Fizo Omar dan isterinya, Mawar Karim memang boleh dikatakan sebuah pasangan yang sama cantik sama padan. Mereka juga telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang begitu comel sekali, Wan Maryam.
Baru-baru ini, gambar Maryam telah tular di media sosial kerana wajahnya yang mirip sekali seperti anak patung!
Alaa comelnya dia apabila dipakaikan rambut palsu ini.
View this post on Instagramauntie uncle nak rambut Maryam macam ni ka? Ada tak posing macam model ? @maryamfareedakids
A post shared by Madam Rose (@mawar_karim) on
Seiras betul ibu dan anak ini. Dah besar nanti bolehlah jadi model muslimah seperti ibunya kan.
View this post on InstagramA post shared by Madam Rose (@mawar_karim) on
View this post on InstagramAuntie Uncle ada kata tak boleh move on lagi dengan rambut baru Maryam ?
A post shared by Maryam Fareeda Kids (@maryamfareedakids) on
View this post on InstagramWah !!!! Cepatnya rambut cik yam dah panjang …..???
A post shared by Maryam Fareeda Kids (@maryamfareedakids) on
Netizen juga tidak ketinggalan memuji Maryam di ruang komen instagramnya.
sumber: instagram @maryamfareedakids, @mawar_karim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Moga Allah & Rasulullah SAW Sambut Abah Di Hari Mulia Baginda” Luah Neelofa Atas Kehilangan Datuknya
Setelah lama berada dalam keadaan uzur, akhirnya datuk kepada pelakon dan pengacara popular, Neelofa bertemu Penciptanya tepat jam 11.20 malam tadi bersempena hari kelahiran Rasulullah SAW. Allahyarham Noor Mohamed menghembuskan nafasnya berusia 83 tahun dan jenazahnya dikebumikan hari ini di Pasir Mas, Kelantan. Semua tahu bahawa Lofa memang cukup akrab dengan datuknya yang dipanggil Abah dalam kalangan keluarga. Malah pengacara popular ini turut meluahkan saat-saat manis ketika bersama Abahnya itu di media sosial.
View this post on Instagram
One with Abah & Ummi! Glad I managed to celebrate this Raya with them! ? #EidMubarak
A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on
Neelofa menerusia instastorynya memaklumkan berita sedih itu dan berharap Allah dan Rasulullah SAW menyambut datuknya dengan gembira di hari mulia Baginda.
“Insya-Allah moga Allah dan Rasulullah SAW menyambut Abah dengan gembira di hari mulia Baginda Nabi. Hari lahirnya Nabi dan hari wafatnya nabi.
“Allah menjemput Noor Mohamed bersama dengan hari wafatnya Rasulullah kekasih Allah – Nabi Muhammad. Al-Fatihah,” tulisnya.
Memahami Neelofa berada dalam kesedihan, netizen turut mengucapkan salam takziah kepadanya dan memberi kata-kata semangat kepadanya.
Mereka juga turut turut mendoakan semoga roh datuknya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
sarahaira Al Fatihah..semoga roh datuk neelefa dicucuri rahmat dan tergolong didalam org yang beriman..Aamiin..
tinibyg Al fatihah. Turut berduka cita atas pemergian Abah Lofa yg tercinta. May Allah bestow upon him with His mercy and rahmah
mk_aannaa Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan & tempatkan arwah abah bersama orang orang beriman. Aamiin Ya Rabbal’Alamiin.
azie82ahmad Al- Fatihah smoga roh nya ditempatkan bersama2 orang yg beriman.. amin
Sebelum ini Neelofa pernah memuat naik status dan foto bapa kepada ibunya itu yang sedang terlantar sakit di hospital sambil mengucap shahadah dan berzikir tanpa henti.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NEELOFA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masalah Kulit Sering Dialami Selama Kehamilan Perlu Diketahui
Masalah Kulit Sering Dialami Selama Kehamilan dalam masa itu bahagia adalah kata yang dapat menggambarkan perasaan ibu mengandung. Semasa mengandung, kesihatan perut ibu dan anak adalah yang utama.
Daripada pemakanan ibu dan bayi kepada amalan sukan untuk wanita hamil seperti berjalan, berenang, gimnastik, Pilates, mengambil vitamin dan jumlah air yang betul, kepada menggunakan pelbagai persediaan untuk penjagaan kulit yang disasarkan.
Artikel Berkaitan : Rihanna Kongsi Rutin Penjagaan Kulit Untuk Wajah Bercahaya Sempurna Ketika Mengandung
Menjaga kulit anda adalah salah satu perkara yang paling penting untuk diperhatikan semasa kehamilan, kerana terdapat perubahan dalam tahap hormon dan aliran darah dalam badan semasa kehamilan. Selain itu, sistem imun wanita hamil turut terjejas sehingga menyebabkan pelbagai masalah kulit.
Melasma
Melasma bukan sahaja disebabkan oleh pendedahan matahari dan penggunaan produk penjagaan kulit atau kosmetik, tetapi juga oleh perubahan hormon semasa kehamilan.
Walaupun melasma tidak berbahaya kepada kesihatan kulit, ia sering meresahkan mereka yang terjejas. Tetapi jangan risau, bintik-bintik hitam itu boleh dicegah dengan kerap menggunakan pelindung matahari dengan SPF sekurang-kurangnya 30.
Jerawat
Perubahan hormon semasa mengandung bukan sahaja menyebabkan melasma tetapi juga jerawat. Ini kerana kelenjar sebum menghasilkan lebih banyak sebum pada masa ini.
Untuk mengelakkan masalah kulit yang menjengkelkan ini daripada berlaku, anda boleh menggunakan produk penjagaan kulit bebas minyak dengan kerap. Daripada pencuci muka hinggalah kepada pelembap.
Varikos
Vena varikos adalah keadaan yang menyebabkan saluran darah melebar pada pesakit. Keadaan ini kadangkala disertai dengan rasa sakit dan kegatalan, membuatkan pesakit berasa tidak selesa dan tidak selamat apabila keluar dan keluar.
Sudah tentu, masalah kesihatan ini juga boleh dicegah dengan berpegang kepada pengambilan vitamin C, mengehadkan pengambilan garam, kerap bersenam, dan mengehadkan pengambilan makanan harian untuk mengelakkan penambahan berat badan.
Stretch Mark
Mesti kenal dengan istilah stretch mark kan? Stretch mark adalah regangan kulit akibat perubahan drastik dalam berat badan. Umumnya, masalah kulit ini terdapat pada bahagian perut, peha dan punggung.
Anda tidak perlu terlalu risau tentang masalah ini, walau bagaimanapun, kerana tanda regangan boleh dicegah dengan menggunakan minyak zaitun secara kerap.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Menangis & Tak Percaya” Syifa Melvin Kongsi Perasaan Uyaina Bila Tahu Hidap Sakit Jantung Sejak Dilahirkan
Selebriti ini dikenali seorang yang sangat aktif dan gemar melakukan aktiviti lasak. Malah dalam temubual sebelum ini Uyaina Arshad memberitahu amat menggemari sukan kick boxing dalam mengekalkan kecergasan tubuh badan. Namun siapa sangka, personaliti popular ini telah disahkan menghidap sakit jantung.
Terpanggil untuk mengetahui kisah sebenar apa yang terjadi, Hijabista menghubungi salah seorang teman baik Uyaina, Syifa Melvin yang juga terkejut apabila mendapat tahu berita berkenaan.
Nampak perubahan pada diri Uyaina
Menurut Syifa, Uyaina mengetahui dia menghidap sakit jantung pada bulan lepas setelah ditahan di wad selama beberapa hari. Sebelum itu memang dia dan teman-teman lain perasan perubahan pada diri Uyaina.
“Kami memang perasan yang dia semakin kurus, nampak tak sihat dan mukanya juga pucat. Jadi sangat terkejut bila dapat panggilan telefon mengatakan dia dimasukkan ke hospital kerana jatuh pengsan sebanyak dua kali di rumahnya. Rupanya Uyaina diserang mild attack ketika itu hingga menyebabkannya terpaksa ditahan beberapa hari di wad.
“Sebenarnya sakit jantung yang dialami Uyaina itu sudah ada sejak dia diahirkan lagi. Cuma bila badan dia berada dalam keadaan stress, tak cukup rehat dan kurang makanan menyebabkan jantung dipam terlalu laju
“Dia pun tak tahu ada mengalami masalah jantung ini hinggalah dimasukkan ke hospital bulan lepas. Masa itu Uyaina mengalami pitam, wajah pucat hingga mengalami pengsan,” ceritanya lagi turut memberitahu Uyaina yang dikenali selama ini seorang yang begitu aktif dan menjaga kesihatannya.
Seorang yang menjaga kesihatannnya
“Apa yang Syifa tahu, Uyaina mermang seorang yang begitu menjaga kesihatannya dan ambil makanan suplemen. Tetapi benda nak jadi dan mungkin juga disebabkan dia terlalu penat hingga berlaku kejadian berkenaan.
“Apa yang Syifa katakan pada Uyaina, jangan overwork body sebab kadang-kadang bila terlampau stress, kurang tidak dan tak cukup makan hingga boleh sebabkan tekanan darah lagi rendah dan boleh berlakunya masalah ini,” ujar Syifa ketika dihubungi.
Tambah Syifa lagi, selepas kejadia itu dia mahu sahabatnya itu kurangkan kerja, makan pada waktunya dan teratur supaya kejadian bulan lalu tidak berulang lagi.
“Buat masa sekarang Uyaina kembali bekerja macam biasa. Dia tengah shooting, habiskan penggambaran untuk rancangan Pesona Pengantin dan turut berlakon drama. Ketika sakit tempohari, dia diberikan cuti sakit seminggu.
“Keadaan dia juga sudah kembali normal, makan pun dah banyak untuk elak kejadian berkenaan berulang. Doktor juga ada nasihatkan supaya Uyaina belajar dari kejadian yang menimpa dirinya bulan lalu.
“Uyaina sendiri kena faham badan dia sekarang sudah tidak boleh terima untuk bekerja keras dan tak boleh stress bagi elak kejadian sama berlaku. Emak Uyaina pun ada nasihatkan kami kalau keluar supaya ingatkan dia untuk lebih jaga kesihatan dengan menjaga pemakanan,” ujar Syifa yang baru bertemu sahabatnya baru-baru ini.
Pesan supaya sayangi diri sendiri
Apabila ditanya reaksi Uyaina ketika mendapat perkhabaran itu, Syifa memberitahu sahabatnya itu menangis dan tidak percaya dengan apa yang berlaku.
“Reaksi Uyaina bila dapat tahu dirinya menghidap sakit jantung dia menangis dan memang tak boleh terima. Dia tak percaya bila doktor sahkan dirinya menghidap sakit jantung.
“Bila doktor cakap pasal jantung, dia berharap bukan dirinya sebaliknya orang lain. Dia memang tak boleh percaya dirinya sedang sakit sekarang. Katanya lagi, dia baru 27 tahun dan masih tak percaya kena benda-benda macam ni.
“Tapi kami sebagai sahabat sentiasa beri sokongan dan semangat padanya. Kami beritahu, benda yang jadi ini sebagai beri tanda supaya jangan terlalu stresskan body dan terlalu lebih kerja. Tetapi hakikatnya dia dilahirkan memang dengan masalah itu,” cerita Syifa lagi yang mahu temannya itu sayang pada diri sendiri.
“Sekarang ini Uyaina kena jaga kesihatannya sendiri kerana tidak ada yang lebih layak jaga kecuali dirinya sendiri. Selama ini sepanjang 27 tahun hidup, dia baik-baik sahaja dan sekarang baru tubuh itu nak tunjukan tanda ada masalah begini.
“Alhamdulillah Uyaina semakin positif dan boleh menerima hakikat yang sebenar. Dia masih muda dan kena jaga betul-betul badan kerana nak guna lama. Sebagai kawan, Syifa nasihatkan Uyaina supaya jaga diri, makan dan rehat yang mencukupi,” tambahnya sebelum mengakhiri perbualan.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SYIFA MELVIN & UYAINA ARSHAD
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI