Merawat wajah menggunakan bahan alami atau apa yang ada di dapur itu banyak kelebihannya. Bukan sahaja menjimatkan wang, tetapi juga selamat dan diyakini halal. Malah cara membuatnya yang mudah membolehkan kita melakukannya pada bila-bila masa.
Seperti perkongsian gadis ini Ema Tunz yang mengajar cara membuat masker sebagai penjagaan wajah. Dia hanya menggunakan bahan alami seperti timun, kunyit, tomato dan juga buah naga dan memberikan hasil yang sangat berbaloi.
Aduhh gigih Ema ni tau, untuk selpi je tu. Korangg jangan kecam pulak. Hahahaa. Bila baring, sebelum tido malam, tepek je hirisan timun kat muka dan biar sampai pagi. Kategori bantuan kecemasan jugak cara ni, rawatan segera untuk kulit kita. Bila bangun pagi, kompom rasa sejukkk dan segar. Letak kat mata pun dah ok terutama yg ada masalah sembab, lingkaran gelap bak panda.
Bila gabungkan dua bahan ni, uols boleh buat sendiri masker tanpa kos mahal. Masker ini dapat buang kotoran dalam liang roma, menghilangkan bekas atau parut serta menjadikan kulit lebih segar & awet muda.
Cara membuatnya:
Uols akan nampak perubahannya dalam masa beberapa hari je tau. Wahh best kan?
ADA APA DENGAN LEMON DAN KUNYIT
LEMON kaya dengan Vitamin C iaitu antioksida semulajadi. Khasiat ini membantu hilangkan racun yang terperangkap bawah lapisan kulit. Sebab tu juga, kita digalakkan minum air suam bercampur perahan lemon untuk bersihkan kotoran dan toksin dalam badan.
KUNYIT pula bahan mesra alam, banyak digunakan untuk tujuan masakan. Selain itu, dijadikan ubat tradisional masalah kulit.
Lepas cuba masker ni, kulit rasa lembut je tau. Masker ni memang best, sejuk tau masa pakai. Terpaksa awet muda jelitasss kalahkan anak dara la lepas ni. Hiks..
Bahan-bahan:
1 per 4 isi buah naga
Cara membuatnya:
MANFAAT BUAH NAGA
Vitamin C buah ini dapat merawat masalah kulit. Selain tu dapat menghilangkan jerawat & parut jerawat.
Kandungan antioksida yang tinggi dalam buah naga melambatkan proses penuaan.
Siapa kat sini suka buat terapi spa guna bahan di dapur?? Kita gengg tau, sepp sikit.
Hari ni nak highlight guna tomato. Bahan lain yang diperlukan adalah susu (kalau payah dapat susu segar, guna aje susu kotak okke).Cara membuatnya: