Nasib hijabi Perancis, kemelut diskriminasi berhijab di Sukan Olimpik Paris nampaknya masih berterusan apabila atlet tuan rumah didakwa dihalang daripada bertanding dalam temasya dunia bermula dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Menurut Sinar Harian, pihak Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengumumkan pada bulan September bahawa atlet yang bertanding dalam Olimpik Paris 2024 boleh memakai hijab di perkampungan atlet tetapi larangan akan dikenakan untuk atlet negara tuan rumah.
Minky Worden, pengarah inisiatif global di Human Rights Watch (HRW) memberitahu The Independent bahawa larangan hijab oleh kerajaan Perancis untuk atlet melanggar Piagam Olimpik.
“Kesan daripada larangan hijab yang eksklusif oleh Perancis dalam banyak sukan adalah ramai wanita dan gadis dari negara tuan rumah Olimpik sendiri didiskriminasi, dikecualikan dan dihalang daripada bermain, berlatih serta bertanding dalam sukan yang mereka cintai dan mahir.
Ini adalah pelanggaran terhadap Piagam Olimpik yang mengatakan ‘sukan adalah hak asasi manusia,’ dan juga rangka kerja Hak Asasi Manusia baru IOC.
Atlet wanita Perancis dikecualikan daripada sukan kompetitif di negara mereka dan tiada akses kepada pemulihan yang tersedia untuk mereka,” katanya.
SUKAN OLIMPIK PARIS
Kemelut diskriminasi berhijab di Sukan Olimpik Paris kian berterusan apabila atlet tuan rumah didakwa dihalang daripada bertanding sekaligus menyebabkan beberapa atlet Perancis meninggalkan negara itu atau memikirkan untuk berpindah ke luar negara.
Ads
Helene Ba, seorang pemain bola keranjang Perancis dan profesional dalam bidang undang-undang berkata, larangan hijab pada musim panas ini hanya menyasarkan atlet Muslim yang memakai hijab sekali gus menjadikannya diskriminasi yang jelas berdasarkan jantina dan agama.
“Ini adalah pelanggaran terhadap nilai dan ketetapan Piagam Olimpik, tetapi ia juga melanggar hak dan kebebasan asas kami. Ia melanggar kebebasan berfikir, hati nurani dan agama kami serta hak kami untuk menyertai sukan.
Ia memperkuatkan stereotaip jantina dan perkauman dan ia menyuburkan kebencian anti-Muslim yang sudah sedia ada dalam sebahagian masyarakat Perancis,” katanya.
Bilqis Abdul-Qaadir, bekas pemain bola keranjang NCAA yang mengetuai keputusan Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) untuk membatalkan larangan hijab mereka pada tahun 2017 berkata, “Ia hampir membuat saya menangis kerana mengapa kita masih perlu melalui ini? Mengapa saya perlu menjelaskan saya seorang wanita Muslim dan saya pandai bermain bola keranjang.”
Larangan pemakaian hijab mendapat perhatian dalam perdebatan mengenai apa yang dikenali sebagai ‘laïcité’, satu istilah yang menandakan pemisahan gereja dan negara.
Ads
Tudung kepala bersama dengan simbol keagamaan yang jelas kelihatan lain, telah diharamkan di sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh kerajaan sejak Mac 2004 di Perancis, yang merupakan rumah kepada populasi Muslim terbesar di Eropah Barat.
Senat Perancis mengundi pada Januari 2022 untuk melarang pemain sukan daripada memakai tudung kepala semasa pertandingan.
Pada bulan September, Menteri Sukan Perancis Amelie Oudea-Castera, bekas pemain tenis profesional, mengesahkan bahawa pasukan Olimpik Perancis terikat oleh laïcité.
“Ia bermaksud neutraliti mutlak dalam perkhidmatan awam. Pasukan Perancis tidak akan memakai tudung kepala,” katanya kepada saluran televisyen France 3.
Surat kepada Presiden IOC yang ditandatangani oleh Amnesty International, Jawatankuasa untuk Melindungi Wartawan dan HRW menyeru jawatankuasa tersebut untuk ‘secara terbuka meminta pihak berkuasa sukan di Perancis untuk membatalkan semua larangan ke atas atlet yang memakai hijab dalam sukan Perancis, baik di Paris 2024 dan pada semua masa dan semua peringkat sukan.’
Ads
Surat itu menambah: ‘Wanita dan gadis di Perancis yang memakai hijab telah dan sedang dihalang daripada bermain pelbagai sukan, termasuk bola sepak, bola keranjang, judo, tinju, bola tampar dan badminton – bahkan di peringkat belia dan amatur.
Larangan hijab dalam sukan telah menyebabkan ramai atlet Muslim didiskriminasi, dikecualikan, dan dihina, menyebabkan trauma dan pengasingan sosial.’
Pemakaian hijab Olimpik bukan sesuatu yang asing. Di Olimpik Rio pada tahun 2016, atlet lawan pedang, Ibtihaj Muhammad menjadi wanita Islam pertama dari Amerika Syarikat (AS) memakai tudung di temasya sukan terbesar dunia itu. Perancis sudah melarang pemain-pemain bola sepaknya daripada memakai tudung ketika mewakili negara berkenaan.
Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) membenarkan pemakaian tudung dalam kejohanan anjuran badan induk itu selepas ia dilarang dari tahun 2007 hingga 2014. Perancis bagaimanapun terus melarang pemakaian tudung di negara itu termasuk ketika mereka menganjurkan Piala Dunia Wanita 2019.
Keputusan Perancis menghalang pemakaian hijab itu nyata melanggar hak asasi terutama wanita yang beragama Islam.
Penghijrahan pelakon tanah air, Datin Lisa Surihani, telah menjadi satu inspirasi buat ramai apabila dia sudah mengambil keputusan untuk menutup aurat sepenuhnya. Kisah penghijrahannya juga masih di kongsikan bersama orang ramai sehingga ke hari ini.
Masa yang di ambil oleh seseorang itu juga merupakan satu perjalanan bagi proses penghijrahan bagi seseorang individu. Apa yang terjadi masa lalu juga tidak dapat di kawal.
Tidak mampu mengawal tayangan filem-filem lama lakonannya
Sering mendapat pujian dan menjadi idola buat kebanyakan orang yang ingin berhijrah ke arah pegangan Islam yang sebenarnya, keputusan Datin Lisa Surihani menjadi perhatian orang ramai sejak dia mula berhijab dan menutup aurat sepenuhnya.
Pelakon yang berumur 36 tahun itu tidak menafikan bahawa dia tidak mampu untuk menapis atau mengawal tayangan filem-filem yang pernah di bintanginya terdahulu. Ramai juga mengenalinya sebelum dia mula menutup aurat sepenuhnya.
Menurut temubual bersama mStar, Lisa akur dengan situasi itu dan hanya mampu menitipkan doa agar penghijrahannya penuh dengan istiqamah dan di beri keberkatan oleh Allah SWT. Dia juga mengharapkan mampu menjadi seorang ummah yang lebih baik dan dapat dipermudahkan segala urusan dalam perjalanan hidup.
Lisa juga menafikan anggapan beberapa pihak yang memaklumkan bahawa dia mengambil keputusan berhenti untuk berlakon selepas berhijrah. Malah, dia juga memaklumkan sedang menjalani proses penggambaran lakonan dan turut di lamar beberapa tawaran lain yang masih di pertimbangkan.
“Nak kata saya sudah berhenti berlakon tidak juga sebab saya sedang menjayakan sebuah penggambaran melakonkan watak cameo (pelakon undangan),
“Ada juga beberapa tawaran masih dalam pertimbangan. InsyaAllah jika ada watak yang bersesuaian saya terima,” katanya lagi.
Luahan syukur dari Lisa kerana di kurniakan seorang suami seperti Datuk Yusry Abdul Halim yang tidak menghalang serta meletakkan syarat untuknya berlakon. Pengarah yang cukup terkenal itu jua meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Lisa untuk meneruskan karier sebagai pengkarya seni.
“Alhamdulillah, suami hormat dan percaya saya boleh buat keputusan bersama dengan pihak pengurusan,
“Tapi apa-apa pun saya akan berbincang juga dengan dia sebagai suami dan isteri.” jawabnya soal karier lakonan.
Datin Lisa Surihani di temui di majlis sidang media program baru Next To Neelofa musim kedua di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa lepas. Dia juga telah mula berhijab sejak Jun 2019 masih giat aktif dalam industri seni.
Sumber info dan gambar: mStar dan Datin Lisa Surihani
Matlamatnya adalah untuk orang yang pergi ke sana untuk berdoa di tempat-tempat yang memberi kesan seperti Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Arafah, Muzdalifah dan Mina. Semoga doa-doa ini dimakbulkan.
Kebanyakan orang beranggapan bahawa peluang menunaikan haji atau umrah bagi seorang Muslim sudah tentu sangat bertuah. Anda boleh beribadat dan meminta doa betul-betul di Tanah Suci Mekah.
Anehnya, seperti kebiasaan, saudara-mara meninggalkan kertas dengan doa di mana mereka meminta untuk diucapkan di Tanah Suci.
Mengantar Orang Berangkat Haji dan Titip Doa Sesuatu yang Dianjurkan.
Setiap musim haji disambut dengan penuh kegembiraan oleh mereka yang ingin turut serta atau oleh jiran tetangga dan saudara mara.Mereka sanggup menemani jiran-jiran atau saudara mara yang hendak pergi dengan penuh semangat, semata-mata untuk meredakan nostalgia mereka tinggal beberapa hari di Tanah Suci, atau meninggalkan solat.
Ulama telah menunjukkan perkara ini, termasuk Syeikh Abu Bakar al-Ajurriy dari mazhab Hanbali, yang mengatakan bahawa tradisi mengiringi orang berziarah dan menitipkan doa kepada mereka adalah dianjurkan.
Sebagaimana dijelaskan oleh Syaikh Ar-Ruhaibani dalam kitabnya Mathalib Ulin Nuha yang merupakan penjelasan kitab Ghayatil Muntaka, Jilid 6, Halaman 472.
Maksudnya: Syaikh Abu Bakr al-Ajurry menuturkan tentang kesunahan mengantar orang haji dan menitipkan juga meminta untuk mendoakannya. Imam Ahmad pernah mengantar ibunya untuk haji.
Tradisi Ini Sudah Ada Pada Zaman Rasululah SAW
Tradisi menemani orang yang ingin bermusafir haji sebenarnya berasal dari zaman Rasulullah SAW di sebuah tempat bernama Tsaniyyatul Wada’ di mana para sahabat pernah menunggu baginda ketika pulang dari peperangan. Seperti yang dikatakan dalam kitab Syarh An-Nawawi alal Muslim, Jilid 13, Halaman 14.
Maksudnya: Adapun Tsaniatul Wada’ adalah tempat samping Madinah, dinamakan begitu karena orang yang keluar dari Madinah itu berjalan bersama orang-orang yang ditinggalkannya (untuk mengantar).
Bahkan secara khusus dijelaskan dalam kitab Syarh Shahih Al-Bukhari karya Imam Ibnu Bathal, juz 5 halaman 241 bahwa tempat tersebut menjadi tempat para sahabat mengantarkan jemaah haji.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelakon yang popular dengan drama ‘Dunia Baru’, Anita Baharom telah selamat menjadi isteri yang sah kepada pilihan hatinya, Engku Isyamuddin Tuan Losin.
Anita dan pasanganya dinikahkan oleh abang kandungnya sendiri, Zulkifly Baharom bersaksikan beberapa wakil yang dilantink dalam majlis Ijab qabul yang berlangsung di Dewan Bizmilla Hall, One City, Subang Jaya pagi tadi.
Anita Terima Tiga Dinar Emas Sebagai ‘Mas Kahwin’
Walaupun sudah menginjak usia 39 tahun, Anita masih terlihat manis dan ayu dalam persalinan serba putih. Pada majlis penuh bersejarah itu Anita telah meberima mas kahwin bernilai tiga dinar emas daripada suaminya.
Majlis akad nikah yang dilakukan secara sederhana itu terlihat indah dengan hiasan bunga-bungaan yang mewarnai penyatuan kasih dua jiwa antara Anita dan engku.
Tetamu yang hadir menyaksikan momen indah berakhirnya zaman ‘solo’ Anita setelah setahun bergelar ibu tunggal.
Majlis yang penuh kemeriahan itu dihadiri seramai kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua mempelai.
Antara rakan selebrit yang turut hadir bagi meraikan hari bahagia Anita Baharom adalah Yat Hamzah dan Abby Fana.
Untuk rekod, Anita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama jejaka yang dikenali sebagai Mohd Ismadi.
Hasil perkongsian hidup bersama, mereka telah dikurnikan tiga orang cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Iskandar sebagai penyeri hidup mereka.
Namun, disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari, apabila perkahwinan yang dibina lebih 16 tahun itu menerima ujian getir dimana sang suami dijemput ilahi pada 1 Januari lalu.
Manakala pasangannya, ini bukan perkahwinan pertama bagi Engku Isyamuddin selepas berpisah dengan bekas isterinya.
Hasil perkahwinan bersama bekas isteri, Engku Isyamuddin dikurniakan lapan orang cahaya mata.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...