Setiap daripada kita pastinya mempunyai kelebihan dan kekurangan diri masing-masing yang tersendiri. Bezanya adalah bagaimana kita mengendalikannya dan menerimanya menjadi sebahagian dari hidup kita.

Reda dengan ketentuan Ilahi, seorang gadis iaitu Fatin Najwa atau lebih dikenali sebagai Ateyn Neil terbuka berkongsi kepada semua mengenai masalah kesihatannya yang jarang diketahui di TikTok. Menurutnya, keadaan jarinya berbeza daripada yang lain dan dia sudah melaluinya sejak daripada kecil lagi.

@ateynneil997Reply to @nanananananananannana1 😊 saya tak malu sebab dulu saya pernah di malukn disekolah .. so korang tanya nak tengok pun sya dah tak mlu nk tnjk♬ Will to Live – Jacob Yoffee

Jelas Ateyn, dia dilahirkan dengan keadaan yang sangat sempurna namun penyakit ini mula menyerang apabila dia mulai membesar dan ia merupakan suatu penyakit keturunan yang dinamakan Rheumatoid Arthritis.

 

@ateynneil997Reply to @nieyyyys♬ original sound – Ateyn Neil II

IKLAN

Tambahnya, ketulan itu juga muncul di bahagian mata, kaki serta bahagian belakangnya. Bukan itu sahaja, penyakitnya itu turut menyukarkannya untuk membersihkan bahan basah untuk dimasak serta mengemas rumah.

Pelbagai rawatan telah dilakukan untuk mengubati penyakitnya ini namun segalanya tidak berhasil.

@ateynneil997Reply to @syhrien0.38♬ original sound – Ateyn Neil II

Sudah mendirikan rumah tangga, Ateyn bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang dapat menerima dirinya seadanya.

IKLAN

 

@ateynneil997Reply to @96shimasaad saya dah jawap♬ original sound – Ateyn Neil II

 

IKLAN
@ateynneil997Pada yang tertanya dan tanya nak temgok jari saya dengan jelas .. akhir video saya dah tunjuk . pertama sekali jangan lah kita menghina .. ##fyp♬ original sound – abdfahim00

Mempunyai lebih 50 ribu pengikut di laman TikTok, ramai yang kagum dengan ketabahan hatinya selain mendoakan dirinya akan segera sembuh daripada penyakit ini. InsyaAllah, tiada apa yang mustahil dengan kuasa Tuhan Yang Esa.

kredit: @ateynneil997, Ateyn Neil II, @ateynneil

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI