Doa Iftitah sebenarnya terkandung dalam ayat 162 Surah Al-An’ am. Berdasarkan bacaan ikrar kita kepada Allah dalam doa Iftitah itu, sewajarnya kita mampu memberikan pedoman supaya setiap kerja harian yang dibuat sentiasa berpijak kepada lunas agama dan tidak membiarkan diri terjebak dengan sebarang unsur yang bertentangan dengan agama.
Jika difahami betul-betul dan kita menghayati sepenuhnya janji ikrar yang terkandung dalam doa Iftitah ini setiap kali kita mendirikan solat; “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.”
Menerusi perkongsian Dr. Ahmad Sanusi Azmi, berkongsi tentang keistimewaan doa Iftitah.
Doa Iftitah Pembuka Bicara
1. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim, Saidina Abdullah bin Umar menceritakan kisah seorang sahabat yang membaca bacaan zikir yang agak kuat di dalam solatnya.
2. Seusai solat, Rasulullah bertanya: Siapakah lelaki yang membaca zikir yang didengarinya itu. Sahabat tersebut telah mengucapkan lafaz ini:
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا ، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
3. Pada mulanya sahabat tersebut mendiamkan diri kerana bimbang andai beliau telah melakukan kesalahan dalam solat. Namun akhirnya beliau mengaku juga. Lalu Rasulullah bersabda:
عَجِبْتُ لَهَا ، فُتِحَتْ لَهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ
“Aku takjub dengan kalimah-kalimah zikir ini kerana pintu langit telah terbuka disebabkan ucapan lafaz (memuji Allah ini). (HR Muslim)
4. Mendengarkan perkataan Rasulullah ini, Saidina Abdullah bin Umar berazam untuk tidak akan sekali-kali meninggalkan lafaz doa Iftitah ini sepanjang usianya. Beliau sangat berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah ini.
5. Al-Imam Muslim menghimpunkan hadis ini dalam kumpulan lafaz-lafaz zikir yang boleh dibaca pada permulaan solat (selepas takbiratul ihram). Terdapat beberapa zikir lain lagi yang sunat dibaca sebagai doa Iftitah (doa pembuka) seperti yang dinukilkan oleh al-Imam Muslim.
6. Doa iftitah dengan lafaz ini seakan pembuka bicara seorang hamba dengan Tuhannya sehingga Rasulullah menyaksikan betapa pintu langit dibuka menyambut munajat hambaNya di dalam solat.
Semoga Allah membimbing kita.
Sumber kredit: Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Memperbanyak Istighfar dan 12 Antara Amalan Ini Boleh Membuka Pintu Rezeki. Amalkan Setiap Hari!
Rezeki setiap individu berbeza-beza dan tidak sama. Tentunya setiap individu mahu diri mereka mendapat rezeki yang banyak tetapi itu semua bergantung kepada amalan yang kita lakukan setiap hari. Ada inidividu yang merungut mengapa rezeki terasa begitu susah untuk singah. Jika ada, pasti akan cepat habis.
Untuk mendapat rezeki yang luas, cuba amalkan beberapa amalan ini kerana ia dikatakan mampu membuka pintu rezeki kita. Semoga Allah membuka pintu rezeki seluasnya buat kita semua. Cuma, anda perlu bersangka baik dengan Allah.
1. Beribadah
Jangan lupa untuk beribadah kepada Allah dan Allah tidak akan mensia-siakan pengabdian diri hambaNya. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak Istighfar
Istighfar merupakan rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah. Dengan memperbanyak istighfar, Allah akan semakin jatuh kasih pada hambaNya lalu Dia akan melapangkan jiwa dan kehidupan hambaNya.
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, an-Nasa’i Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Menjauhi Dosa
Istighfar tidak pernah laku di sisi Allah jika anda masih berbuat dosa. Dosa bukan sahaja membuat hati resah malah mampu menutup pintu rezeki seseorang.
Sabda Nabi s.a.w.:
“…dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Berbakti & Mendoakan Ibu Bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w berpesan agar sesiapa yang mahu dipanjangkan umur dan ditambah rezeki, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
5. Berbuat Baik & Menolong Orang Yang Lemah
Hendaklah kita berbuat baik kepada orang yang lemah termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang yang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.
6. Berselawat
Selawat dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.
7. Tunaikan Hajat Orang Lain
Menunaikan hajat orang lain juga boleh menjadi sebab mengapa Allah melapangkan rezeki dan memperkenankan hajat anda sendiri seperti sabda Nabi s.a.w:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Bangun Awal Pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
9. Melakukan Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha merupakan rahsia untuk membuka pintu rezeki seluas-luasnya. Meskipun sedang sibuk, jangan dilupakan untuk menunaikan solat Dhuha.
10. Bersedekah
Sedekah boleh mengundang rahmat Allah dan merupakan salah satu sebab mengapa Allah membuka pintu rezeki anda. Sekiranya anda memudahkan orang lain, insyaAllah Allah akan memudahkan urusan anda.
11. Bertawakal
Dengan tawakal, anda akan dimurahkan rezeki dan akan sentiasa terasa kaya. Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kami diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
12. Zikir & Baca Ayat Quran Tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, membuka pintu hidaya, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Selain itu, ia juga mampu menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati. Contohnya, siapa yang mengamalkan bacaan surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.
Sumber: Aliff Channel
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Galakan Suami Beri Semangat Dr Halina Sambung BELAJAR, Walaupun Penat URUSKAN Anak-Anak Termasuk KEMBAR
Ramai yang mengkagumi cara Datuk Dr Sheikh Muszaphar mendidik anak-anaknya. Bukan sahaja dua anak perempuan yang sudah besar tetapi juga dua kembarnya yang semakin bijak keletahnya. Ternyata angkasawan negara ini begitu menerapkan eleman kekeluargaan dalam mendidik anak-anaknya. Bukan itu sahaja, beliau juga turut memberi galakan kepada isteri tercinta, Dr Halina untuk menyambung pelajarannya.
Perkara ini diluahkan dalam laman sosial Dr Sheikh dan status ini mendapat komen positif dari followernya. Beliau berkata memang Dr Halina mahu menjadi menjadi suri rumah sepenuh masa dan menjaga anak-anak, tetapi Dr Sheikh meyakinkan isterinya untuk sambung belajar dan isterinya itu akan mengucapkan terima kasih pada beliau satu hari nanti.
Malah menurutnya lagi penting bagi anak-anak untuk melihat ibu bapa mereka sebagai ‘role model’. Kita yang perlu menjadi contoh terbaik supaya mereka akan dapat mengikut jejak langkah satu hari nanti. Apatah lagi, kanak-kanak sangat peka dan cepat belajar daripada apa yang kita lakukan.
A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
Rata-rata memuji komitmen Dr Sheikh yang menggalakkan isterinya sambung belajar walaupun terikat dengan komitmen kerja dan keluarga.
@alvinazuhayra@roselinda5794 Subhanallah indeed it is difficult to make life choices between a successful career or a family when there are so many points of view. It is easy to be judged as a dedicated mother when choosing to be professionally successful. It is also easy to be judged as lazy when choosing to be a stay-at-home wife. Apapun moga segala keputusan yg diambil mendpt redha Allah dan wanita pasti akan lebih sejahtera minda dan fizikal jika dikembalikan pada tugasan Fitrahnya, tambahan lg jika empunya diri sudah berkehendakkan fitrah tersebut. Anyway best of luck to @drhalina semoga lulus peperiksaan dgn jayanya and become a good doctor. aminn
@hanaidros@drsheikhmuszapharwhat you’ve said is 100% right, @drhalina, you’ve given the opportunity by Allah to serve the ummah. My father always say this: a woman must work, there is no ‘but’. A woman must earn her own money, because at the end of the day the money you earn will give the freedom that another woman can only imagine.
@fvtinshairahGood luck @drhalina! Semoga Allah permudahkan jalan. I aspire to be like you someday in the future. Please make doa for me too @drhalina
@ekinmostarThank you @drsheikhmuszaphar and the rest for sharing your thoughts..and all the best to Dr Halina..both of you are really inspiring.
Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka tidak menyambung pelajaran kerana mahu membantu keluarga.
@hakimazmi3 Im not further my study after finished secondary because want help my parent and my brothers n sister still in school that time. Alhamdulillah all of them managed to finish their studies at the university and successful in their career. Now I’m father of 2 kids and supporting my wife finish her PhDs this year InsyaAllah… I still do not believe that I started supporting her since she first started her degree till now. Time flies. Maybe after this, it is my turn InsyaAllah. Wishing you everything Great Datuk. Allah, and His berkah, rahmat which is your happiness (kids) is always with you… Everything will be ease n smooth InsyaAllah… You have a good and great heart. A Great leader n truly familyman. All my prayers goes with you.. Good luck
Bukan itu sahaja, ada yang turut meminta pandangan darinya jika seseorang wanita itu mahu mengembangkan kerjayanya tetapi tidak mendapat sokongan dan apa harus dilakukan.
@shariffahsaadiah Hi Dr. Sheikh, just want to ask for your opinion, is it true that a mother with small childrens can pursue the career of her dream if she have all the support systems that she needed? if the husband side not being supportive, what will be your advice for the mother?
Dan ini pula jawapan Dr Sheikh di atas pertanyaan ini.
@drsheikhmuszaphar@shariffahsaadiah It’s not easy for a single mother to work and raise her children both at the same time … You gotta get help from your loved ones …
Selain itu, ada juga follower beliau yang beranggapan tidak mahu kahwin kerana mahu menyambung kerjaya, tetapi persepsi berubah selepas membaca posting dari Dr Sheikh.
@ghadeer_muhammed16 I always tell my sister that I don’t want to get married because I want to have a successful career, and I don’t think there may be a man who encourages me to achieve my ambitions, but she always tells me that there are definitely men like this. I made sure of her words when I read your post. Inshallah Dr Halina will do well!!
Sebagai ibu bapa kepada 4 cahaya mata, Dr Sheikh juga turut menetapkan beberapa peraturan dalam rumah yang tidak boleh dlakukan oleh mereka suami isteri. Jika diamalkan akan menjadikan mereka (anak-anak) seorang anak yang baik luar dan dalam satu hari nanti
1. Jangan bergaduh di depan anak-anak
2. Jangan tinggikan suara pada anak-anak
3. Sentisa wujudkan persekitaran menyeronokkan.
4. Sentiasa berkata ‘I Love U’ kepada anak-anak
5. Cium dan peluk anak 10 kali sehari
Ternyata perkongsian Dr Sheikh ini juga turut mendapat pujian dari netizen. Mereka menjadikan tip ke ibu bapaan yang dikongsikan sebagai inspirasi dalam membentuk keluarga masing-masing.
@nanaaaayyy Thank you for being such an inspiration. This is beautiful.
@mansura2323 I adore ur parenting style sir @drsheikhmuszaphar its quite impressive and very inspiring for parents in today’s generation.. hoping for more tips from u
@greiche Thank you for the reminder, doc.. your rules in your house is very good, hopefully I can do it too in my house.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM DR SHEIKH MUSZAPHAR & DR HALINA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Melamar Wanita Secara Terbuka Di Khalayak Ramai, Ketahui Apakah Hukumnya
Lamaran secara terbuka seakan sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat kita. Mungkin dahulunya ia cukup terkenal di negara barat.
Budaya ini kini seakan menjadi satu trend anak muda ketika ingin melamar pasangan untuk dijadikan teman hidup.
Islam mengajar lamaran dilakukan melalui wali. Ia bertujuan untuk memberi ruang masa yang cukup kepada wanita bagi mempertimbangkan pinangan tanpa perasaan tertekan atau terdesak.
Kaedah melamar wanita secara terbuka di khalayak ramai pula lebih berkait rapat dengan menyerupai gaya hidup amalan bebas budaya barat yang tidak diiktiraf pun oleh syarak.
SOALAN:
Assalamualaikum ustaz. Saya mahu bertanya, apakah hukum seorang lelaki melamar seorang wanita secara terbuka di depan khalayak ramai? Adakah ini menyalahi ajaran Islam?
JAWAPAN:
Melamar wanita secara terbuka di depan khalayak ramai adalah lebih berkait dengan adat dan budaya masyarakat setempat.
Namun, kami mengesyorkan untuk menjauhi perbuatan ini kerana ia bukan satu budaya Islami, bahkan bukan juga budaya masyarakat Melayu. Ia juga bukanlah suatu perkara yang terpuji kerana Islam sangat mengangkat tinggi penjagaan kepada maruah individu.
Lamaran melalui wali adalah perkara yang diajar oleh Islam serta masyarakat Melayu Muslim di Malaysia. Ini bagi menjaga maruah kedua-dua individu serta memberi ruang masa yang cukup kepada wanita tersebut untuk mempertimbangkan pinangan tersebut.
Hal ini kerana, kita tidak boleh mengetahui keadaan emosi dan minda wanita tersebut pada waktu berkenaan. Kita seolah-olah meletakkan keputusan besar dalam hidup seseorang hanya pada waktu yang singkat. Sedangkan, dalam Islam, setiap individu miliki hak untuk membuat keputusan secara peribadi.
Huraian Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.
Khitbah: menzahirkan keinginan untuk mengahwini seseorang wanita yang tertentu, dan wanita tersebut menyampaikan hasrat tersebut kepada walinya. Pemberitahuan ini sama ada disampaikan secara terus daripada lelaki tersebut atau melalui perantaraan keluarganya. Apabila lamaran ini dipersetujui oleh wanita atau keluarganya, maka telah sempurnalah lamaran antara kedua-dua pihak.(Rujuk al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jilid 9, ms 3)
Khitbah (lamaran) adalah langkah terawal untuk menuju ke perkahwinan yang sah. Apabila seorang lelaki sudah bersedia untuk memilih seorang wanita menjadi isterinya yang sah, dia pun menyatakan hasratnya kepada wanita tersebut, disusuli dengan pemberitahuan kepada keluarga. Apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan lamaran tersebut, termeterailah satu perjanjian antara kedua-dua pihak ini. Lamaran dan pinangan boleh dilakukan secara terus daripada lelaki tersebut atau keluarganya.
Lamaran atau pinangan boleh berlaku dalam dua bentuk; zahir atau kiasan. Terdapat beberapa syarat yang perlu diambil kira sebelum melamar atau meminang seorang wanita.
Mengenal pasti sama ada wanita tersebut telah dinikahi atau dalam tempoh iddah talak raj’ie. Mereka adalah wanita yang haram untuk dipinang oleh lelaki lain sama ada dilafazkan secara zahir mahu pun secara kiasan. Bagi wanita yang telah dinikahi, pengharaman adalah jelas. Manakala, bagi wanita yang diceraikan oleh suaminya dengan talak raj’ie, pengharaman adalah berdasarkan ayat al-Quran:
وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَٰلِكَ إِنْ أَرَادُوا إِصْلَاحًا
Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Surah al-Baqarah (228)
Pengharaman meminang wanita di dalam iddah bagi talak raj’ie adalah kerana wanita ini merupakan seorang isteri atau berada di kedudukan isteri bagi suami yang menceraikannya selagi mana dia masih dalam tempoh iddah. (Rujuk al-Iqna’, 2/414)
Namun, bagi wanita yang berada di dalam tempoh iddah talak bain, mereka adalah wanita yang haram untuk dipinang secara zahir selama mana wanita ini berada di dalam tempoh iddah. Namun, pinangan secara kiasan adalah dibenarkan berdasarkan ayat al-Quran:
وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُم بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ أَوْ أَكْنَنتُمْ فِي أَنفُسِكُمْ ۚ
“Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka)” Surah al-Baqarah (235)
Tidak meminang di atas pinangan orang lain berdasarkan hadith:
لاَ يَخْطُبُ أَحَدُكُمْ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ
“Jangan sekali-kali salah seorang daripada kamu meminang atas pinangan saudaramu yang lain.” Muwatta’ Imam Malik (1094)
Pengharaman tersebut hanya pada situasi yang memiliki empat ciri-ciri iaitu dia mengetahui pinangan lelaki lain, dia mengetahui jawapan terhadap pinangan tersebut, telah jelas penerimaan wanita tersebut kepada pinangan itu dan pinangan pertama adalah pinangan yang dibenarkan di sisi syarak. Jika tidak, dia tidak termasuk di dalam pengharaman ini. (Rujuk I’anah al-Talibin, 3/268, al-Fiqh al-Manhaji, 2/46)
Setelah seseorang lelaki memastikan status wanita yang ingin dinikahi, kemudian barulah dia menyuarakan hasratnya terhadap wanita itu jika wanita tersebut tidak termasuk dalam kalangan wanita yang haram untuk dilamar. Kita dapat lihat bahawa syarak hanya menyatakan larangan jelas pada hal yang demikian.
Namun, melamar wanita secara terbuka di depan khalayak ramai berkait dengan budaya barat yang tidak diiktiraf dalam Islam.
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka” Riwayat Abi Daud (4031)
Penyerupaan dalam hal ini adalah tidak diiktiraf kerana Islam sangat mengangkat tinggi penjagaan kepada maruah individu. Sebaliknya, perbuatan sebegini mendedahkan maruah individu daripada tercalar.
Selain itu, lamaran atau pinangan di khalayak ramai secara terbuka akan memberi tekanan kepada kedua-dua pihak; lelaki dan perempuan dalam menerima dan memberi jawapan dalam kadar segera. Sedangkan, dalam Islam, kedua-dua pihak diberi pilihan untuk bersetuju atau tidak untuk mengahwini satu sama lain. Wanita juga diberi hak memilih pasangan.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:
أَنَّ امْرَأَةً، مِنْ وَلَدِ جَعْفَرٍ تَخَوَّفَتْ أَنْ يُزَوِّجَهَا وَلِيُّهَا وَهْىَ كَارِهَةٌ فَأَرْسَلَتْ إِلَى شَيْخَيْنِ مِنَ الأَنْصَارِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَمُجَمِّعٍ ابْنَىْ جَارِيَةَ قَالاَ فَلاَ تَخْشَيْنَ، فَإِنَّ خَنْسَاءَ بِنْتَ خِذَامٍ أَنْكَحَهَا أَبُوهَا وَهْىَ كَارِهَةٌ، فَرَدَّ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ذَلِكَ
“Seorang wanita berketurunan Ja’far merasa takut sekiranya walinya ingin menikahkannya di luar kemahuannya. Jadi, dia mengutus utusan kepada dua orang lelaki Ansar; Abdul Rahman dan Mujammi’, dua orang anak Jariyah dan mereka merasa kedua-duanya mengatakan kepadanya, “Janganlah engkau merasa takut. Sesungguhnya Khansa’ binti Khidzam telah dinikahkan oleh bapanya di luar kemahuannya, lalu Baginda Nabi SAW membatalkan perkahwinan tersebut.” Riwayat al-Bukhari (6969)
Perkara-perkara yang tidak diingini dapat dielakkan dan penjagaan kepada maruah dapat dipertahankan dengan melakukan peminangan atau lamaran melalui wali. Islam mengajar seorang lelaki untuk meminang atau melamar melalui wali kerana ia adalah lebih beradab, menjaga maruah kedua-dua individu dan menjaga hak-hak wanita bermula sebelum perkahwinan berlangsung lagi.
KESIMPULAN
Melamar wanita secara terbuka di depan khalayak ramai adalah lebih berkait dengan adat dan budaya masyarakat setempat.
Namun, kami mengesyorkan untuk menjauhi perbuatan ini kerana ia bukan satu budaya Islami, bahkan bukan juga budaya masyarakat Melayu. Ia juga bukanlah suatu perkara yang terpuji kerana Islam sangat mengangkat tinggi penjagaan kepada maruah individu.
Lamaran melalui wali adalah perkara yang diajar oleh Islam serta masyarakat Melayu Muslim di Malaysia. Ini bagi menjaga maruah kedua-dua individu serta memberi ruang masa yang cukup kepada wanita tersebut untuk mempertimbangkan pinangan tersebut.
Hal ini kerana, kita tidak boleh mengetahui keadaan emosi dan minda wanita tersebut pada waktu berkenaan. Kita seolah-olah meletakkan keputusan besar dalam hidup seseorang hanya pada waktu yang singkat. Sedangkan, dalam Islam, setiap individu miliki hak untuk membuat keputusan secara peribadi.
Wallahu a’lam.
Sumber kredit: Laman web Mufti Wilayah Persekutuan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI