Kecantikan

DIY Toner Timun Hanya Dengan Bajet Bawah RM10 Atasi Masalah ‘Breakout’ Dengan Mudah.

Share

Ada macam-macam cara untuk selesaikan masalah ‘breakout’ dan salah satunya adalah dengan menggunakan Toner Timun yang dibuat sendiri. Dengan hanya modal tidak sampan RM10, wajah anda pasti akan terhindar dari sebarang masalah jerawat.

Toner timun ini berfungsi untuk kecutkan jerawat dan boleh elakkan jerawat dari terus merebak di wajah. Disaran pakai pada sebelah malam dan bangun keesokan paginya insya-Allah jerawat akan hilang.

Begitu juga bagi yang mengalami masalah pori besar, juga akan menyebabkan dia mengecut jika memakainya secara konsisten.

Dan jika ada masalah berminyak pula, boleh perah sedikit lemon dan lemon akan menyerap minyak pada wajah. 

Jom ikuti perkongsian dari peengguna laman sosial facebook, Nauf Safuan

yang telah mengamalkan penggunaan Toner Timun ini sejak sekian lama.

Bahan-bahan

1/2 timun

1/2 lemon

Penapis air teh 

Penyagat

Cara penyediaan

  1. Sagat timun tu bagi habis. Kemudian asingkan air timun tu dengan hampas timun.

2. Amik air timun , campur dengan perahan lemon. Khas untuk kulit berminyak sahaja. Kalau kulit tak berminyak. Tak perlu lemon na.

 

3. Masukkan dalam botol. Simpan dalam peti ais sebelum guna. Toner timun ni boleh bertahan 2 minggu kalau simpan dalam peti.

3. Pakai sekali pagi dan sekali sebelah malam sebelum tidur. Lepas ni tak payah risau muka breakout lagi.

Good luck

Published by
SH