Tidak mudah untuk seseorang itu menempa kejayaan. Apatah lagi jika dapat menempa nama di peringkat antarabangsa. Begitu juga kisah penyanyi Yuna yang pernah melalui jalan berliku sebelum berjaya seperti hari ini. Antaranya dia pernah disuruh buka tudung dan hanya menyanyikan lagu Melayu sahaja.
Perkara ini diluahkan penyanyi yang kini mencipta nama di Amerika Syarikat. Yuna di laman sosial instastorynya dengan memberi penghargaaan kepada pengurus peribadi Wawa yang banyak berkorban demi karier nyanyian beliau.
Bukan itu sahaja kesusahan dialami,mereka juga pernah menghadapi masalah kewangan dan terpaksa kuat untuk bertahan dalam industri.
Kini segala kepayahan lalu berbaloi kerana nama Yuna kini semakin di kenali di kalangan penyanyi popular.
Ads
Wawa adalah orang yang bertanggungjawab membawa karier Yuna hingga berjaya menembusi pasaran antarabangsa.
Penyanyi yang baru bergelar isteri orang awal tahun ini memulakan karier sebagai penyanyi 10 tahun lalu.
Status yang dimuat turun ini juga turut membuatkan peminatnya terharu ddan kisahnya itu memberi inspirasi kepada mereka. Rata-rata begitu tersentuh dengan kisah kejayaan penyanyi ini mendaki puncak jaya.
Seperti yang kita maklum, Yuna memang sudah bertudung ketika mula-mula menyertai industri hiburan di tanah air. Penyanyi ini juga mempunyai ijazah dalam bidang Undang-undang dari UiTM.
Malam tadi menyaksikan penyanyi bersuara unik, Kaka Azraf atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 29 tahun, selamat diijab kabulkan bersama pasangannya Adam Azriff di kediaman sebelah perempuan di Klang. Apa yang menariknya pada majlis akad nikah itu, telah mengangkat tema Melayu Klasik apabila penyanyi ini tidak memilih dress moden sebaliknya mengenakan baju kebaya klasik yang cukup cantik dan menyerlahkan lagi aura pengantin baru.
Menyarung baju kebaya klasik dari rona putih krim ini digayakan bersama aksesori seperti cucuk sanggul dan juga gelang tangan serta kaki dari Tangsitujuh serta solekan cukup sempurna yang menyerlahkan lagi kejelitaan Kaka Azraff.
Malah netizen turut memuji penampilan Kaka Azraff malam itu hasil sentuhan jurusolek Juliana Nazar seperti seorang Perempuan Melayu Terakhir.
Sementara itu pasangannya Adam Azriff juga turut mengenakan baju Melayu rona sama lengkap bersamping dan juga songkok.
Dalam majlis berkenaan Kaka dan suami menzahirkan rasa syukur mereka pada Allah dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas doa restu serta ucap selamat dalam meraikan penyatuan kasih mereka.
Menyingkap kisah percintaan pasangan ini, Kaka memberitahu dia mengenali rapat jejaka berasal dari Kuala Lumpur itu sejak setahun lalu dan mula menjalin hubungan cinta kira-kira tiga bulan lalu.
Malah Kaka turut mendedahkan dia yang melamar Adam selepas merasakan teman lelakinya itu menepati ciri-ciri yang dicari untuk dijadikan pasangan hidup.
Hijabista ucapkan tahniah dengan perkahwinan ini dan moga keduanya kekal bahagia till jannah.
Buah-buahan adalah ubat terbaik adalah fakta yang terkenal untuk kecantikan dan kesihatan. Kita juga tahu bahawa secawan jus buah sehari pasti menjamin warna kulit yang jelas. Bagaimana dengan urutan dengan pulpa buah atau rawatan muka?
Rawatan wajah dengan buah-buahan telah ada sekurang-kurangnya satu dekad dahulu. Tetapi apabila orang semakin berhati-hati terhadap kesan bahan kimia pada kulit, sebahagian besar dari mereka kini menggunakan sesuatu dari dapur mereka sendiri.
Apa cara yang lebih baik untuk memanjakan kulit anda dengan bahan tulen yang bebas dari toksin dan tidak membahayakan kulit? Selain fakta bahawa buah menghidrat dan meremajakan kulit, namun bau buah di wajah terkandang sangat menyedihkan. Tidak seperti rawatan kecantikan kimia, buah-buahan menjimatkan kos, semula jadi dan juga membawa perbezaan yang nyata.
Antara buah yang banyak khasiatnya dan dipilih dalam bahan kandungan penjagaan wajah adalah pisang. Ini adalah satu buah yang banyak terdapat di India sepanjang tahun. Sumber zat besi, magnesium dan kalium yang baik juga kesan pisang pada kulit juga bukanlah sesuatu yang mengagumkan. Pisang kaya dengan vitamin A, B dan E yang berfungsi sebagai agen anti-penuaan. Rawatan masker muka pisang yang ditumbuk segar dapat membuat keajaiban kulit anda.
Namun anda tidak perlu bersusah payah untuk membuat sendiri bahan perawatan muka yang berasaskan pisang. Rangkaian produk baharu yang terkenal mempunyai bahan 100% memberi manfaat kebaikan untuk kulit anda.
Melalui temubual bersama pengasas produk kecantikan Ole Henriksen, hijabista sempat menemubual Ole sendiri bagaimana kehebatan rangkaian produk ini untuk manfaat kulit rakyat Malaysia. Pada permulaan temubual lagi Ole tidak teragak-agak menyarankan produk yang berasaskan pisang di dalam kandungannya pada pemula yang baru mengenali produk ini
“Produk pertama yang saya cadangkan ialah Banana Bright ™ Eye Crème. Ini adalah salah satu produk terlaris kami dan krim mata nombor satu di Sephora North America. Kebanyakkan juru solek di sana menyarankan anda mesti memiliki krim mata ini yang akan segera mencerahkan dan membetulkan warna kawasan mata. Ringan tetapi sangat menghidratkan, menyasarkan garis halus dan kedutan.
Saya tidak akan melewatkan rutin penjagaan kulit saya kerana sangat penting untuk tetap konsisten dan setia dengan rangkaian produk saya. Mulakan dengan pembersih yang baik, iaitu kegemaran saya ialah Truth Juice ™ Daily Cleanser, yang saya gunakan pagi dan malam. Ia lembut, dibuat dengan air buah oren dan menghilangkan kotoran dan solekan yang paling degil.
Langkah seterusnya adalah pelembap, menggunakan Serum Vitamin C Banana Bright ™, yang dibungkus dengan vitamin C, diikuti oleh C-Rush ™ Brightening Gel Crème dan Banana Bright ™ Eye Crème. Masalah kulit akan menjadi parah sekiranya anda tidak lakukannya dari sekarang.
Seringkali terdengar masalah yang di hadapi oleh wanita masa kini wajah tampak lebih berusia sebelum waktu dan kulit sentiasa kering dengan perubahan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap.
Nasihat saya untuk mengatasi masalah ini adalah dengan cara pengelupas dengan rawatan yang menenangkan. Apabila anda merawat kulit anda dengan cara ini, anda akan dapat mencapai #OLEGLOW. Secara berkala menghilangkan sel kulit mati dengan mengelupas kulit, yang mana saya cadangkan Lemonade Smoothing Scrub ™. Lulur gula dwi-tindakan ini yang mengandungi AHA berpotensi tinggi mempunyai tugas berganda bagi mengelupas kulit anda secara fizikal dan kimia. Dengan semua sel kulit mati yang dihilangkan, anda dapat merawat dan menenangkan kulit dengan betul.
Susuli dengan Banana Bright ™ Vitamin C Serum dan C-Rush ™ Brightening Gel Crème yang sangat ringan dan selesa pada kulit, tidak berminyak, menjadikannya produk ini yang sempurna untuk persekitaran cuaca yang panas dan lembap.
Ole Henriksen menyarankan rangkaian produk ini bagi mereka yang mempunyai kulit yang bermasalah seperti ‘breakout’.
Sudah tentu! Koleksi BALANCE dirancang untuk mengawal minyak dipermukaan wajah dan menyempurnakan penampilan liang. Produk yang mesti dimiliki untuk kulit yang rentan adalah Balancing Force ™ Oil Control Toner, diformulasikan dengan Green Fusion Complex ™, campuran khas botani aktif yang kuat iaitu teh hijau, kayu putih, alga dan ekstrak lumut Ireland. Penyegar ini dengan lembut menjelaskan dan membantu membuka, membersihkan dan mengurangkan penampilan liang.
Dalam keadaan pandemik COVID di seluruh dunia, pastinya merupakan masa yang sukar bagi kita semua. Walau bagaimanapun, begitu penting bagi kita semua untuk merangkul setiap hari seperti permulaan baru. Cari perkara positif dalam kehidupan, malah penting untuk memupuk semua cinta yang kita ada dalam hidup. idea sempurna anda untuk berhenti dari kesibukan adalah melakukan aktiviti yang sihat.
Bagi Ole Tentunya Hygge! Saya suka menggunakan PHAT Glow Facial ™ di bilik mandi dengan lilin aromatik, muzik lembut dan rawatan khas. Mengurut produk ke kulit saya selama beberapa minit sambil merehatkan bahagian atas badan dan melihat produk itu berubah dari merah jambu menjadi putih. Biarkan selama 15 minit anda hanya perlu berbaring, tarik nafas dalam-dalam, berehat sebentar, sambil mengnikmati aroma yang indah. Kemudian cuci dan perhatikan wajah anda di cermin, kulit anda yang licin dan sempurna. Mengenai aktiviti kesihatan saya, saya suka menari. Saya adalah seorang penari profesional pada masa muda dan saya tidak akan berhenti menari!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Halia sering digunakan sebagai penambah perasa dalam sesuatu masakan. Bukan je boleh guna dalam masakan, halia juga sebenarnya baik untuk kesihatan dan kecantikan anda. Mulai hari ini, jom kita amalkan pengambilan halia dalam kehidupan seharian kita.
Tetapi, sebaiknya anda elakkan daripada mengambil halia jika anda mengalami masalah jantung, hati atau mengalami pendarahan pada luka. Anda juga tidak digalakkan mengambil halia sekiranya anda sedang hamil dalam trimester kedua dan ketiga.
Jadi, Hijabista paparkan 10 kebaikan halia untuk kesihatan dan kecantikan anda.
Skrub halia membantu memanaskan kulit anda dan meningkatkan peredaran darah. Ia juga dapat menghalang pembentukan selulit. Campurkan 1 sudu besar halia yang diparut dengan 500ml jus halia. Tambah juga 1 gelas garam laut kasar. Letakkan skrub tersebut pada span dan gosokkan pada semua tempat yang bermasalah.
Halia mengandungi sejumlah besar antioksidan, mempercepat proses pembaharuan dalam badan dan menghilangkan radikal bebas dan toksin, sekali gus melambatkan proses penuaan.
Sekiranya anda mengalami masalah penghadaman, kencing manis atau loya semasa hamil, anda boleh mengunyah halia atau menambah sedikit halia segar ke dalam teh anda.
Mudah sahaja caranya. Cairkan 1 – 2 sudu mentega shea. Kemudian, tambah 1 – 2 sudu teh minyak avokado, 3 – 5 titis minyak pati nilam, 3 – 5 titis minyak pati halia dan 5 – 7 titis minyak pati lemon. Campurkan semua bahan tersebut dan masukkan ke dalam balang yang kering.
Anda boleh gunakan campuran ini sebagai masker dan juga sebagai krim tangan. Tetapi awas, bahan ini boleh menyebabkan alahan. Jadi, anda perlu berhati-hati.
Halia berkait rapat dengan proses keradangan dan kesakitan, termasuk sakit otot selepas bersukan, sakit akibat datang bulan dan arthritis. Campurkan halia dan kunyit, jus lemon, 1 sudu teh madu dan air. Kemudian, minum suam-suam.
Halia mengandungi banyak elemen ‘pembakaran’, mempercepat metabolisme dan mengurangkan selera makan. Tambah halia segar atau halia parut dalam minuman anda. Jika anda minum teh halia 30 minit sebelum makan, anda tidak akan makan secara berlebihan. Anda juga boleh ambil yogurt bersama halia parut, kayu manis dan secubit lada merah.
Campurkan halia parut, madu dan jus lemon untuk menganjal dan memberi seri pada kulit. Sapukan masker tersebut pada wajah selama 30 minit.
Halia menggalakkan pertumbuhan rambut baru dan mencegah masalah keguguran rambut. Campurkan halia parut dan bawang putih bersama air. Tambah juga beberapa titis minyak zaitun atau minyak kelapa. Kemudian, urut pada akar rambut anda.
Menurut kajian, penggunaan halia biasa boleh menormalkan tahap kolesterol dan gula dalam darah. Ia juga boleh mengurangkan risiko komplikasi yang berpotensi. Halia juga membantu menghalang pembentukan penggumpalan darah dan tekanan darah tinggi. Rebus halia dengan batang kayu manis, biarkan ia sejuk dan minum 2 – 3 kali sehari.
Ada dua cara yang boleh dilakukan untuk menghalang jerawat tumbuh pada wajah anda. Pertama, campurkan 1 sudu teh halia parut dan 1 sudu teh cuka epal. Sapukan pada setiap jerawat untuk menghilangkan keradangan dan kemerahan dengan cepat.
Kedua, campurkan 1 sudu teh halia parut, 1 sudu teh madu dan susu. Sapukan pada muka dan biarkan selama 10 – 15 minit sebelum anda cuci bersih muka anda.