from Pexels.

2. Atas dasar itu Rasulullah mendidik para sahabat agar berdoa supaya dikurniakan ketakwaan dan kesuciaan jiwa.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim, Rasulullah membacakan doa ini:

اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا. أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا

Ya Allah, berikanlah sifat taqwa dalam jiwaku, sucikanlah jiwaku, Engkaulah yang terbaik dalam mensucikan jiwa manusia, kerana Engkaulah Penguasa jiwa kami. (Sahih Muslim)

3. Oleh yang demikian, amalkan doa ini setiap kali kita mengangkat tangan berdoa kepada Allah. Allah yang memegang hati dan jiwa manusia. Ada kalanya kita gagal mengawal hati dan jiwa kita sendiri sehingga tergelincir dari bimbingan ilahi.

Mohonlah kepada Allah agar sentiasa mengurniakan kita ketakwaan dan kesucian jiwa. Semoga Allah membimbing kita.

Sumber kredit: Dr. Ahmad Sanusi Azmi Top image: Photo by -anastasia-shuraeva from Pexels.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Norhasliza