Macam-macam cara dan bahan digunakan untuk membuat masker. Dan salah satu perkongsian di laman facebook dari Dura Zain yang menggunakan bahan-bahan dapur untuk membuat masker. Agar pelik sedikit kerana menggunakan tepung kacang kuda yang dicampurkan dengan bahan lain. Petua ini juga rupanya diamalkan oleh wanita India dan juga Pakistan.
Hasilnya akan membuat wajah tampil berseri. Bukan itu sahaja, ia juga boleh digunakan untuk membuang sel mati, bulu-bulu halus di muka, kurangkan lebihan minyak dan juga cegah jerawat serta jeragat.
Petua tradisional yang diamalkan oleh wanita dari India dan Pakistan ini memang menjadikan kulit mereka sentiasa kelihatan halus dan mulus.
Buat sendiri face mask dari bahan celah kabinet dapur je. Saya beri nama dia #DIY #instant_whitening_facemask sebab lepas pakai muka boleh jadi lebih cerah berseri gittew. Pakai bedak pun rata je. Ishh memang bestlah haihh.
Elok sangat untuk buang sel mati, bulu-bulu halus di muka, kurangkan lebihan minyak di muka, cegah jerawat dan jeragat. Ini petua lama dari Wanita kaum india dan pakistan untuk kecantikkan kulit.
Patutlahh retis bollywood lawo-lawo kan? Hehe. Ok jom tengok bahan apa yang perlu dan cara buat.
Bahan-bahan:
1 Sudu besar tepung kacang kuda(gram flour)
1 sudu besar rose water/susu
1 sudu kecil jojoba oil/olive oil
Cara membuat:
Cara buat dan cara pakai boleh refer kat video dan gambar ye.
Sila #share untuk manfaat bersama. Sama-sama berseri hari raya nanti. Kulit dah bersih senang nak make up cun cun. Yeaaay
By,
Dura Zain a.k.a Kak Jemari mulus
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya Wajah Nampak Tua Disebabkan Anda Tidur Dengan Wajah Bermekap! Ini 5 Kesan Buruk Lain Yang Wajib Tahu!
Usah bermimpi untuk menjadi ‘Sleeping Beauty’ hanya kerana anda memakai solekan ketika tidur. Hakikatnya, ia memberi kesan buruk kepada kulit wajah anda! Awas ya bagi kamu yang sering malas untuk mencuci solekan. Biarpun malas sekalipun, solekan di muka wajib dicuci untuk memastikan kulit wajah terjaga rapi, bersih dan sihat!
Pasti ada diantara kita yang mengambil ringan tentang kesan buruk apabila tidur tanpa mencuci solekan anda. Nak tahu apa kesannya? Jom baca!
KULIT KERING & CEPAT BERKEDUT
Bagi anda yang terlalu risau jika wajah menjadi kedut dan tampak tua dari usia, janganlah tidur bersama-sama dengan solekan anda. Tahukah anda, tidur dengan solekan boleh menjadikan kulit kering?
Malah ia juga menyebabkan kulit terdedah dengan radikal bebas yang akhirnya membuatkan kolagen kulit musnah, dan akhirnya kedutan mula muncul di kulit. Kulit biasanya memperbaharui sel-sel ketika kita tidur, tetapi jika kulit tidak dicuci bersih sukar untuk ia menghasilkan sel baru secara semula jadi.
JERAWAT MUDAH NAIK
Jangan hairan jika wajah anda sering mengalami masalah jerawat yang kronik! Salah satu puncanya ialah anda malas mencuci solekan sebelum tidur. Bila bedak asas atau bedak kompak meliputi muka dari siang ke malam, banyak kotoran dan bakteria sudah terperangkap.
Bakteria-bakteria yang terperangkap di dalam pori wajah akan menyebabkan masalah lain seperti jerawat dan lama-kelamaan menyebabkan kulit menjadi kusam. Hilang seri tau jika dibiarkan begitu sahaja!
JANGKITAN MATA
Tidak hanya memfokuskan kepada kulit wajah semata-mata, tetapi jika anda malas untuk mencuci solekan anda, ia akan menyebabkan jangkitan pada mata berlaku. Nak tahu kenapa?
Partikel-partikel maskara boleh membuatkan folikel tersumbat dan akhirnya menyebabkan jangkitan pada mata sekaligus menyebabkan radang mata. Anda akan lihat mata akan menjadi merah-merah dan garis halus sekitar mata juga lama-lama akan muncul. Menakutkan tau!
BULU MATA GUGUR
Bukan itu sahaja, malah memakai maskara terlalu lama juga boleh menyebabkan bulu mata menjadi lemah dan mudah gugur. Bayangkan apa lagi yang boleh berlaku jika anda tidur dengan bulu mata palsu masih terlekat di mata?
Baca juga: Hanya Lakukan Di Rumah Sahaja, 5 Bahan Semula Jadi Ini Boleh Mencerahkan Kulit Kusam Anda!
BIBIR KERING & PECAH-PECAH
Pasti ramai yang tidak tahu mengenai hal ini. Sebenarnya jia anda tidur dengan solekan lipstik di bibir, ia akan menyebabkan bibir kering dan pecah-pecah, tidak kiralah apa jenis gincu sekali pun, frosted, glos mahupun pusam.
Jika dibiarkan secara berterusan, masalah ulcer juga akan muncul di bahagian bibir anda! Sakit tau! Ramai dermatologi menyarankan sapuan pelembap bibir sebelum tidur kerana suhu rendah pendingin hawa boleh menyebabkan bibir kering.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wajah Berjerawat Nanah & Kasar, Lepas 5 Bulan Pulih Hanya Guna Masker Beras Pulut!
Pelbagai petua atau tip dikongsi oleh netizen di laman sosial dan salah satunya cara untuk membuatkan kulit berseri-seri. Salah satunya perkongsian dari wanita ini yang tidak lokek memberitahu rahsia mendapatkan kulit yang cantik sepertinya.
Menurutnya sebelum ini wajahnya telah mengalami masalah breakout yang teruk dan tidak boleh memakai sebarang produk luar. Wajahnya ditumbuhi jerawat bernanah dan besar. Malah wajahnya juga berkerutu hingga ditegur teman-teman.
Untuk menutup wajah berkerutu berkenaan dengan mekap juga tidak nampak cantik. Namun selepas dia mengamalkan penggunaan masker menggunakan bahan dapur ini, wajahnya kembali pulih dan sihat.
Jadi dia tidak lokek untuk berkongsi petua ini kepada wanita terutama yang mengalami masalah breakout sepertinya sempena sambutan hari jadi ke 33.
Menurutnya ilmu yang ada dikongsi ini sebagai salah satu amalan sedekah dan semoga mendapat manfaat bersama.
CANTIK GUNA 2 BAHAN DAPUR JERR.. JADIKAN MASKER MUKA, BOLEH BUAT KULETS ANDA BERSERI SERI..!
Siapa tak menginginkan kulet yang cantik, bersih dan berseri-seri dalam masa yang sama kan? Kata orang, kalau mahukan tiga kategori ini ada pada kulet wajah kita, kenalah pandai ‘berpantang’ kan? Namun, dalam penat-penat kita asyik ke spa dan membeli produk kecantikkan tu, rupanya ada cara untuk dapatkan wajahh cantik dengan menggunakan bahan di dapur saja! Macam mana? Inilah caranya.
PERKONGSIAN TIPS NAK DAPATKAN WAJAH BERSERI-SERI!
Sempena birthday saya yang ke 33 tahun hari ni nak share 1 lagi resepi untuk anda semua. Memang saya selalu post dan bagi resepi. Nak sedekahkan harta tak banyak sebab suri rumah jadi sedekahkan ilmu untuk kawan-kawan, harap memperoleh keberkatan dan dapat membantu kawan-kawan di luar sana.
Hanya guna 2 bahan dapur di rumah boleh membuat wajah anda bersih dalam keadaan sihat. Manfaat masker beras:
- anti penuaan
- mengurangkan kulit berminyak
- membuang sel-sel mati
- menganjalkan kulit
- mencerahkan kulit
Masker beras ni adalah produk natural jadi akan makan masa untuk merperolehi kulit yangg sihat. Bergantung pada kulit masing-masing. Macam saya hampir 5 bulan juga untuk mendapatkan kulit yang bersih. Dulu saya mempunyai masalah kulit yang sangat teruk. Tak boleh pakai produk-produk luar habis naik jerawat nanah yang besar. Nak cover dengan make up pun tak cantik sebab berkerutu. Siap ada yang cakap muka berkerutu lagi. Selepas amalkan masker, alhamdulillah kulit dah semakin sihat. Apply make up simple2 n pakai bedak baby ja. Di sini saya sertakan bahan-bahan dan cara buat.
BAHAN-BAHAN:
- Susu full cream
- Beras pulut ( tak perlu basuh )
CARA MEMBUATNYA:
- Ambil beras pulut kemudian blander sehingga halus.
- Dah halus ambil dalam 2 sudu makan masuk dalam bekas dadih dan tuang sedikit susu full cream. Jangan cair sangat dan jangan pekat sangat.
- Kemudian simpan semalamam dalam peti sejuk
- Boleh tahan sehingga seminggu
CARA PENGGUNAAN:
- Apply di muka 2 hari sekali..nak cantik kena rajin
- Sapu perlahan-perlahans pada wajah dan biar sehingga kering. Time ni kulit muka akan tegang sangat.
- Kemudian boleh bilas dengan air dan lap dengan tuala bersih. Kalau boleh khas untuk muka sahaja.
- Bagi mendapatkan kulit muka lebih cantik haruslah pakai apa-apa moisturizer. Macam saya pakai Serum Vit C saja.
*Ok jom kita cuba lah nanti jadi cantik berseri-seri tak betul tak?
SUMBER: FACEBOOK PAGE NARA B
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rambut Botak Di Bahagian Dahi, Hijabi Selesaikan Masalah Ini Dengan Cara Semulajadi. Tiada Lagi Tekanan!
Ucapkan selamat tinggal kepada garis rambut anda yang semakin surut dengan beberapa bahan mudah dari pantri Ini! Hijabi sering hadapi masalah ini, rambut leper dan semakin berkurang, malah ada bahagian di dahi kelihatan botak.
Jika garis rambut yang berkurangan menyebabkan anda tidak dapat tidur malam, jangan risau. Terdapat cara untuk menumbuhkan rambut dahi. Banyak faktor boleh menyebabkan keguguran rambut di dahi ini, termasuk genetik, ubat-ubatan, tekanan, hormon, pemakanan yang buruk, dan alopecia.
Artikel ini membincangkan cara untuk membantu anda menumbuhkan semula rambut di dahi secara semula jadi dan petua untuk mengekalkan dan mencegah keguguran rambut.
Menangani masalah rambut di dahi berkurangan
Walaupun tidak mungkin untuk menumbuhkan rambut di seluruh dahi, anda mungkin boleh menumbuhkan rambut kembali pada garis rambut yang surut. Menangani situasi dengan segera boleh membantu mengurangkan risiko kebotakan. Beberapa ubat, penyelesaian herba dan kaedah semula jadi lain boleh membantu mengurangkan keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan rambut pada garis rambut di dahi.
Herba untuk rambut gugur
Herba sangat berkesan dalam mengurangkan keguguran rambut, merangsang pertumbuhan dan menjaga kesihatan rambut dan kulit kepala. Herba seperti rumpai laut, ginkgo biloba, saw palmetto dan teh hijau, antara lain, membantu mencegah keguguran rambut. Anda boleh menggunakannya sebagai infusi herba, tonik dan bilas rambut, atau menambahkannya pada produk penjagaan rambut yang lain.
Ubat topikal
Ubat-ubatan seperti minoxidil topikal dan finasteride selalunya ditetapkan untuk merawat keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut.. Pakar mencadangkan penggunaan larutan minoxidil topikal yang meningkatkan aliran darah ke kawasan itu dan boleh membantu meningkatkan pertumbuhan rambut di kawasan tersebut. Doktor anda juga mungkin menetapkan finasteride oral atau topikal, bergantung pada jenis keguguran rambut yang menyebabkan garis rambut surut. Perencat androgen, seperti spironolactone, mungkin ditetapkan untuk mencegah alopecia androgenik.
ARTIKEL BERKAITAN: Alopecia Bukan Botak Keguguran Rambut Biasa, Malah Melibatkan Bahagian Badan Yang Berambut. Boleh Emosi!
Masker rambut
Anda boleh mencuba masker rambut buatan sendiri atau yang dibeli di kedai untuk merangsang pertumbuhan rambut. Masker rambut ini mengandungi bahan semulajadi seperti pisang, lidah buaya, minyak kelapa, antara lain, yang menyuburkan dan menguatkan rambut anda serta membersihkan kulit kepala. Kebanyakan bahan ini mengandungi sifat antioksidan, antikulat atau anti-radang yang memberi manfaat kepada kesihatan rambut dan kulit kepala.
Minyak rambut
Salah satu cara terbaik untuk merangsang pertumbuhan rambut adalah dengan meminyaki rambut anda dengan kerap. Minyak kelapa, minyak aprikot, minyak kastor, minyak jojoba, minyak zaitun dan minyak argan adalah penting untuk penjagaan rambut. Anda juga boleh memasangkan minyak pembawa ini dengan minyak pati pudina, rosemary, sage dan lavender. Minyak pati ini mempunyai sifat yang boleh meningkatkan kesihatan kulit kepala.
Urut kulit kepala
Mengurut kulit kepala boleh meningkatkan ketebalan, ketumpatan dan panjang rambut. Ia juga boleh merangsang pertumbuhan rambut dengan meningkatkan aliran darah.
Aromaterapi
Penyelidikan menunjukkan bahawa aromaterapi boleh merawat keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan rambut. Memadankan minyak pati dengan minyak pembawa adalah rawatan aromaterapi terbaik.
ARTIKEL BERKAITAN: Rambut Gugur Dan Uban Tumbuh, Selesaikan Dengan Minyak Bijan. Rambut Kekal Sihat Bersinar!
Cara Menumbuhkan Rambut Secara Semulajadi Pada Garis Rambut Yang Surut
1. Aloe Vera
Aloe vera mempunyai enzim proteolitik yang membuang sel-sel mati dari kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut. Tumbuhan itu juga melembapkan kulit kepala dan mengimbangi pHnya. Ia juga boleh digunakan untuk melegakan keradangan dan merawat kelemumur.
Bahan:
- 2 sudu besar gel aloe vera
Masa proses: 2 jam
Cara membuat:
- Hiris batang aloe vera dan cedok dua sudu besar gel.
- Sapukan gel yang diekstrak ke kulit kepala anda dan urut perlahan-lahan selama beberapa minit.
- Biarkan gel di rambut selama 2 jam dan basuh dengan syampu lembut.
Kekerapan: Ulangi ini dua kali seminggu.
2. Ginseng
Ginseng merah Cina boleh membantu merawat alopecia. Ia menghalang 5-alpha reductase iaitu enzim yang dipercayai menyebabkan keguguran rambut dan meningkatkan peredaran darah. Ia juga boleh digunakan sebagai tonik rambut untuk menyuburkan dan menguatkan rambut .
Bahan:
- 2 hingga 3 sudu besar minyak yang diselitkan ginseng
Masa proses: 45 minit
Cara membuat:
- Tuangkan tiga sudu besar minyak yang diselitkan ginseng ke dalam mangkuk.
- Potong rambut anda dan mula mengurut minyak ke kulit kepala.
- Sapukan minyak ke rambut, merentasi keseluruhan panjangnya.
- Urut kulit kepala selama 10 minit.
- Biarkan minyak di rambut selama 30 minit lagi dan bilas dengan syampu lembut.
Kekerapan: Ulangi ini tiga kali seminggu.
3. Rosemary dan minyak kelapa
Rosemary berkesan seperti minoxidil topikal dalam merawat alopecia androgenik dan merangsang pertumbuhan rambut yang sihat. Menggunakan minyak rosemary sebagai ganti minoxidil tidak menyebabkan kerengsaan kulit kepala. Ekstrak herba juga didapati mendorong pertumbuhan rambut pada tikus dan berpotensi merawat alopecia. Minyak kelapa boleh menembusi folikel rambut dan mencegah kehilangan protein rambut.
Bahan:
- 5 hingga 10 titis minyak pati rosemary
- 2 hingga 3 sudu besar minyak pembawa
Masa proses: 45 minit
Cara membuat:
- Campurkan minyak pati rosemary dengan minyak pembawa (seperti minyak kelapa, zaitun, badam atau minyak jojoba) dalam mangkuk.
- Urut campuran minyak ini ke dalam kulit kepala dan sapukan pada rambut.
- Urut kulit kepala selama 10 minit.
- Biarkan minyak di rambut selama 30 minit dan bilas dengan syampu lembut.
Kekerapan: Ulangi ini tiga kali seminggu.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI