Isi Kandungan
TogglePerasaan ditinggalkan oleh orang yang tersayang memang menyakitkan. Namun, pasti ada hikmah tersembunyi dalam setiap perkara yang berlaku itu. Relakanlah perpisahan itu kerana walaupun tidak bersama tapi percayalah ia membuatkan diri anda menjadi lebih baik.
Seperti kisah di twitter oleh @shewasokay, dia telah berkongsikan kisahnya yang terpaksa berpisah dengan bekas kekasih kerana dikatakan tidak pandai menjaga diri dan melawa.
Dibandingkan dengan instafamous… Walaupun sudah berpisah, dia tetap tidak memburukkan bekas kekasihnya.
Perubahan dulu dan kini.
Netizen tidak lupa memberikan kata-kata semangat buat dirinya.
Walaupun telah berpisah, gadis ini tetap positif dan terus move on, tidak pandang ke belakang lagi. Semoga dia berjumpa dengan seseorang yang terbaik buat dirinya suatu hari nanti.
sumber: twitter @shewasokay
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Biarpun Tak Dapat Melihat, Pasangan OKU Bangga Rai Kejayaan Anak Di Hari Konvokesyen
Cacat penglihatan tidak menjadi halangan buat pasangan suami isteri Shaari Arifin, 56, dan Fatimah Che Jaafar, 49, bagi meraikan hari konvokesyen anak tunggal mereka sempena Istiadat Konvokesyen ke-91 Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka di Dewan Taming Sari, Lendu, Alor Gajah pada beberapa hari yang lalu.
Walaupun tidak dapat melihat, namun perasaan itu tetap teruja apabila memegang skrol anak, Siti Salmah Salim, 22, bagi Diploma Pengurusan Perniagaan biarpun hanya dapat merasa.
Ibu mana yang tidak bangga apabila melihat anaknya berjaya bukan? Bagi Fatimah, dia berasa begitu bangga dan gembira apabila melihat kejayaan anak kandungannya itu. Biarpun dia membesar dalam serba kekurangan, namun dia membuktikan bahawa dia juga boleh berjaya seperti orang lain.
Jauh di sudut hatinya, dia terharu diberi penghormatan masuk ke dalam dewan mendengar panggilan nama anaknya bersama siswazah lain walaupun tidak dapat melihat.
“Saya tidak dapat melihat sejak berusia dua tahun akibat sakit. Apapun saya tetap reda dan bersyukur malah sentiasa berdoa zuriat saya ini memperoleh kejayaan dunia dan akhirat.
“Namun kejayaannya adalah atas usaha gigih dan ketekunannya untuk mengubah kehidupan,” katanya yang juga busker di Danau Kota dan Jalan Tuanku Abd Rahman, Kuala Lumpur.
Ujarnya, dia sentiasa memberi galakan, semangat, dorongan dan motivasi untuk anaknya itu berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.
Kebiasaannya, dia dan suami keluar dari rumah mereka di Setapak kira-kira 10 pagi hingga lewat malam mencari rezeki melalui busking. Sememangnya dia sangat gembira apabila mengenang sokongan arwah suami dan pasangan (Shaari) yang memberi impak kejayaan terbabit.
Sementara itu, Siti Salmah berkata kejayaan itu dihadiahkan kepada ibu, bapa tirinya dan arwah bapa kandung, Salim Ismail yang juga cacat penglihatan walaupun sudah meninggal dunia pada 2004 akibat strok dan darah tinggi.
“Merekalah sumber kekuatan saya untuk terus melanjutkan pelajaran. Kini saya menyambung pelajaran peringkat ijazah dalam bidang perakaunan di UiTM Jalan Hang Tuah,” katanya kepada Harian Metro.
kredit: Harian Metro
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ikuti Cara So Ye-Jin Jaga Privasi Di Sosial Media, Tak Perlu Kongsi Semuanya!
Isi Kandungan
ToggleSiapa sahaja yang tidak mahu merakamkan momen-momen yang menarik dan kongsikan kepada umum. Ramai yang tertarik dengan perhatian yang diberikan sehingga ada yang terlebih ‘kongsi’ di sosial media sehingga membawa keburukan.
