Hari Arafah memang diketahui sebagai hari yang sangat mustajab untuk berdoa. Maka itu, usahlah kita sia-siakan waktu yang sangat berharga ini sebaliknya angkatlah tangan kita bagi meminta segala yang dihajat kepada Yang Maha Esa.
Sebelum berdoa, ikuti beberapa adab yang perlu dititikberatkan yang telah pun dikongsikan oleh Muhammad Fahmi ini.
Mulakan dengan memuji Allah dan berselawat
Yakinlah doa kita diterima Allah SWT
Jangan berdoa dengan hati yang lalai
Doa dengan penuh rendah diri dan suara yang perlahan. InsyaAllah, sesungguhnya Tuhan tidak pernah mensia-siakan hambaNya.
kredit: twitter @fahmirusliMFR
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Amalkan Tabung Sedekah Subuh, Amar Baharin Didik Anak Bersedekah Sejak Kecil Lagi
Tahukah anda waktu subuh adalah di antara waktu yang kita digalakkan bersedekah? Tidak susah pun untuk melakukannya. Sediakan sahaja sebuah tabung dan masukkan saja jumlah wang yang ingin anda dermakan.
Mengajar anak-anak bersedekah sejak dari kecil, pelakon Amar Baharin keterujaan anak-anaknya iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa sewaktu ‘memecahkan’ tabung sedekah Subuh yang telah diamalkan oleh keluarga mereka.
Tabung Sedekah Subuh
Anak-anak paling excited bila hari pembukaan tabung sedekah subuh ni. Bila ada rezeki lebih boh besar… bila “lockdown” tak kerja, boh seringgit. Nilai tu belakang kira.
Siapa tak nak malaikat mendoakan dia???Semoga bermanfaat Insyaallah
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad ﷺ bersabda:
“Tidak ada satu Subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kerosakkan bagi orang yang menahan (hartanya)”
(HR Bukhary 5/270)
Di ruangan komen, ramai yang turut tumpang gembira dengan aktiviti yang dilakukan oleh keluarga ini di samping mendoakan agar mereka terus istiqomah dalam meneruskan amal jariah ini.
Jika anda mahu rezeki dimurahkan dan didoakan oleh para malaikat, cubalah amalkan sedekah subuh ini setiap hari. Tak kiralah berapa nilainya, yang penting ikhlas. InsyaAllah, urusan hidup kita akan sentiasa dipermudahkan olehNya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Bertudung Tidak Boleh Pakai Topi? Viral Perkongsian Da’i Fuad Jadi Perbahasan Orang Ramai
Fesyen memakai topi dan hijab telah menjadi sinonim buat para hijabis terutama sekali ia senang di gayakan mengikut gaya fesyen seseorang itu. Namun, terdapat perbahasan baru-baru ini mengenai hukum pemakaian topi kepada para hijabis, alamak bagaimana sis?
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai penjelasan hukum dari seorang pendakwah bebas, Da’i Fuad, tentang hukum perempuan yang bertudung memakai topi. Ramai juga warganet mempersoalkan tentang perkongsian beliau di ruangan komen.
Tiada lagi topi dan tudung?
Perkongsian Da’i Fuad ataupun nama sebenarnya, Ahmad Fuad Bin Ahmad Mokhtar, di instagram menjadi perbahasan di sosial media. Melalui perkongsiannya itu, beliau lebih menyentuh supaya kaum wanita perlu lebih berhati-hati di kala bergaya.
Menurut Da’i Fuad, pemakaian topi ini sebenarnya tidak serasi dengan budaya melayu kerana ia di katakan sebagai satu lambang lemahnya iman bagi seorang individu. Pandangan itu di perkuatkan oleh kerana sewaktu ketika dahulu pemakaian topi sering di gayakan oleh pendakyah bukan islam.
“Namun bukanlah bermaksud pakai cap itu haram, waktu itu keadaan berbeza daripada keadaan hari ini. Hari ini orang pakai cap sebab nak rapikan rambut dan juga nak elak daripada panas.”
“Maka sebenarnya boleh sahaja orang perempuan untuk memakai cap. Cuma pandangan saya, cuba elakkan kerana perempuan seharusnya tidak tabarruj atau menonjol dari segi pemakaian.” jelasnya di dalam video di instagram.
Artikel berkaitan: Bersolek Di Bulan Puasa, Boleh Jatuh Haram Jika Niat Tabarruj. Bergincu, Tertelan Lain Pula Hukumnya.
Pakai topi nak elak panas sahaja
Sudah tentu ramai yang mempunyai pandangan mereka mengenai isu ini. Oleh kerana pemakaian topi dan tudung telah lama di gayakan, isu ini menjadi tanda tanya orang ramai kerana ada yang memakai topi atas sebab-sebab tertentu.
Walaupun banyak komen yang agak tidak berpuas hati mengenai pandangan Da’i Fuad terhadap gaya fesyen topi dan tudung. Masih ada lagi segelintir yang memahami apa yang cuba di sampaikan olehnya. Ada juga yang khuatir untuk mengenakan topi walaupun di tuntut dalam skop pekerjaannya, jelas dari beliau bahawa ia berpandu kepada niat.
Di samping itu, ada juga yang cuba menenangkan keadaan dan cuba untuk memberitahu orang ramai supaya tengok video itu sehingga habis kerana khuatiri mereka hanya tonton separuh sahaja. Andaian mereka berkemungkinan salah dan seharusnya berbincang dalam keadaan yang baik.
Pandangan setiap orang berbeza jadi kita perlu faham bagaimana untuk menyuarakan pendapat melalui sesuatu isu itu dengan berhemah. InsyaAllah, dalam masa akan datang kita cuba untuk perbaiki diri kita kepada arah yang lebih baik.
Sumber: Da’i Fuad
Artikel berkaitan: Hukum Memotong Rambut Bagi Wanita, Adakah Rambut Yang DiPotong Dianggap Aurat
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Telefon bimbit boleh membakar otak Anda, Awas Hijabi Yang Suka ‘Bergayut’ Sehingga Tertidur
Satu kajian telah membuktikan bahawa telefon bimbit boleh membakar otak dan menjejaskan fungsinya. Ia juga menunjukkan tahap pendedahan telefon bimbit yang diletakkan berhampiran dengan kepala atau bahagian badan lain adalah lebih besar berbanding pendedahan pada bahagian badan lain.
Penggunaan peranti ini dengan kerap boleh meningkatkan risiko tumor otak sebanyak dua kali ganda. Kanak-kanak merupakan antara individu yang mudah mengalami pendedahan kadar radiasi yang tinggi kerana mempunyai tengkorak yang nipis serta saiz otak yang lebih kecil.
Berdasarkan penulisan di dalam sebuah portal, Healthy Children, ia turut menekankan tentang bahaya peranti ini terhadap kanak-kanak dalam jangka masa yang panjang dan mencadangkan ibu bapa agar mengehadkan penggunaan telefon bimbit atau sebarang peranti yang mampu memancarkan radiasi daripada medan elektromagnetik (EMF).
Meletakkan peranti anda berdekatan dengan kepala anak-anak kecil berupaya menjejaskan sel otak mereka dan mengundang penyakit lain yang tidak diingini. Justeru itu, ibu bapa diminta untuk lebih prihatin dan mengambil input yang dikongsikan oleh Ayn Shariff sebagai salah satu langkah berjaga-jaga sebelum ia boleh menjejaskan sel-sel otak yang sedang berkembang.
“Perkara ni kadang-kadang terjadi pada saya dan anak-anak.
Sambil-sambil tidurkan/susukan anak, sambil tu reply pm customer, kadang tu sampai tertidur. Sedar-sedar fon dok dekat dengan kepala anak.
Allah, time tu terkilan sangat.
Terkilan sebab teringat betapa tak bagus nya bila smartfon ni terletak berdekatan dgn kepala anak.
Tahu tak, kenapa tak eloknya smartfon ni kat bahagian kepala?”
Radiasi dari signal smartfon ni sangat bahaya, lebih-lebih lagi pada anak-anak kecil sebab ia boleh menjejaskan sel-sel otak yang sedang berkembang (bayi 6 bulan ke bawah)
Antara risiko lain:
Risiko-risiko ni bukan terdedah kepada anak-anak sahaja, tapi juga orang dewasa. Jadi, sebelum masuk tidur, pastikan:
- Selesaikan segala urusan berkaitan telefon bimbit.
- Matikan wifi atau data.
- Letak telefon jauh daripada tempat tidur.
Petua menggunakan telefon bimbit dengan lebih selamat untuk keluarga:
• Hantar pesanan melalui mesej dan gunakan telefon bimbit dalam mod pembesar suara atau dengan menggunakan handsfree.
• Apabila bercakap di telefon bimbit, cuba pegang ia satu inci atau lebih jauh daripada kepala anda. Hanya lakukan panggilan yang penting dan pendek sahaja menerusi telefon bimbit.
• Elakkan membawa telefon anda pada badan seperti ke dalam kocek, stokin atau bra. Pengeluar telefon bimbit tidak dapat menjamin bahawa jumlah radiasi yang anda serap berada pada tahap yang selamat atau tidak.
• Jangan bercakap di telefon atau bermain mesej semasa memandu. Ini dapat meningkatkan risiko kemalangan kereta. Berhati-hati apabila menggunakan telefon atau menghantar mesej semasa berjalan atau melakukan aktiviti lain. “Kecederaan sewaktu berjalan” juga semakin meningkat.
• Jika anda merancang untuk menonton filem pada peranti, sebaiknya muat turun terlebih dahulu. Kemudian beralih ke mod pesawat semasa anda menonton untuk mengelakkan pendedahan radiasi yang tidak perlu.
• Perhatikan kekuatan isyarat (iaitu bilangan bar yang ada). Semakin lemah isyarat sel, semakin sukar telefon anda berfungsi dan semakin banyak radiasi yang dihasilkan. Lebih baik tunggu sehingga anda mempunyai isyarat yang lebih kuat sebelum menggunakan peranti.
• Elakkan membuat panggilan ketika berada di dalam kereta, lif, kereta api dan bas. Telefon bimbit akan bekerja dengan lebih keras untuk mendapatkan isyarat melalui logam, sehingga tahap kuasa meningkat.
SUMBER: SUARA MEDIA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI