Selebriti media sosial Indonesia yang juga merupakan seorang Disc Jockey (DJ) terkemuka di sana, Nathalie Holscher telah memeluk Islam pada Selasa lalu selepas mendapat mimpi ‘pelik’ sewaktu tidurnya.
Menerusi video yang bertajuk ‘Bismillah’ di laman YouTubenya, Natalie menceritakan kisah penghijrahannya itu dan mengakui sudah lama teringin menjadi seorang mualaf dan sudah pun mempelajari serba sedikit mengenainya sebelum ini.
“Sebenarnya, sudah lama saya ingin bergelar seorang muslim. Pernah saya cuba menyarungkan telekung sebelum ini dan mereka semua berkata ‘Subhanallah’. Saya tidak mengerti lalu mereka menjelaskan maksudnya,” jelasnya.
Ujarnya, dia mendapat hidayah itu ketika sedang tidur. Pada waktu itu, dia seakan terdengar ada yang membisikan kalimah syahadah di telinganya dan perkara itu membuatkannya semakin yakin untuk memeluk Islam.
Merasa bingung seketika, dia segera bertanya mengenainya kepada orang muslim di sekitarnya mengenai kejadian yang dialami lalu menemui jawapannya.
Tambahnya lagi, keputusannya ini sudah pun diketahui oleh keluarga bahkan ibu bapanya juga memberikan restu padanya untuk memeluk Islam biarpun mereka beragama Kristian.
“Keluarga saya ada juga yang muslim iaitu kakak kandung. Orang tua dan keluarga saya juga tahu mengenai hal ini jadi tiada masalah,” katanya.
sumber: MERDEKA