Kehilangan insan tersayang bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima. Lebih-lebih lagi insan tersebut adalah ibu ataupun ayah kita sendiri. Mereka merupakan insan yang tiada galang-gantinya. Bayangkan, jika kita kehilangan mereka di saat terpenting dalam hidup.
Situasi ini merupakan apa yang dilalui oleh seorang graduan dari Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESOL) iaitu Syed Muhammad Afifi Syed Md Ridzuan.
Meskipun diuji dengan kehilangan bapa tercinta ketika sedang berjuang di tahun akhir pengajian, namun ia tetap tidak mematahkan semangatnya. Anak kelahiran Kuala Ketih Kedah ini bukan sahaja berjaya mendapatkan segulung ijazah, malah turut menerima Hadiah Pingat Emas Universiti Sains Malaysia (USM).
Walaupun telah ‘diuji’, graduan ini mengatakan dia dan keluarga amat berbangga dengan pencapaian atas usaha kerasnya sepanjang empat tahun pengajian di USM.
“Meskipun diuji dengan kehilangan insan yang sentiasa mendorong saya untuk terus berjaya, akan tetapi saya menganggap ujian ini adalah pembakar semangat untuk saya capai ke tahap ini.
“Dan ijazah serta anugerah ini saya dedikasikan buat arwah bapa saya yang meninggal pada bulan Mei yang lalu,” katanya kepada Sinar Harian.
Ads
Dianugerahkan Hadiah Pingat Emas USM
Untuk pengetahuan anda, Hadiah Pingat Emas USM ini dianugerahkan kepada pelajar tahun akhir yang terbaik dalam segala lapangan bagi kategori “HEBAT USM”. HEBAT USM menekankan nilai H iaitu, E iaitu Entrepreneur, B iaitu Balance, A iaitu Articulate dan T iaitu Thinking yang perlu ada dalam diri setiap mahasiswa USM.
Ketika ditemubual oleh Sinar, graduan ini mengatakan dia tidak menyangka usahanya membuahkan hasil. Tidak hanya dari segi akademik, dia juga telah banyak memerah keringat dan melibatkan diri dari segi kokurikulum.
“Antara pencapaian dan sumbangan yang saya telah berikan adalah sebagai ahli USM Response Team sewaktu negara dan kampus mengalami pandemik Covid-19.
“Selain itu, saya juga pernah mengetuai projek sukarelawan membantu pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (B40) serta memberi sumbangan ke Tabung Covid-19 USM,” ujarnya lagi.
Ads
Syed Muhammad Afifi sempat berpesan untuk tidak meratapi sesuatu pemergian serta redha dengan ketentuan Allah SWT. Sebaliknya, jadikan kehilangan tersebut sebagai dorongan untuk mencapai kejayaan.
“Jangan terlalu meratapi sesuatu pemergian, kerana hidup perlu diteruskan.
“Anggaplah setiap dugaan dan cabaran sebagai dorongan untuk capai lebih banyak kejayaan,” tambahnya.
Ads
Anak ketiga dari enam beradik ini juga berharap agar anugerah yang diterima menjadi contoh buat adik-adiknya yang lain di samping dapat mengubah nasib keluarga.
Sekadar info, Hadiah Pingat Emas USM ini telah disampaikan kepada graduan-graduan yang terlibat bersempena Majlis Perasmian Ekspo Konvokesyen (ConvEx USM) 2022 kali ke-60 serta telah disempurnakan oleh Pro-Canselor, Tan Sri Datuk Dr Zulkefli A.Hassan.
Sumber info dan gambar: Sinar Bestari
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Hari-hari rasa letih yang melampau sampai penat jadinya. Pasti ada di antara anda yang menghadapi masalah ini. Ini adalah kondisi hidung berair dan tersumbat yang selalu terjadi dan normal kepada individu yang mempunyai alahan hidung. Tahukah anda, ianya terjadi kerana ia merupakan satu tindakbalas yang berlebihan pada sistem imun anda untuk melindungi diri daripada allergen.
Dua jenis allergen yang selalu menyerang hidung anda adalah aeroallergen seperti debunga, kulat hama, bulu binatang dan makanan. Allergen ini akan menyebabkan hidung anda berair dan tersumbat. Tetapi, jangan risau, terdapat 5 benda yang anda boleh lakukan untuk melegakan hidung berair dan tersumbat.
1. Vitamin C
Seperti yang anda tahu vitamin C dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh badan anda daripada sebarang penyakit. Seperti yang anda tahu vitamin C bukan sahaja daripada tablet yang anda beli daripada farmasi. Akan tetapi, sebenarnya anda boleh mendapatkan sumber vitamin C daripada buah-buahan seperti oren, epeal atau mangga yang dapat membantu hidung berair dan tersumbat.
Teh dapat membantu untuk menyegarkan tubuh badan serta dapat melegakan hidung tersumbat dan berair. Selain itu, teh panas seperti teh hijau sangat kaya dengan flavonoid. Flavanoid merupakan sejenis bahan anti-radang yang boleh bantu tingkatkan imuniti badan anda.
3. Buah Beri
Buah beri biru kaya dengan antioksidan yang sangat kaya dengan vitamin C! Oleh itum ia sangatlah bagus untuk mengatasi masalah hidung tersumbat.
4. Bawang
Pasti ramai yang tidak tahu bahawa bawang mengandungi ciri-ciri antibakteria yang aktif dan mampu melawan virus selesema justeru mampu melegakan hidung anda daripada berair dan tersumbat. Anda boleh mengambil bawang dengan secara mentah atau di makan sebagai rempah di dalam makanan lain.
5. Madu
Madu merupakan ubat tradisional yang sangat bagus untuk melegakan penyakit seperti hidung berair dan tersumbat. Madu memgandungi ciri-ciri antibakteria dan antiradang yang kuat. Anda disarankan untuk mengambil madu bersama dengan air suam atau minuman lain.
Selain itu, jika anda mengalami hidung berair atau tersumbat, jangan pandang ringan takut ia akan memudaratkan anda kelak. Selain itu, ia boleh mengakibatkan pelbagai gejala yang lebih teruk seperti hingus mengalir ke kerongkong, kegatalan pada hidung dan mata yang kerap, cepat marah, kurang tidur, sensitif pada cahaya, kurang tidur, terpaksa bernafas melalui mulut, deria bau jadi tidak kuat, sinustis bertambah teruk, rasa tidak selesa pada kawasan muka dan tompok gelap pada bawah mata.
Akhir kata, ini hanyalah cadangan yang anda boleh ambil untuk melegakan hidung berair dan tersumbat. Ianya hanyalah alternatif untuk anda lakukan apabila anda berada di rumah. Sekiranya teruk, segera berjumpa dengan doktor untuk anda mendapat rawatan yang sebaiknya. Jagalah diri anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Syarikat berasaskan kecantikan & kesihatan Wawa Cosmetics buat kali pertamanya telah berjinak-jinak untuk menjadi penaja program hiburan selepas lima tahun mengukuhkan jenama dan populariti rangkaian produk yang dipasarkan.
Penajaan itu sekali gus akan membawa debaran program realiti ini yang mengangkat bakat komposisi generasi baru ke industri seni tanah air. 12 peserta program realiti Big Stage musim keeempat sudah diperkenalkan dan mempamerkan persembahan menarik pada minggu pertama yang berlangsung semalam. Ternyata semuanya hebat dan makin teruja untuk jadi tontonan wajib setiap hujung minggu.
Apa yang lagi menarik, selain peserta, hos dan juri, seperkara yang turut mencuri perhatian bagi edisi kali ini adalah penaja utama Big Stage iaitu Wawa Cosmetics yang diasaskan oleh pelakon terkenal Wawa Zainal bersama suaminya, Aeril Zafrel.
Pentas yang dikatakan peluang untuk pengasas mempromosikan produk mahupun menonjolkan diri ini, menariknya, pembabitan pasangan itu menjadikan mereka artis pertama yang menaja program TV tempatan yang mana sebelum ini dimonopoli oleh usahawan kosmetik.
Tidak cukup itu, Wawa dan Aeril dikatakan berhabis jutaan ringgit untuk menaja Big Stage musim kelima ini malah menzahirkan rasa mereka lebih dari rasa teruja.
Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, dia teruja apabila dipelawa menjadi penaja utama kerana beranggapan Big Stage adalah program yang kian dikenali dan mempunyai pengikut tersendiri.
“Diakui sebelum ini kami ada juga mendapat tawaran untuk menaja beberapa program TV lain, tapi mungkin ketika itu masa tidak kena. Selain anggap belum rezeki kami bersama dengan program terbabit.
Pasangan yang yang sama cantik dan padan ini, menempah nama dalam industri hiburan sebelum bergelar usahawan, malah setiap lakonan mereka menjadi ikutan peminat drama melayu tempatan. Isu untuk menumpang popular setelah menjadi penaja tidak perlu dipersoalkan kerana mereka memang sedia dikenali.
“Untuk kali ini, kami ditawarkan untuk menaja Big Stage pula. Selepas mempertimbangkan beberapa perkara dan melihat perkembangan program ini dari musim pertama, itu yang saya dan Aeril bersetuju.
“Insya-Allah, dengan sambutan yang diberikan pada program ini, jenama kami juga boleh bergerak seiring,” katanya.
Menurut Wawa, menjadi penaja juga adalah satu tanggungjawab besar buat dirinya dan jenama yang dibawa.
“Orang mungkin ingat menjadi penaja ini akan popular, tapi ada beban dan tanggungjawab besar perlu kami galas. Kos yang dikeluarkan juga bukan jumlah kecil. Jadi, ia ibarat satu pertaruhan berani daripada Wawa Cosmetics,” katanya.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Anda yang selalu tonton shoppee live di naelofar page mesti familiar dengan duo Neelofa dan Bella Zahir yang sering bergandingan mempromosikan produk dibawah jenama Neelofar.
Namun, baru-baru ini tular dilaman Tik Tok sebuah video yang dimuatnaik menerusi akaun @seorangnur memaparkan gelagat lucu dua personaliti itu hingha berjaya meraih perhatian netizen.
Menerusi paparan video itu, dapat dilihat Bella sedang menerangkan berkenaan labuh kain telekung yang sedang di promosikanya.
Bella telah mengukur kain tersebut dengan ketinggian badannya sambil memberitahu ukuran ketinggian dirinya agar penonton mampu membayangkan kelabuhan sebenar kain tersebut.
Lebih menarik perhatian apabila Neelofa sempat membahan Bella dengan mempersoalkan samada dia perlu ‘menunjuk-nunjuk’ ketinggiannya kepada penonton.
Enggan berdiam diri, Bella sempat memulangkan ‘paku buah keras kepada Neelofa yang sedikit rendah berbanding dirinya, sambil menjengket-jengket memerli Neelofa.
Kelakuan dua personaliti itu telah mendapat pelbagai respon dari netizen, meninjau ke ruangan komen Hijabista mendapati kebanyakkan netizen terhibur dengan gelagat mereka.
Untuk rekod, Neelofa dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/2010, mengatasi saingannya yang lain termasuk Anzalna Nasir dan Izara Aishah.
Sebelum menyertai Dewi Remaja, Neelofa merupakan seorang peragawati sepenuh masa dan pernah muncul dalam muzik video beberapa penyanyi tempatan seperti Awi Rafael dan Akim.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...