Ramai yang menyangkakan kulit berkerak yang kehitaman dan mempunyai permukaan seperti kain baldu di badan ini sebagai daki. Punyalah penat menyental namun tetap tak mahu hilang!
Namun, ia sebenarnya bukanlah daki dan keadaan kulit ini dikenali sebagai akantosis nigrikans. Biasanya ia berlaku pada individu yang mempunyai berat badan berlebihan dan terjadi di leher, ketiak, celah peha dan mana mana bahagian pelipat.
Menurut Public Health Malaysia, ia berlaku akibat kerintangan insulin pada bahagian kulit. Ia menyebabkan pengakitifan reseptor pertumbuhan yang merangsang pertumbuhan kulit menjadi semakin tebal.
Sesiapa yang ada masalah ini perlu menjalani pemeriksaan gula kerana berisiko mendapat diabetes. Jika masih muda remaja, ambil peluang ini untuk turunkan berat badan.
Jika berat badan semakin berkurang, kesan kulit berkerak akan turut berkurangan.
kredit: Public Health Malaysia
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI