Ditarik Tudung Sampai Ada Adegan Tarik Rambut Dan Tolak-Menolak, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Berhijab Di ‘Tempat Orang’

Share

Cabaran wanita yang berhijab di luar negara memang tidak dapat dinafikan. Secara asasnya, tudung merupakan satu helaian kain tetapi bagi seorang wanita Islam, ia mempunyai makna yang besar daripada sekadar helaian kain.

Hijab merupakan pelengkap pakaian wanita Islam yang dituntut dalam ajaran untuk menutup aurat dan sejak sekian lama ia menjadi sebahagian daripada gaya hidup. Walau bagaimanapun apabila tinggal di luar negara yang tidak ramai atau tiada penganut agama Islam tentunya ia agak mencabar.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita, Adi Sakinah Omar atau lebih dikenali sebagai Kina Omar, cabaran wanita berhijab sepertinya yang tinggal di luar negara bukanlah semudah A,B,C.

Kina Omar merupakan pengasas Jeju Muslim Travel. Dia tinggal di Pulau Jeju sejak 2014 hingga kini daripada masih bujang, berkahwin dan kini mempunyai seorang cahaya mata.
Selama beberapa tahun kina menetap di Korea, dan sebelum ni di UK, penerimaan orang tempatan di dua negara ini terhadap ‘tudung’ sgt berbeza dengan penerimaan kita di Malaysia. Terdapat pelbagai reaksi, ada yg positif, ada yg negatif.

Suatu hari waktu di sekolah di Scotland dulu.. kina tengah berjalan untuk ke kelas. Tiba2 sekumpulan pelajar perempuan matsaleh datang dari belakang dan tarik tudung kina sambil mereka gelak2. Kina pandang mereka dan kata “stop pulling my scarf” dan teruskan berjalan. Mereka tarik lagi, dan kina cakap benda yang sama, tp mereka masih tarik lagi.
Kina hilang sabar dan kina tarik rambut budak perempuan tu (ganas kan?). Kemudian berlaku aksi tolak menolak sampai la cikgu datang dan kami dipanggil ke bilik guru disiplin. Budak perempuan tu akhirnya dikenakan tindakan. Waktu tu kina 15 tahun (sbb tu ganas). Sebenarnya bukan sekali tu je tudung ditarik di sekolah, tapi banyak kali. Tapi yang ni paling jelas dalam memori sebab ada adegan tarik rambut & tolak2 ?.

Di Korea lain pula ceritanya, alhamdulillah setakat ni takda orang tarik tudung kina. Tp ramai pula orang Korea yang cakap “cantik pakai tutup kepala mcm ni, sopan”, “bagusnya tutup mcm ni, rambut tak rosak” tapi ramai juga yg tanya “kenapa pakai tudung? Kat sini orang Malaysia lain takda, mereka tak tahu pun kalau you tak pakai tudung” dan waktu musim panas tahun lepas ada yang nampak kina bertudung dan mereka kata “Tak panas ke? Tak payah la pakai tudung” dan ada juga yang bertanya “apa yang kat atas kepala tu? Kenapa tutup kepala?” Dan banyak lagi soalan pelik2.

Kina langsung takda perasaan marah bila mereka cakap macam ni sebab pada kina mereka tak tahu apa2 tentang Islam. Bila orang tanya macam ni kina akan jawab baik2 je, ” Kain atas kepala sy ni dipanggil hijab. Dalam Islam org perempuan wajib tutup seluruh tubuh kecuali muka & tapak tangan, so tak kisah saya di mana2 pun, musim panas atau sejuk, sy kena ikut apa yg disuruh dalam Islam”

Ini baru pasal tudung, belum lagi pasal puasa, makanan halal, solat dan banyak lagi yg kadang2 kina sendiri susah nak jawab. Sesiapa ada pengalaman menarik bila pakai tudung di luar negara? Boleh kongsi cerita dgn kina?

Sambil mengembara, sebarkan dakwah. Inilah dakwah secara santai.

Sumber: Kina.Omar

Published by
Norhasliza