Merawat wajah menggunakan bahan alami atau apa yang ada di dapur itu banyak kelebihannya. Bukan sahaja menjimatkan wang, tetapi juga selamat dan diyakini halal. Malah cara membuatnya yang mudah membolehkan kita melakukannya pada bila-bila masa.

Seperti perkongsian gadis ini Ema Tunz yang mengajar cara membuat masker sebagai penjagaan wajah. Dia hanya menggunakan bahan alami seperti timun, kunyit, tomato dan juga buah naga dan memberikan hasil yang sangat berbaloi.

DIY Masker Paling Mudah Dari Bahan Dapur Buat Wajah Awet Muda & Lebih ‘Glowing’

Salotape Muka Dengan Timun?

Aduhh gigih Ema ni tau, untuk selpi je tu. Korangg jangan kecam pulak. Hahahaa. Bila baring, sebelum tido malam, tepek je hirisan timun kat muka dan biar sampai pagi. Kategori bantuan kecemasan jugak cara ni, rawatan segera untuk kulit kita. Bila bangun pagi, kompom rasa sejukkk dan segar. Letak kat mata pun dah ok terutama yg ada masalah sembab, lingkaran gelap bak panda.

KHASIAT TIMUN UNTUK KULIT

DIY Masker Paling Mudah Dari Bahan Dapur Buat Wajah Awet Muda & Lebih ‘Glowing’

  1. Timun (Cucumis sativus) mengandungi pelbagai penurun lipid yang menghasilkan kesan penyejukan semulajadi.
  2. Timun melembapkan kulit sebab mengandungi 95% air.
  3. Vitamin E dalam timun mampu menyihatkan kulit, meningkatkan pengeluaran kolagen dan anti-penuaan. Fuhh menarik kan?

DIY Masker Paling Mudah Dari Bahan Dapur Buat Wajah Awet Muda & Lebih ‘Glowing’Guna lemon dan serbuk kunyit

DIY Masker Paling Mudah Dari Bahan Dapur Buat Wajah Awet Muda & Lebih ‘Glowing’

Bila gabungkan dua bahan ni, uols boleh buat sendiri masker tanpa kos mahal. Masker ini dapat buang kotoran dalam liang roma, menghilangkan bekas atau parut serta menjadikan kulit lebih segar & awet muda.

Cara membuatnya:

Ads
  • Belah dua lemon, kemudian perahh jus nya.
  • Campurkan dengan dua sudu serbuk kunyit.
  • Gaul rata kemudian tepek ke muka.
  • Biarkan 20 minit kemudian bilas.

Uols akan nampak perubahannya dalam masa beberapa hari je tau. Wahh best kan?

ADA APA DENGAN LEMON DAN KUNYIT

LEMON kaya dengan Vitamin C iaitu antioksida semulajadi. Khasiat ini membantu hilangkan racun yang terperangkap bawah lapisan kulit. Sebab tu juga, kita digalakkan minum air suam bercampur perahan lemon untuk bersihkan kotoran dan toksin dalam badan.

KUNYIT pula bahan mesra alam, banyak digunakan untuk tujuan masakan. Selain itu, dijadikan ubat tradisional masalah kulit.

Ads

DIY Masker Paling Mudah Dari Bahan Dapur Buat Wajah Awet Muda & Lebih ‘Glowing’

Masker Buah Naga

DIY Masker Paling Mudah Dari Bahan Dapur Buat Wajah Awet Muda & Lebih ‘Glowing’

Lepas cuba masker ni, kulit rasa lembut je tau. Masker ni memang best, sejuk tau masa pakai. Terpaksa awet muda jelitasss kalahkan anak dara la lepas ni. Hiks..

Bahan-bahan:
1 per 4 isi buah naga

Ads

Cara membuatnya:

  1. Lenyek dengan garpu sampai hancur isinya.
  2. Cuci muka dan cuci tangan dengan bersih.
  3. Tepek pelan pelan ke kulit muka guna jari. Nak guna sarung tangan pun boleh ya.
  4. Biarkan 1 JAM sampai air jus buah ni kering. Air tersebut diserap oleh kulit muka. Waktu ni, uols rasa kulit ringan aje & sedikit sejuk. Ehh memang best laa. Tu yang jatuh cinta tuhh.
  5. Cuci bersih muka dengan air suam (untuk kulit berminyak) atau air sejuk (untuk kecilkan liang roma). Lepas cuci, perghh lembut je kulit macam kulit baby.

MANFAAT BUAH NAGA

Vitamin C buah ini dapat merawat masalah kulit. Selain tu dapat menghilangkan jerawat & parut jerawat.

Kandungan antioksida yang tinggi dalam buah naga melambatkan proses penuaan. 

DIY Masker Paling Mudah Dari Bahan Dapur Buat Wajah Awet Muda & Lebih ‘Glowing’

Masker Daripada Tomato

Siapa kat sini suka buat terapi spa guna bahan di dapur?? Kita gengg tau, sepp sikit. Hari ni nak highlight guna tomato. Bahan lain yang diperlukan adalah susu (kalau payah dapat susu segar, guna aje susu kotak okke).

Cara membuatnya:

  1. Tumbuk tomato sehingga 3/4 hancur. . letak sedikit susu pada tomato tadi, kacau guna sudu sehingga sebati.
  2. Kalau paste terlalu pekat, tapis keluar airnya. Jangan buang, uolls boleh minum air tersebut sangat sedap.
  3. Boleh letak kejap kat peti ais jangan sampai beku, biarkan sejuk ala kadar. Bila sejuk, ia dapat kecilkan liang roma masa buat treatment muka nanti.
    tepek kat muka 20 ke 30 minit, kemudian basuh dengan air bersih.

DIY Masker Paling Mudah Dari Bahan Dapur Buat Wajah Awet Muda & Lebih ‘Glowing’

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI