Sebut sahaja filem Ketika Cinta Bertasbih, pasti kenal dengan pelakon watak utama, Anna Althafunnisa’ yang dibawa oleh pendakwah terkenal Indonesia, Dr Oki Setiana Dewi.
Baru-baru ini, Neelofa sempat menemubual Oki ketika beliau hadir sebagai tetamu jemputan bagi episod ketujuh program ‘Next To Neelofa 2’ dan Oki telah berkongsikan detik sukar yang pernah dialaminya sewaktu baru bergelar pelakon.
Oki secara eksklusif telah berkongsikan momen di mana dirinya pernah menerima tawaran bayaran yang lumayan sekiranya dia sanggup membuka tudungnya bagi beberapa babak lakonan. Namun, Oki dengan tegas telah menolak tawaran tersebut.
“Saya kata tak boleh sebab saya pakai tudung. Dia kata tak apa lepas sekejap, selepas tu pakai balik.
“Dia tanya yakin ke tak nak terima tawaran ini dalam nada marah. Wang tawaran masa tu sangat banyak. Tapi saya tetap pertahankan hijab saya.
“Dia kata lagi kepada saya, kamu berhijab tak akan pernah jadi siapa-siapa,” ujar Oki.
Tambah Oki lagi, dia menangis begitu teruk ketika detik itu, kerana dia amat memerlukan wang untuk membiayai perubatan ibunya, dan mahukan ibunya mendapat rawatan terbaik dengan menggunakan wang itu.
Bagaimanapun, dia yakin dan percaya bahawa jika dia berkeras mahu memakai tudung maka Allah akan membantunya.
Artikel berkaitan: Wanita Pastikan Sifat ‘Malu’ Yang Bertempat, Itu Pakaian Untuk Dipakaikan Kepada Diri. Pesan Oki Setiana Dewi
“Tapi saya minta kepada Allah dan percaya kepada Allah. Saya tetap nak pertahankan hijab saya.
“Meskipun wang yang ditawarkan sangat lumayan, saya masih berpegang pada pendirian di mana dia harus memakai hijab tanpa membukanya,” jelasnya.
Alhamdulillah, setiap ujian yang Allah beri pada seseorang pasti ada ganjaran yang sedia menanti, Hijabista doakan agar Oki Setiana Dewi kekal istiqamah dalam perjuanganya untuk sentiasa memberi contoh yang baik sebagai seorang muslimah sejati.
Sumber: Instagram Lofa.page
Artikel berkaitan: Raih Gelaran Dr Falsafah Kali Kedua, Oki Setiana Dewi Pertimbangkan Tawaran Pensyarah Universiti
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.