Artikel berkaitan: Tak Sangka ‘First Lady’ Korea Selatan Berusia 50 Tahun! Ramai Terkejut
Namun, tidak semua yang sukakan kehidupan terlalu ‘expose‘ di media sosial kerana ingin menjaga privasi. Jadi ingin tahu bagaimana artis terkenal Korea Selatan, Son Ye-Jin, menjaga privasi di laman media sosial? Ikuti artikel ini.
Tak semua boleh kongsi di sosial media…
Aktress terkenal Korea Selatan, Son Ye-Jin, baru sahaja memuatnaik sebuah hantaran yang menunjukkan gambar kaki anak lelakinya. Walaupun hanya sekeping foto, ribuan peminatnya membanjiri ruangan komen memberi kata-kata yang positif.
Dia juga terkenal dengan caranya untuk menjaga privasi kehidupan hariannya tidak mahu terlepas untuk berkongsi sedikit perubahan dalam kehidupannya bersama peminat. Jadi bagaimana pula dia menjaga privasi di sosial media seperti yang di katakan? Ini adalah beberapa tip yang boleh kita lihat darinya.
Kongsi ketika perlu sahaja
Umumnya Son Ye-Jin akan memuatnaik beberapa gambar ucapan hari perayaan dan tanda terima kasih kepada peminat, krew produksi dan apa-apa anugerah yang bermakna buatnya. Ini menunjukkan tanda penghargaannya buat mereka yang sudi bersamanya dalam perjalanan kariernya.
Fotonya tidak terlalu keterlaluan, cukup sekadar dia gambarnya bersama hadiah dari peminat dan ucapan yang cukup ringkas dan manis. Melalui caranya, kita boleh lihat tidak semua perkara perlu di dokumentasikan di sosial media.
Hanya foto diri sendiri tanpa ahli keluarga atau rakan rapat
Ye-Jin juga jarang sekali memuatnaik gambarnya bersama ahli keluarga mahupun teman rapat kecuali anjing peliharannya. Boleh dilihat di sini bahawa Ye-Jin amat menitikberatkan privasi orang di sekelilingnya.
Ada antara dari kita yang suka untuk memuatnaik foto keluarga bersama di media sosial, itu tidak mengapa. Namun, pada zaman sekarang yang agak bahaya ini, orang yang tidak kenali mudah sahaja mendedahkan ahli keluarga kita tanpa sedar.
Penggunaan ayat-ayat yang murni
Dia juga sangat rajin menulis pada setiap hantarannya di Instagram untuk menjelaskan pengalaman serta berkongsi perkara yang positif kepada followers-nya. Ini membuatkan peminatnya lebih jelas memahami situasi yang terjadi bukan sekadar sekeping foto sahaja.
Tak usah tag lokasi anda
Siapa sahaja yang tak ingin kongsikan gambar suasana apabila melancong ke luar negara, sudah tentu anda teruja bukan? Tetapi bagi Ye-Jin dia hanya berkongsi gambar itu tanpa perlu tag lokasinya berada di mana, cukup sekadar gambar yang menceritakan semuanya.
Jadi bagi anda yang ingin mulakan kehidupan yang punyai privasi tersendiri, bolehlah ikuti Son Ye-Jin menjaga privasi hidupnya di sosial media. Ingat, tak perlu terlalu berkongsi kerana boleh membawa padah!
Artikel berkaitan:
Sumber: Diva.my
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lama Tak Dengar Khabar, Raja Farah Selamat Timang Cahaya Mata Lelaki Keduanya
Isi Kandungan
ToggleLama tidak mendengar khabar pelakon yang cantik jelita iaitu Raja Farah. Rupa-rupanya pada tanggal 7 April yang lalu, dia telah melahirkan anak keduanya iaitu seorang bayi lelaki pada jam 6.15 petang.
Menerusi ruang instagramnya, Farah meluahkan rasa syukurnya kerana bilangan ahli keluarganya telah bertambah. Jelas sekali kelihatan Farah dan suami, Iskandar Ismail serta anak sulungnya Imran Iskandar,3, teruja menyambut orang baru dalam hidup mereka.
Terima kasih atas segala doanya!
Farah telah selamat melahirkan anak keduanya yang seberat 3.45kg secara normal.
View this post on InstagramA post shared by Mama to Imran Iskandar (@rajafarahraziz) on
Seronoknya timang cahaya mata! Peminat-peminat pelakon filem Salon itu juga turut membanjiri ruang komen Instagramnya dengan memberikan ucapan tahniah buat Farah dan keluarga.
kredit: instagram @rajafarahraziz
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI